BAB58
BERLALUNYA seminggu periksa ‘basic’ untuk semua pelajar tingkatan 5.
Hari ini kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Sebetulnya aku tiada
hati hendak pulang ke rumah agam itu. Aku mahu pulang ke kampung. Berjumpa Opah
yang sangat dirindui. Kebiasaan setiap bulan puasa, kami sekeluarga akan
bercuti bersama Opah. Paling kurang dua tiga hari memadai. Tapi pada siapa aku
harus khabarkan hasrat terpendam ini?
Mama Nani – sudah semestinya
boleh takut aku bakal menyusahkan mereka pula nak menghantar dan mengambil aku.
Dah la tumpang tidur, makan minum dirumahnya. Nanti dikatakan aku muka tak malu meminta-minta
walhal aku yakin dia tak akan cakap begitu.
Papa Umar – lelaki ini sudah
banyak menolong aku dan keluarga pada satu ketika dulu. Segan pula rasa nak
meminta padanya.
Farhan – Huh! Yang ni lagi tak boleh blah. Jangan harap!
Ah! Bas kan ada? Apa susah! Tetapi
bagaimana? Itulah persoalannya. Aku manalah reti nak beli tiket bus and
whatever tu. Tak pernah seumur hidup okey! Kang tersalah naik bas sampai nun
ke Kedah sana! Dah satu kerja nak minta mereka ambik. Tapi hati teringin sangat
nak jumpa Opah, berbuka puasa sama-sama dengan Opah… aku menahan sendu dalam
hati.
“Kakak, jomlah.” Sepasang
tangan comel menarik-narik hujung bajuku. Aku tunduk. Aina sedang menggigit
jari telunjuknya sambil mata merenung aku.
“Aina, kan papa pesan jangan
masukkan jari dalam mulut.” Tegur Papa Umar lembut. Aina sedar lalu menurunkan
jarinya. Namun tarikan hujung baju kurungku tak dilepaskan. Alahai comelnya…
anak sapa la nih!
“Upsss… sorry... Aina lupa la.” Aina menekup mulut dengan jari cutenya itu. Aku cubit-cubit pipinya.
Eee geram pulak aku tengok budak ni! Uli-uli macam teddy bear pun best jugak.
Pintu kereta kutarik lalu kami
berdua memboloskan diri dalam kereta mewah itu. Beberapa pasang mata yang
memerhati tidak dipedulikan walaupun seriau rasa. Mestilah pelik sebab naik BMW
5 Series! Kalau MPV tak apalah kerana dah biasa nampak. Aku di kanan mengapit
Aina yang berada di tengah-tengah dan disebelah Aina pula diduduki oleh mamat
senget. Perlahan-lahan kereta bergerak keluar dari kawasan astaka lalu membelah
jalan raya.
JALAN raya tiba-tiba sesak dengan pacuan empat roda. Ramai yang mungkin baru pulang dari tempat
kerja dan ingin bercuti memandangkan hari esok Sabtu. Jam tangan B.U.M dikerling. Pukul 6 petang! Lagi sejam lebih saja hendak
berbuka puasa. Selepas keluar tol, lebuhraya menuju ke Johor Bahru sesak dengan
himpitan kereta tak putus-putus. Aku tertinjau-tinjau di tempat duduk belakang,
ingin melihat apa sebab jammed teruk
sangat ni. Dah kematu punggung duduk lama-lama dalam kereta. Panas kot. For sure, boleh meletop lagi 15 minit!
“Macam mana ni, bang?” Mama
Nani mula bersok-sek dengan Papa
Umar.
“Abang pun tak tahu, Nani.” balas
Papa Umar. Namun tangan masih kejap memegang stereng. Tak bergerak langsung
kereta! Nampak seperti bayangan anggota polis di celah-celah kereta namun beliau
kurang pasti.
“Papa okey ke? Nak angah pandu?” Akhirnya baru hero bersuara. Alahai… baik hati pula dia nak tolong drive. Anak mithali betul. Belakang family anak hantu!
Papa Umar toleh belakang. Dia
senyum seraya menggeleng. “Tak apa, angah. Papa okey lagi.”
“Accident agaknya kat depan tu. Kalau gini, lambatlah kita buka,
bang. Dalam kereta ni memang tak ada apa-apa nak dimakan. Mineral pun satu aje.
Mana cukup.” Leter Mama Nani lagi. Papa Umar senyum aje.
“Seorang seteguk cukuplah.”
Usiknya. Mama Nani menjeling manja.
Isk! Romantik pula dia orang ni depan budak
bawah 18 tahun!
“Sabar aje la, Nani. Dah nak
buat macam mana. Benda nak terjadi. Kemalangan berlaku bukan kita minta. Dah
Allah tetapkan akan berlaku sesuatu kemalangan tak kira dekat highway atau jalan kampung. Kita kena
terima dengan redha.”
Aku mula fikir sesuatu. Kalau
lambat bererti kami akan berbuka puasa dalam kereta sahaja. Adik-adik aku? Buka
makan apa? Dengan siapa? Siapa masak?
“Err… uncle. Eh silap. Papa.
Err… adik Mai tinggal dekat rumah tu berdua je ke?” soalku teragak-agak.
“Tidak, Maira. Tadi mama dan
papa dah hantarkan dia orang ke rumah saudara papa. Area rumah kita aje. Jangan risaulah. Mama dah amanahkan Mak Su
supaya berbuka dengan tiga orang tu kalau kami pulang lambat. Memang kebiasaan
kalau ada urusan kerja, mama dan papa hantar ke rumah Mak Su. Maira tak usah
bimbang ya?” lembut Mama Nani menutur kata.
Aku tersenyum lega. Hmmm…
baguslah. Selamat. Sejuk hati dengar. Ingat mereka dibiarkan kelaparan begitu
saja. Mai, tak baik buruk sangka. Mereka terima kau, dah tentu mereka terima
ahli keluarga kau. Takpe nanti aku
tanya Yana dan achik semula!
Sedikit demi sedikit kereta
bergerak ke depan. Siput pun lagi cepat dari kereta tau! Siapa yang guna manual memang lenguh kaki oww! Asyik
main klac dan gear aje. Hmm… nanti aku ada kereta, aku nak beli auto. Senang
sikit. Hehehe!
“Abang, Nani rasa baik kita
berhenti aje dekat RnR. Rehat situ sekejap. Beli apa yang patut untuk berbuka
nanti. Ada lagi setengah jam ni. Nak tunggu jalan lancar lama lagi rasanya.”
Cadang Mama Nani. Dan Papa Umar pun bersetuju. Kereta dibelokkan ke kiri
setelah signal diberi. Nasib kereta ini berada di lane kiri. Fuhh! Lorong nak masuk RnR pun full dengan kereta apa ceghita
ni??!
“MasyaAllah,” terpacul ayat itu
dari bibirku. Nak parking pun macam
tunggu buah duku bertukar jadi mutiara. Confirm
tak ada tempat kosong. Kereta di belakang semakin panjang berbaris. Tak sanggup
kut nak tunggu dalam kesesakan teruk.
Setelah berpenat lelah,
akhirnya dapat juga satu tempat kosong. Fuhh! Tarik nafas. Lepassss… eleh gaya
macam kau yang pandu kereta. Papa Umar merehatkan badannya sebentar. Aku faham.
Tenaga tuanya semakin berkurang apatah lagi dengan situasi seperti tadi. Sama
macam abah juga. Pasti akan berhenti rehat melegakan pinggang dan kaki. Rehat itu penting. Itulah fungsi utama RnR!
“Ma, angah nak pergi tandas
sekejap.” Pinta Farhan. Mama Nani izinkan. Aina dalam pelukannya diletakkan di
kerusi tengah. Matanya terangkat memandang aku yang kebetulan merenungnya.
Apa?
Jaga adik aku!
Wekk! Tak
nak.
Mata Farhan memedas. Watch out you! Aku mencemik. Mata
menala semula pada telefon bimbit. Mesej yang kuhantar pada Wana tadi akhirnya
berbalas. Sedang aku menaip mesej, Aina menggerakkan badan. Matanya celik dan
terkebil-kebil. Aku pandangnya lalu senyum comel. Aina tidak balas. Uh… sakit
hati!
“Mama, nak enceng.” Aina merengek. Oh, nak buang air rupanya. Patut tak
senyum.
Telefon bimbit diselitkan dalam
kocek baju kurung. “Aina ikut akak eh? Akak pun nak pergi toilet.” ajakku. Aina
angguk aje.
“Mama, papa, Maira pergi tandas
eh?” aku meminta izin. Alahai… macam gadis Melayu Terakhir pulak! Mama kalau
dapat tahu ni confirm pengsan 24
kali.
Mereka senyum lalu mengizinkan.
“Hati-hati ya.” Aku berjalan dengan Aina. Mata meliar mencari simbol tandas.
Hah! Jumpa. Tapi… tapi… alamak aih… jauhnya. Simbol anak panah menunjuk ke arah
atas. Depan lagi la tu. Fuhh, penatnya berjalan. Nak harungi lautan manusia.
Dahlah puasa. Bawa budak pulak tu. Aduh… dugaan betul.
Setiba di depan lorong tandas
awam tersebut, aku bertembung dengan si dia yang kehairanan. Baru selesai
membuang agaknya. “Kau buat apa dekat sini?”
“Tak nampak ke aku tengah jual minyak dagu?”
Tersentak
Farhan! Padan muka. Dah nampak orang nak pergi toilet lagi mau tanya? Laju aku
meninggalkannya terpinga-pinga.
Terkedek-kedek Aina berjalan disebelahku.
Fuhh, lagi satu hal. Tandas penuh! Nafas lemah kuhelakan sambil menyandar
dinding. Apalah nasib hari ini. Jammed
kat luar, dalam tandas pun jammed! Yang
aku hairan, tandas punya banyak pun boleh penuh??? Dahsyat! Aina sudah
terkepit-kepit menahan. Aku sabarkan dia. Tiba giliran kami, aku menarik tangan
Aina. Nah, amekaw. Dua-dua sekali
masuk jamban! Jimat masa dan tenaga.
Tangan aku cuci dengan sabun
yang disediakan sebelum mengering tangan. Begitu juga Aina. Mukanya kelihatan
ceria sekali. Lega. Kami keluar semula. Kelihatan Farhan menunggu di tiang
dengan bersandar sambil peluk tubuh. Handsome!
“Lamanya,” komen Farhan. Err...dia
tunggu kami ke?
“Ramai orang la dalam tandas.
Kena ikut queue.” Aku betulkan tudung
yang kelepet ditiup angin. Tak selesa apabila ditenung mata coklat itu.
Debaran dulu kini bertandang.
“Haah, abang. Tadi ramai cangat orang. Lama Aina tunggu.” Aina
mengomel dengan riak bersungguh-sungguh. Farhan senyum melihat adiknya potpetpotpet.
“Dah jom. Mama papa dah tunggu
dekat kafe.” Tangan Aina dipimpin. Aina mengait jari kiriku. Aiseh, macam
keluarga bahagia pula. Ramai yang tengok. Aku tebalkan muka. Malunya…
“Aih, lama pergi tandas.” Papa
Umar mengusik. Mama Nani mencuit tangan suaminya. Aku senyum malu. “Ramai orang
tadi.”
“Ni nak makan apa? Kena order dulu. Lagi 10 minit nak buka.
Orang dah makin ramai. Karang tak ada benda nak makan. Air papa dah pesan tadi.
Sekejap lagi sampailah.” Ujar Mama Nani.
Aku toleh sekeliling. Ada gerai
nasi campur, nasi/mee goreng, soto/sup, makanan Thailand, makanan Jawa, makanan
Penang, masakan Johor/asam pedas dan berbagai-bagai. Aku mulai pening. Suasana tiba-tiba menjadi riuh. Kepala terasa menggigit perlahan-lahan.
“Maira tak nak order ke? Tu Farhan dah bangun tu. Pergi
sekali dengan dia. Aina duduk sini dengan mama.”
Tersedar. Aku cepat-cepat
bangun ke arah langkah kaki lelaki itu. Dia pergi ke bahagian nasi campur.
Tersedar aku ada disebelah, segera dia menoleh. “Nak makan apa?” tanya Farhan mendatar.
Aku menggeleng tak tahu. Tekak
rasa mual pula. Kepala makin berdenyut. Peluh mula membasahi dahi dan badan.
Bau kurang menyenangkan. Jangan aku memalukan diri depan khalayak ramai sudah.
Kaki terasa lembik aje ni. Macam jelly.
“Cepatlah. Aku nak order ni.” Gesa Farhan.
“Kau order je la. Aku makan benda lain.” dalihku. Sambil itu mata menala
ke gerai lain. Lenganku tiba-tiba dicengkam.
“Jangan nak mengada-ada pergi
sorang. Tunggu aku.” Farhan memberi amaran. Aku mengejek percakapannya. Bla…bla.... bla… mujur berlapik. Kalau tak
dah selamat mamat ni dekat hospital!
Farhan mengangkat nasi campur
miliknya selepas bayar. Dia tenung aku. “Kau nak makan apa sebenarnya?”
“Entah.” suaraku lemah. Farhan
dapat membaca riak wajah tunangnya. “Kau pening ke?” peluh yang mengalir
perlahan di dahi aku kesat dengan belakang tangan. Alahai, dia jadi nujum pak
belalang la pula! Aku geleng menidakkan. Pinggannya disuakan padaku. Aku tenung
minta penjelasan.
“Pegang ni.” Dengan berat hati
aku ambik. Namun perlakuan Farhan membuatkan aku hampir terlepas memegang pinggannya. Dia sentuh dahi aku???
"Tak demam pun. Angin ke?" soalnya lagi. Aku yang masih terkejut hanya mengangguk aje. Bagai kena pukau.
"Dah, jom cari makanan kau." Hari ini secara automatik aku menjadi secretary dia! Sungguh menyedihkan. Lenganku ditarik mengikutnya. Macam
lembu dicucuk hidung, aku membuntutinya. Satu aroma yang cukup melazatkan
melalui rongga hidung. Aku mendongak. Gerai makanan Thailand. Tomyam! Serta
merta nafsu makan naik. Aku kecur liur.
“Nak tomyam?” tanya Farhan. Aku
angguk laju. Menyelerakan! “Campur ke apa?”
aku angguk lagi.
“Tomyam campur satu.” Farhan
mula memesan. Sambil itu aku menelek harga. Humangaih!
RM6.00?! Gila mahal! Kopaklah aku
nanti. Dalam aku terkial-kial keluarkan duit dalam kocek, Farhan terlebih
dahulu membayarkan. Aku terpanar.
“Dah jom. Lagi berapa minit nak
buka. Cepat!” arahnya. Pinggan ditanganku diambil semula dan tomyam kepunyaanku
disuakan. Cepat-cepat aku berjalan ke meja kami. Menunggu penuh sabar azan
maghrib berkumandang. Orang ramai mulai duduk di tempat masing-masing dan senyap.
“Allahuakbar allahuakbar….”
Papa Umar mengetuai bacaan doa
buka puasa. Air milo ais aku teguk perlahan. Ahhh leganya subhanallah. Rasa seperti setahun tak minum. Mama Nani
menyuakan sepiring kurma. Aku ambil sebiji. Emm… manis.
“Alhamdulillah. Lega sikit.
Makan cepat. Lepas tu kita singgah masjid atau surau, kita solat dulu lepas tu
baru balik ya?” kami angguk mengiakan. Tomyam yang masuk ke dalam mulut sangat
sedap! Mestilah sedap, tunang belikan. Tanpa sesiapa sedar, aku mencuri-curi pandang seraut wajahnya.
“SO, how’s your day today?”
“Amenda kau ni?” aku kerut
dahi. Yana senyum senget.
“Alah, Kak Mai jangan tipu Yana
la.”
“Tak de tipu-tipu. Hari ini hari Jumaat. Esok Sabtu. Lusa Ahad. Tulat
Isnin, kena balik semula. Trial tak
habis lagi.”
Yana menjuih. “Isk, suka lari
topiklah akak ni! Suruh cerita pun susah.” Desisnya. Time dia tadi kena soal siasat kaw-kaw pasal berbuka dengan siapa,
dekat mana, makan apa. Time dia, kita
tanya malas nak jawab. Ini tidak adil!
Aku buat tak tahu. Beg pakaian
yang kubawa tadi masih belum disusun pakaiannya. Idea nakal mula bertandang.
Aku toleh Yana lalu senyum semanis gula getah Peppermint.
“Yana…” meleret suaraku. Yana
jongket kening sebelah. Amboi!
“Tolong akak boleh?” aku
kerdip-kerdip mata.
“Tolong apa?” Yana dapat
rasakan sesuatu. Kakak dia ni bukan boleh dipercayai. Ada aje muslihat.
“Tolong kemaskan ba…” Yana
bingkas bangun. Tangan diangkat tinggi-tinggi ke udara.
“Itu beg akak, baju
akak, kepunyaan akak. Kak Mai kemas sendiri. Yana nak turun bawah. Babai!” laju aje dia lari macam lipas kudung.
Achik yang baru berdiri depan pintu bilik aku turut ditarik sama turun ke
tingkat bawah dalam keadaan terpinga-pinga.
Aku mencekak pinggang. Bertuah
punya adik! Dengan achik sekali kau tarik! Urgh…
siap kau!
AKU gelisah di katil. Lampu
bilik diterangkan. Aku duduk dalam serba-serbi keluh kesah. Tadi mengantuk
sesangat. Lepas pejam mata, tak boleh tidur pula. Jam dinding aku tenung dengan
mata sepet. 2 pagi! Apa pasal aku tak boleh tidur eh? Sebab banyak tidur dalam
kereta kut. Aku termenung seraya menongkat dagu. Idea datang. Buku dalam beg
sekolah diambil lalu dilihat sekali-lalu. Langsung tak masuk dalam kepala! Buku
ditutup semula. Keluhan dilepaskan. Kenapa dengan aku ni? Bulu roma aku kira.
Petua Wana supaya boleh lena. Dah lebih lima minit aku buat. Tak tidur-tidur
pun! Penipu betul minah tu…
Tekak dahaga pulak. Dengan
malas aku bangkit dari katil. Ampaian didekati. Hmm… dah tengah malam mana ada
orang nampak. Tak payahlah pakai tudung, telahku lagi.
Pintu bilik direnggang sedikit.
Mataku tertancap pada bilik ‘jiran’ sebelah. Gelap! Dah tidurlah tu. Bagus! Terjengket-jengket
aku turun ke tingkat bawah. Memerhati kalau-kalau ternampak sesuatu. Dahlah aku
tak berapa nampak sangat ni. Dah tu gelap pula tingkat kedua. Perasaan takut
jangan cakaplah. Seriau darah! Mujur tingkat satu ada lampu yang dinyalakan.
Itu pun lampu oren yang orang buat tidur! Sesampai saja di dapur, pantas aku
mencapai gelas. Air dalam water dispenser
kutuang dalam gelas.
Ya Allah… leganya…
Sedang aku meneguk kali kedua,
kedengaran suara orang berbisik. Terdiam! Aku pandang sekeliling. Tiada. Bulu
romaku tegak merinding. Air liur kutelan kesat. Cepat-cepat aku menghabiskan
minuman. Membazir amalan syaitan.
Sekali lagi aku terdengar bunyi
orang bersuara. Kali ini agak kuat berbanding tadi. Menggigil kaki di depan
sinki. Gelas hampir terlucut dari jari akibat ketakutan yang teramat. Aku
langsung tak pandang tingkap yang betul-betul di bahagian sinki. Laju aku
berlari menuju ke tangga. Harap tiada apa yang menjelma! Seram! Tiba-tiba
langkahku termati. Gulp!
Bilik solat.
Ya. Suara itu datang dari bilik
solat! Hatiku diserbu beribu soalan. Hati kuat mengatakan ada seseorang dalam
bilik solat ini. Ataupun… bukan orang? Bulu roma makin meremang. Berkilo-kilo
air liur ditelan. Suaranya makin jelas. Dan… dan… itu bukan suara berbisik. Itu
suara orang mengaji!
Tanpa sedar aku telah memulas
tombol pintu. Kutolak sikit pintu itu dengan penuh kekuatan. Mata kupejam rapat.
Takut tapi nak tengok!
“Ya Allah… janganlah makhlukMU
itu menyergah aku depan-depan. Amin.” Muka diraup. Perlahan-lahan mata kubuka.
Terkaku! Alunan suara begitu
merdu dari Sang Adam yang tenang bersila melagukan ayat suci Al-Quran penuh
khusyuk. Mata kugosok berkali-kali. Cuba melihat andai benar itu manusia atau
jin Islam. Dari susuk tubuh badannya, aku seakan kenal siapakah gerangannya.
Disaat semua orang tidur, dia berjaga. Disaat semua orang bermimpi indah, dia
menemui PenciptaNYA.
Zikir munajat dititipkan
olehnya sambil jari memegang tasbih. Satu per satu mutiara pemberian ayah
dijatuhkan dan diganti dengan biji yang baru. Perbuatan itu berulang-ulang
sehingga mutiara itu bertemu semula dengan yang biji pertama tadi.
Muka aku tersandar di pintu.
Hati rasa tenang. Setenang air di lautan. Setenang kuntuman mawar di ladang.
Hampir aku terbuai namun cepat-cepat sedar. Aku pejam mata rapat, tarik nafas
sebelum menutup semula pintu bilik solat itu dengan berhati-hati tanpa sebarang
bunyi. Takut ‘orang’ tu sedar aku mengintainya. Langkah kaki diatur ke kamar. Termenung
sendirian sambil mata menengadah siling. Fikiran cuba mengimbas perbuatan Farhan disekolah dan dirumah. Kenapa berbeza?
PAGI yang indah. Selepas solat
subuh tadi, aku diwarning Yana dan
achik agar jangan tidur. Aku tanyalah kenapa. Mereka kata jangan. Tu aje. Lepas
tu lari! Aku cepuk juga budak dua ekor tu nanti. Belum sempat air liur nak
basi, pintu bilik diketuk kuat. Aku mendengus kasar sebelum buka tanpa
mengambil kira rambut yang dah macam tukira
bus stand(orang gila di stesen bas)!
“Nak apa ketuk macam nak bagi
roboh pintu bilik ni?” marahku. Yana ternganga. Achik disebelah hanya mampu
menggeleng. Selekeh gila kakak aku ni! Kalau Mama Nani yang ketuk tadi alamat
pengsan 77 kali gamaknya. Inikah bakal menantu aku???
“Kan Yana dah pesan jangan
tidur!” aku mencebik sebelum menguap besar. Mereka cepat-cepat kepit hidung
dengan jari.
“Mama Nani suruh panggil Kak
Mai. Kita orang nak bertadarus Al-Quran.” Kata Yana sengau.
Aku pula yang terlopong. Achik tahan
nafas. Ya Allah! Sampai bila nak tahan??? “Lahhh… asal tak kasi tahu
awal-awal??” bentakku tak puas hati.
“Kan kita orang dah pesan
jangan tidur lepas solat subuh. Nilah padahnya cakap dengan manusia yang suka
telan semut. Kan dah jadi pelupa. Nyanyuk!” Lantang achik bersuara.
Aku jegilkan mata. Heeee kecik
besar kecik besar je aku tengok budak kenit ni! Nyanyuk dipanggilnya aku?!
“Dah, sekarang Kak Mai pergi
mandi. Now! Nanti Yana cakap dengan
Mama Nani. Cepat! Yana bagi 5 minit je.” Tangan achik ditarik menuju ke tangga.
Sempat achik mengejek Mai dengan mencacakkan thumbs up berkali-kali.
“Heeee!!! Nak kena tau budak
kenit ni! Jaga kau nanti!”
“Kak Mai, cepat!” terkocoh-kocoh
aku lari masuk bilik air bila dengar jeritan Yana. Ya ya aku tau la!!!
SELEPAS bertadarus Al-Quran,
kami bertiga berkumpul di ruang tamu. Jam menginjak angka 11 pagi. Siaran tv
banyak yang tak best. Semuanya
masakan. Mentang-mentang bulan puasa. Mood
pun sudah ke lain. Mata tak boleh lelap. Achik sudah terlentok di bahu kananku.
Nak bermanja lepas puas bertekak! Yana pula sibuk membaca majalah. Aku buat
muka tiada perasaan depan tv plasma.
“Hey korang,” tegur Fareez yang
baru turun dari tingkat atas. Selamba saja dia duduk di sebelah Yana. Cuba
mengintai artikel apa yang dibaca gadis itu.
“Ehem!” Dua-dua ekor tu
menoleh. Aku membuntangkan mata. Yana yang tersedar segera mengesot ke tepi.
Fareez sengih sambil garu kepala. Dia ambil tempat sebelah abang keduanya yang
baru duduk, setentang Yana. Gatal budak ni! Main selamba je depan aku.
“Kak Mai tengok apa ni? Carilah
cerita best-best sikit.” Fareez
mengomel. Cerita Indon bakal kakak ipar aku tengok? Banyak-banyak siaran,
sinetron dipilih. I can’t believe it!
Stok jiwang ke apa?
“Nah,
tengoklah sendiri.” Aku letak remote
astro atas meja kaca. Fareez terus rampas lalu buka siaran 611. Aku ternganga.
“Ultraman???!!!!!” Yana
terkejut lihat siaran tv yang bertukar daripada astro ria kepada astro ceria.
Terus dia tutup muka dengan majalah sambil gelak tertahan-tahan.
“Eh! Layan ultraman best apa?” Fareez bengang apabila
gadis-gadis cantik mentertawakannya. Dahlah yang gelak tu buah hati. Aduh,
sentap hati!
Farhan disebelah kulum senyum. Remote tv dirampas dari tangan adiknya.
Siaran bertukar lagi. Kali ini AXN pula. Fuhh, CSI Miami tu. Fareez mencebik
seraya peluk tubuh. Angah dengki! Keasyikan mereka terbantut apabila Yana bersuara.
“Abang Amirul memang suka
tengok cerita siasat-menyiasat eh?” Yana menyoal.
Dia angguk. “Haah. Abang suka
tengok cerita macam ni. Lebih mencabar daripada kartun ultraman.” Farhan
menyindir Fareez. Sekali lagi ketawa tercetus. Kali ini lebih gamat. Makin
cemberut muka Fareez. Uh.,.. makin sakit hati. Pedih! Sedih! Awek sendiri
berbual mesra dengan abang sendiri. Dengan dia tak nak bercakap pula. Uhuk uhuk…
“Emm Kak Mai pulak suka tengok
cerita thriller, bunuh-bunuhan.”
Aku tersentak. Apa pula
dikaitkan aku? Yana senyum manis. Senyum ada makna. Farhan pandang aku dengan
kening jongket sebelah. Hmmm suka genre tu rupanya.
“Dan satu lagi…” Yana mula
berdiri. “Kak Mai suka tengok wrestling
dan kick-boxing.” Sakat Yana sebelum
berlari naik ke atas bersama tawa kecil.
“Wrestling????” terbuntang biji mata Farhan dan Fareez. Mereka
saling berpandangan.
Lima saat kemudian…
“Hahahaha!!!”
Aku ketap bibir geram. Ya
Allah! Berani kau bocorkan rahsia aku Diyana Shahirah!!! Aduh.. malunya!
Bebudak dua ekor tu tak habis gelak sakan. Muka berubah merah padam. Bantal
segera diambil lalu menutup muka. Maluuu! Mama, Mai nak duduk bawah ketiak mama…
“Amboi, apa yang gelak sakan
sangat tu?” muncul Mama Nani di ruang tamu.
Mereka terdiam sebelum sengih
kerang busuk. Aku membetulkan duduk. Achik masih lagi lena tak ingat dunia. Tak nak pandang dia orang. Merajuk!
“Mama, hari ni nak masak apa?”
Fareez bertanya. Farhan memperlahankan volume tv. Fokusnya kini pada ibunya.
“Hmmm… tu yang mama sedang
fikir. Dari semalam tak tahu nak makan apa buka nanti.”
“Kita makan luar ajelah, ma.”
Kepala Fareez diketuk dengan bantal.
“Kau asyik nak melantak dekat
luar je. Bahaya la.” Tegah Farhan.
“Alaaa cakaplah angah pun nak
jugak, kan? Poyo lebih.” Sekali lagi kepalanya diluku Farhan. Fareez geram.
Muka sedih ditayang pada mama. "Ma, tengok… angah buli acik!" Farhan mencebik. Sikit-sikit nak mengadu. Entah pape entah.
Menggeleng Mama Nani melihat
telatah anaknya. Wajah si cantik manis yang sedari senyap tadi kini dipandang
lembut. “Maira nak makan apa hari ini?”
Aku tersengih. “Mai tak kisah.”
Jawabku pendek. Apa pun boleh asal jangan tiang elektrik! Jangan Mai. Sekali dia kasi kau makan dedak ayam baru padan muka. Gulp!
“Okey. Kalau macam tu mama buat
nasi paprik campur. Boleh?”
Kami mengangguk saja. Dah orang
nak masakkan, terima dengan hati terbuka. Tak payah banyak bunyi, kan. Sedap
tuuu paprik! Salah satu favourite
aku.
“Kalau macam tu…” meleret suara
Mama Nani menimbulkan satu rasa suspen dalam setiap benak jiwa. Masing-masing
menunggu dengan sabar. “mama mahu angah sama Maira pergi market beli barang.” Riang nada suaranya.
Terlopong besar mulut aku.
Farhan? Yes, mama!!!
MUKA tak berperasaan aku
tayangkan saat melangkah masuk dalam pasaraya besar itu. Sebal rasanya. Pergi
dengan mamat senget tu pulak! Dan kenapa mesti aku?! Dahlah tadi gelakkan aku tak ingat dunia. Benci tau! Apabila tiba di deretan
troli yang panjang, Farhan pantas menarik satu troli lalu menyorongnya ke
depan. Dia pun buat tak tahu aje dengan aku. Sentap hati! Aku membuntutinya dengan
langkah malas. Kami tiba di rak sos cili, tomato, tiram. Farhan membelek botol
sos Life dan tiram tersebut sebelum letak dalam troli. Kemudian matanya
terangkat memandang aku. Aku pandang pelik. Apehal?
“Nah,” Kertas A4 putih yang
berlipat diserah padaku. Aku jongket kening.
“Cari barang ni. Aku penat.”
Ternganga aku dengar alasan dia. Penat???
“Aku bukan kuli kau okey!”
baran terus aku dibuatnya. Eee suka-suka hati dia je.
Farhan senyum sinis. “Kau
memang kuli aku. Sekarang cari barang yang mama perlukan. Aku penat drive. Tangan kaki aku lenguh.”
Sedih pula dengar dia cakap
macam tu. “Pakai kereta auto pun penat ke?” masih tak puas hati, aku menyindir
dia lagi. Kertas itu aku sambar dengan paksarela. Fuhh, banyaknya barang nak
kena beli? Nak buat kenduri setahun ke apa?
Farhan mengeluh. “Kau belum try senanglah cakap. Bawa kereta
memenatkan tambah lagi aku tak cukup tidur. Aku kalau boleh tadi nak naik motor
je. Pergi sorang pun tak apa. Tapi dah mama kata pergi dengan kau. So, aku kena patuh arahan mama. Now jangan nak membebel, pergi cari
barang tu sekarang!” kuasa veto sudah dikeluarkan. Nak tak nak terpaksa juga
aku pergi. Sambil hentak-hentak kaki! Mencik
cangat-cangat bak kata Aina.
Farhan menggeleng saja. Macam
budak-budak!
Satu per satu barang kucapai.
Pen yang tersisip dalam kocek seluar aku gunakan. Mujur ada! Aku tick mana yang dah diambil. Nanti confuse dah ambil ke tidak. Sampai saja
di bahagian sayur, aku terdiam. Terkebil-kebil biji mata pandang sayur yang
menghijau itu.
“Apa tunggu lagi? Ambiklah
cepat.” Suruh Farhan yang setia di belakang.
Teragak-agak tangan mencapai
sayur kacang buncis yang berlambak dalam bakul. Terkial-kial aku mengambilnya
sambil tangan kiri mengesat peluh di dahi.
“Ambil sayur pun
berpeluh-peluh?”
Gulp!
Sindiran pedas menikam kalbu.
Tertelan liur. Aku terus mencekut beberapa batang kacang buncis lagi tanpa
mempedulikan soalannya. Maluuuu nak jawab! Habislah… runtuh saham aku. Satu
satu kelemahan aku dirungkai. Olehnya!!!
Kedengaran suaranya berdecit
sebelum merampas kacang buncis dalam tangan aku. Aku tersentak! “Nak cari sayur
kacang buncis, cari yang kurus dan hijau. Bukan gemuk-gemuk. Tu dah masak
sangat tak pun dalamnya ada ulat.” Ujar Farhan tanpa memandang.
Aku angguk. Ohh… macam tu
rupanya. Patutlah dia letak balik mana yang aku dah capai tadi. Semuanya gemuk!
Eee ada ulat! Geli.
“Pernah tak mama kau suruh beli
sayur… sendiri?” Farhan toleh padaku. Aku menggeleng perlahan.
“Pernah tengok mama kau pilih
sayur?” Pun sama. Aku menggeleng juga.
Farhan mengeluh lagi. Apa punya
spesies manusia la dia ni? “Langsung tak pernah? Even sekali?”
Gelengan yang diterima kali
ketiga buat dia rasa nak hentak kepala dekat botol sos cili! MasyaAllah… aku
ingat lelaki je pemalas, rupanya perempuan pun malas? Apa nak jadi dengan dunia
sekarang pun aku tak tahu.
Farhan mengatur nafas dengan
sempurna. “Okey, sebelah kau tu sayur apa?” pelan-pelan aku toleh kiri. Sayur
yang diikat getah dan dilonggokkan dengan teratur. Aku cuba cari nama sayur itu tapi tak ada. Aku geselkan tapak tangan.
Tengkuk pula kugaru. Kemudian pipi.
“Aku tanya tu sayur apa. Yang
kau tergaru-garu tu asal?” bingung Farhan jadinya. Semua tempat nak digaru!
Aku sengih sambil garu pipi.
Tertunduk-tunduk menutup segan yang bertapak lama di hati. “Err… sebenarnya…
aku… tak tahu.” Duuuh! Ego yang tinggi melangir runtuh terus dengan panahan
petir dari Farhan. Nyata dia terkejut sama sekali. Bayam pun tak kenal??? Masak ah macam ni. Macam mana nak kahwin kalau
gini gayanya????
Aku rasa nak sorok muka dari
dilihat manusia. Entah kenapa rasa malu yang teramat sangat! Terngiang-ngiang
suara orang memerli, menyindir dan mengejek walhal itu hanya halusinasi. Farhan
tidak lagi bertanya apa-apa tetapi dia sekejap menggeleng dan senyum. Aku tidak
pasti apa yang difikirkannya. Dan pengajaran yang aku dapat hari ini… setiap
manusia bergelar wanita harus tahu, bukan harus tahu aje malah wajib ambil tahu
barangan di dapur! Setinggi mana pun pelajaran kita, sampai Hollywood ke
Malaywood ke yang pastinya kita akan ke dapur juga suatu hari nanti. Mula
daripada sekarang. Ubah. Insaf!
Nampaknya aku kena belajar pasal nama sayur kalau tak nak malu dengan mamat senget tu… Oh Mama!
MALAM menjelma. Selepas solat
terawih, perutku memulas-mulas dan mencucuk. Ingatkan hendak buang air besar
rupa-rupanya ‘teman baik’ dah datang. Mulalah macam orang gila cari
‘ehem-ehem’. Diselongkar semua beg sampai berterabur barang.
“Janganlah tak ada!” rungutku
tak sudah.
Dari beg baju ke almari
pakaian. Kut aku ada selit celah-celah situ. Namun keputusan negatif. Aku dah
macam orang tak betul. Telefon atas katil cepat aku gapai. Nombor Yana didail.
“Nape, kak? Duduk serumah pun nak calling-calling.” soal Yana setelah
talian bersambung.
“Dik, tolong akak. Pinjam
‘ehem’.”
“Ehem? Apatu?” bingung Yana. Achik yang terdengar menoleh.
Aku berdecit. Alahai, takkan tak faham maksud tersirat kut! Bahasa isyarat tu. Walaupun dengan perempuan aku tetap malu nak sebut. Dengan adik beradik malu apatah lagi kawan-kawan. Lelaki? Terus bisu tak nak cakap!
“Alaaa… kawan baik akak dah
datang ni. Pinjamlah cepat!” gesaku lagi.
Yana tercengang. Kawan baik?
Eh? Aku duduk depan tv dengan achik. Takde siapa tekan loceng pun. Tak ada
orang pun dekat luar. Pintu pagar tutup je. Akak aku ni sewel ke apa?
“Kak, mana ada orang datang.
Akak ni betul ke tak betul?” Yana jadi takut. Kakak aku dah kenapa??? Fareez dan Farhan yang turut berada di situ berpaling. Isk! Yana ni kecoh la.
Aku hantuk dahi ke muka pintu.
Adoi… kusangkakan kau bijak, dik. Rupa-rupanya kau lembab! “Pinjam pad la!!!”
terus saja aku hambur api kemarahan padanya. Jangan kata pad tu pun testpad
sudah! Harus aku daftar diri dekat Hospital Bahagia! Bahagiaaaa aje hidup dekat
sana.
Yana terlopong sebelum angguk.
“Lahhh tu ke? Yana fikir apalah tadi. Lain kali cakap biar terang. ‘Ehem-ehem’
la sangat. Kita perempuan ya? Tak payah nak malu bagai.” Sempat pulak dia
berceramah motivasi malam dengan aku.
Aku juling mata ke atas. “I
want now! Faster!” tup! Talian kumatikan. Urgh! Bengang betul ada adik macam
ni. Tengah-tengah runsing macam ni la dia boleh motivated aku. Lain masa la
kalau ya pun. Kalau ada benda alah tu pada aku, tak usah aku bagai orang gila
telefon dia. bazir kredit je! Duduk serumah pula tu. Aduh… malangnya nasib.
Setelah Yana keluar dari bilik,
buku rujukan pantas kuambil lalu duduk tenang di meja belajar yang dikhaskan.
Its time to study! Terharu dengan layanan Mama Nani dan Papa Umar selama mana
kami berada di rumah ini. Kelengkapan belajarku disediakan. Untuk adik-adikku
Yana dan achik juga menerima ‘hadiah’ yang sama. Belum masuk hal lain lagi.
Banyak juga pemberian mereka untuk kami tiga beradik. Tak terucap rasa syukur
dan terima kasih atas pemberian ini. Mulia sungguh hati mereka berdua.
Masa berganti masa. Sudah
setengah jam aku dikerusi itu. Membaca, menulis dan mengira. Subjek Indeks dan
Logarithma fokus utama kerana aku ada sedikit masalah dengan tajuk ini.
Mid-year exam dapat markah kurang daripada yang ditarget. Dan cikgu dah
mengenal pasti di mana silap aku. Beberapa tajuk yang menjadi masalah
diutamakan terlebih dahulu. Buat masa ini markah yang aku dapat ada peningkatan
daripada E-lulus kepada D dan kini C. Sepatutnya boleh dapat B tapi kerana
tajuk Indeks ini buat markah aku menurun. Jalan kira salah, habis semua salah!
Memang Add Math killer subject la!
Pensil kayu aku ketuk ke
permukaan meja mengikut rentak sendiri. Berfikir macam mana nak selesaikan
soalan nombor 5 dalam buku latih tubi ni. Aku cuba selesaikan tapi tak berjaya.
Tulis, padam, tulis, padam! Lama-lama habis terus pemadam aku! Tinggal setengah
dah. Huh!
Keluhan dilepaskan. Macam mana
ni? Nak telefon Aisyah? Nak sebut indeks pun aku malas. Taip? Lagilah malas.
Lambat kut! Haih… pejam celik mata aku tenung soalan membakar jiwa ni. Mencabar
mental dan fizikal aku je!
“Kenapalah SPM keluarkan soalan
macam ni?” keluhku sendirian.
Dalam memikirkan solusi, idea
tiba-tiba datang. Farhan! Duuhh! Kenapalah aku tak terfikir dia tadi? Dia kan
terror Add Math. A+ lagi tu! Soalan macam ni kacang je kot. Sebelah mata dia
boleh buat! Budak terlebih genius. Gene siapalah agaknya… Tap! Aku petik jari.
Okey, minta tolong dia! Tapi kalau dia tak nak tolong macam mana? Emm… minta
tolong sampai dapat. Aku tak kira! Buat muka kesian. Muka seposen. Tudung segera
dicapai lalu disarung ke muka.
Okay, ganbatte!
TERJengket-jengket kaki di atas
jubin. Mata meliar kiri dan kanan. Serupa penyamun pun iya jugak! Heh! Jalan la
betul-betul Mai. Bukan nak buat apa pun. Nak minta tolong je. Kan, dah kena
marah dengan diri sendiri? Aku rapatkan pintu perlahan-lahan. Bila pusing
depan, aku terus tersandar di pintu dan menjerit!
“Shhh!!” cepat-cepat Farhan
suruh aku diam. Aku tutup mulut rapat-rapat.
“Apehal kau terjengket-jengket
macam perompak?” Farhan bersuara.
Aku gosok dada. Tajam mata
menikam dia. “Kau memang sengaja nak bagi aku mati cepat ke?!”
Terjongket kening dia. Lain
ditanya lain dijawab. “Apesal kau keluar senyap-senyap tadi?” Farhan masih tak
berpuas hati. Hatinya syak sesuatu. Minah ni lain macam je.
“Err… aku… aku… exercise! Haah exercise!”
tangan digoyang dan diluruskan atas, bawah, sisi. Kemudian kepala dilentok ke
kiri ke kanan. Gelisah!
Farhan peluk tubuh seraya
senyum sinis. “Nak menipu tak agak-agak. Kau tak cukup pro nak berbohong. Dah, turun.
Mama aku panggil dekat bawah.” Dia memaling tubuh lalu berjalan. Baru saja dua langkah bergerak, dia terhenti. Pusing balik menghadap aku sebelum menyuakan sesuatu yang datang dari poket seluar putihnya.
"Nah, mama kasi." tiga bungkusan kecil berwarna putih diunjukkan padaku membuatkan muka aku bertambah merah. Bahang pipi. Hangat ketika ini. Aduhai! Dia pegang! Hamaigawd! Nak pengsan.
"Kau nak ke tak nak?" acah Farhan. Dia tahu gadis di depannya itu segan. Tulah. Cakap kuat-kuat lagi dengan Yana. Ingat dia tak dengar ke? Dah tu tadi si Yana pun mintak dari Mama Nani juga. Sama je datangnya.
"Thanks." aku ambik dengan malu yang teramat sangat. Menggigil kaki tangan tika ini. Farhan berlalu pergi.
“Err… Farhan!” panggilku
sedikit teragak-agak setelah berjaya mengumpul sedikit kekuatan.
Dia berpaling. “Nak minta
tolong boleh?”
“Tolong apa?”
Aku garu pipi. Alahai, malu
pulak nak beritahu. Tadi kemain beria. Sekarang takut ke wei? Cakaplah cepat! Peluang
hanya datang sekali! Lagipun kau tak pernah merasa dia ajarkan. Chess? Itu lainlah!
Hatiku bergaduh sesama sendiri.
“Kau ni memang ada habit suka
menggaru eh?”
Tersentak. “Mana ada!”
bantahku. Eee… suka-suka hati dia je nak mengata. Please okay! Aku bukan macam
D. Habit aku suka habiskan masa dengan Sudoku and………… tidur!
“Dah tu? Yang kau tergaru sana
sini tu kenapa?” Farhan kehairanan. Penyakit apa entah minah ni… suka bawa
virus sesuka hati.
“Aku… aku…”
“Aku aku! Aku apanya?” berang Farhan.
Ni yang mula nak naik angin ni. Pantang betul dia orang suka cakap
lambat-lambat.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Nafas ditarik. “Aku nak minta tolong kau ajarkan
aku Add Math,” lirih suaraku. Sayu aje bunyinya. Sebenarnya lebih kepada segan.
Farhan diam. Lama dia berdiri
di situ sambil mengusap dagu. Matanya menilik aku atas bawah bikin seram aje. Alahai,
dupdapdupdap jantung. Janganlah buat macam tu. Macam nak goda je. Hesh! Kuatkan
iman.
“What subject?” apabila budak genius menyoal… tanpa ragu-ragu…
“Index and Log.” Lancar aku
berkata. Farhan diam lagi sebelum angguk kepala. Yes! Dia sudi nak tolong! Yes!
“Bawa soalan tu dekat bawah. Bilik
bacaan. 2 minutes only.” Arahnya sebelum
menuruni tangga. Aku? Tersenyum riang. Senangnya dalam hati… dia sudi tolong
ajar… seperti dunia… ana yang empunya! Ubah sikit lirik lagu P.Ramlee. Aduhai… seronoknya
rasa. Nak terbang di awan je sekarang. Hiks! Gatal kau. Hehehe.
p/s : assalamualaikum... here new entry for episode 58... hope you guys enjoy it :) so selama dua minggu lebih miss tak update apa-apa... kalau internet ada baru miss update... kalau ada la... so have fun guys... and miss ucapkan WELCOME GUYS untuk ahli-ahli baru... sudi-sudilah intai + korek + selidik apa-apa entri dalam blog ni. Huuuu huuuu sedih pulak rasa. Haha :p
p/s : utk korg yg nak miss follow blog / miss lawati blog (bajet glamor laaaa kunun -_-') bolehlah tinggalkan link di bhgn komen... insyaAllah miss akan beri feedback after 'honeymoon' kih3...
p/s : bubbbyeeeeee korg ... luv you ... hiks :p
haha..sweeettttttt
ReplyDeletemiss, nak lg! hamaigawd! detak detuk jantung itew ... farhan sj tau sakat maira guna 'ehem-ehem' haha :p
ReplyDelete-fazira-
miss follow me :) spongebobsayapunya.blogspot.come.. best and so sweet.. x, sabar nak tunggu 59
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeleteWow... Best nya bab 59 bila miss....
ReplyDeleteBEST sgt!!!!! ^_^ xsbar bab 59 lak..
ReplyDeleteMiss 59 bila... Novel ada ke miss......x puaslah miss please........
ReplyDeleteMiss...59 lmbat lg ke??dh 3 kli sy ulang cerita miss nie..xsbar nk tau cerita strusnya..
ReplyDeleteSeriosly! Skit lagy nk pengsan bile bce babak sweet ni! Hamaigadd!! Bkn skit..nak pengsan dah ni..
ReplyDelete☆ikhlas_nurin-13Y.O =)
nornabilla15.blogspot.com
ReplyDeleteFollow erk miss..best cerita miss..suka dengan gaya Farhan yg cool tu..
Haduhh Mairaaa kau ni lawak ahhh 🤣🤣🤣
ReplyDelete