Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday, 6 January 2014

Ketua Pengawas VS Tunang 56

BAB56

AMMY mencampak beg ke katil dengan kasar. Dia cuba menahan didih dalam hati. Setiap kali pandang muka mamat tu, hatinya menjadi panas apatah lagi kelakuan pemuda itu buat dirinya lemas.

“Apesal Eriq jadi macam tu? Caring bagai.” Omel Ammy sendirian.

Dia mundar mandir dalam bilik luas itu. Pintu balkoni ditarik lalu dia merenung kolam renang dibawah. Fikirannya masih terganggu dengan perbuatan Eriq. Tadi sewaktu dia menaiki anak tangga menuju blok Farhan, tiba-tiba saja dia dihalang oleh Eriq.

“You nak ke mana?”

Ammy buat muka jelik. “I nak jumpa buah hati I. Please ke tepi!” Ammy cuba menolak tangan Eriq yang didepangkan itu. Tapi Eriq tetap menghalang dirinya.

“You ni dah kenapa, Eriq?! Pleaselah jangan ganggu hidup I! Kita dah tak ada apa-apa hubungan okey! Perjanjian antara you dan I dah terbatal! Faham ke tak?!” acapkali diungkap perkataan itu tapi Eriq seperti tak makan saman. Makin orang menjauh makin dia mendekat. Tak faham betul. Bukan hari tu dia sendiri yang buat acuh tak acuh dengan aku? Apesal sekarang jadi lain ni?

Tengku Hadzriq menjatuhkan tangan lalu disembunyikan dalam poket. “Okey I tau I salah. I minta maaf pasal I jatuhkan you. Sepatutnya I bantu you. I’m so sorry, okay.”

Ammy mencebikkan bibir. “I tak nak dengar apa-apa lagi. Past is past. Now please ke tepi! I nak lalu jumpa kekasih hati I.” Ammy bergerak ke kanan. Tengku Hadzriq juga bergerak ke arah yang sama, masih lagi menghalang Ammy dari terus berjumpa dengan Farhan.

Rengusan kasar kedengaran. Ammy menghentakkan kaki. Dia tak puas hati. Bengang! Apalagi yang mamat ni nak dengan dia? Bukan saja hari tu tapi semalam juga dia sudah menerangkan pada Eriq sewaktu di butik mama. Kenapa tak faham-faham????? Arghhhhhhh! Aku pula yang gila nanti kang.

“I tak faham kenapa still nak Farhan sedangkan I ada depan mata you? You tahukan Farhan dah ada Mai? Satu batch dah tahu yang dia orang hangat bercinta. Cuma dia orang tak heboh-hebohkan aje. Mati kalau Farhan tahu! Takkan you tak sedar lagi?” Tengku Hadzriq cuba menyedarkan Ammy.

Mencerlung mata Ammy mendengar bait-bait ayat yang dilontar Eriq. Ayat itu seperti belati menghiris-hiris hatinya. Ya, dia dengar tentang berita sensasi itu. Malah dia sudah dapat mengagak perkara itu akan terjadi walaupun dinafikan Humairah mahupun Farhan. Sebab itu dia bencikan Humairah! Seorang berdarah tengku kalah dengan gadis biasa. Malu seh. Dia mengambil jalan mudah dengan membomohkan Farhan. Dia berusaha untuk menukar nama Humairah dengan menggantikan namanya. Masa itu dia akan popular. Gossip mengenai mereka berdua tersebar. Dapat pula lelaki hensem dan versatil seperti Farhan. Bayangkanlah nama mereka disebut-sebut orang ramai. Tengku Farhan… Tengku Ammylea… dunia gossip… dunia selebriti… oh indahnya dunia… tanpa sedar dia meliuk lentok dibahu Tengku Hadzriq yang tercengang dengan kelakuan gadis itu.

Apa kena dengan girlfriend aku ni? Mabuk ke apa? Tapi Eriq suka… muehehe! Gatal Eriq!

“Hoi! Korang buat apa tu?!” terdengar satu laungan jauh. Alamak! Pengawas! Terbuntang biji mata mereka. Cepat-cepat Tengku Hadzriq menarik tangan Ammy lalu melarikan diri. Pengawas itu cuba mengejar sampai dapat namun langkahnya mati di tar. Pasangan itu sudah lari entah ke mana. Peluh dikesat dengan tangan. Nafasnya ditenteramkan. Melilau mata mencari pasangan ‘romantis’ yang cuba berkelakuan sumbang di dalam kawasan sekolah akan tetapi lesap terus entah ke mana. Kepalanya digelengkan.

“MasyaAllah budak-budak zaman sekarang ni. Bulan-bulan puasa pun masih nak berasmaradana. Ini kena bagitahu ustaz dan ustazah ni. Kena buat pengawasan dengan lebih ketat ni.” Desis pengawas tersebut lalu berjalan ke tempat yang dia ingin tuju sebenarnya.

Ammy tersentak dari lamunan apabila pintu biliknya diketuk berulangkali. Kepala bibik Tuti terjengul dibalik pintu. “Non Ammy, puan besar panggil.” Ujar Tuti.

Ammy angguk malas. “Give me five minutes.” Apalah yang mama mahukan? Naik ke atas kan senang. Ni sampai nak turun bawah, ada apa je. Huh!

Tuti menggaru kepala. Ammy yang perasan Tuti masih di biliknya kalih pandang. “Awak faham bahasa ke tak? Give me five minutes and I akan turun!” jerkahnya lagi.

“Err tapi non, puan besar suruh turun sekarang. Lagian ada teman-teman non dibawah dengan seorang pria ganteng.” Jelas Tuti lagi. Terkulat-kulat menahan amukan gerila dari anak majikannya.

Ammy kerut dahi. “Pria ganteng? Who’s that?”

“Entah. Tapi puan besar bilang namanya Tengku juga. Hariq… Haziq… Hadriq.. entah apa namanya non. Tuti nggak tau.” Kepalanya digaru lagi. Nama orang Malaysia memang pelik-pelik. Susah mahu nyebutnya. Tapi orangnya tampan sekali. Tergugat jiwaraga Tuti melihat anak muda tadi.

Ammy sudah membuntangkan mata. Eriq??? Is it true?? Apa dia buat dekat rumah aku ni??? Aduh masalah betullah mamat ni! Tak faham bahasa. “Arghh!!!” jeritnya sekuat hati melepaskan kemarahan dan geram hingga membuatkan Tuti terjerit sama kerana terkejut. Hampeh betul bibik macam ni…





PERJUMPAAN dengan ustazah petang itu seperti yang dikhabarkan Aisyah menimbulkan rasa cuak dalam jiwa. Bukan takut dengan ustazah tapi takut bertemu mata dengan ‘orang tu’ sebenarnya. Harap-harap dia tak masuk untuk pertandingan ini. Sempat aku berdoa dalam hati.

“Assalamualaikum,” ucapku seraya mengetuk pintu. T-shirt lengan panjang hitam kuning itu dibetulkan sedikit.

“Waalaikumussalam. Sila masuk, Humairah.” sahut ustazah. Aku mengangguk lalu menyedekahkan senyuman padanya. Pada waktu itu mataku tertancap pada mata seseorang yang sedang meneliti kertas ditangan.

Gulp!

Tanggapan kau salah Mai. Dia memang dah masuk pun!

“Mai, sini.” Satu suara memanggil namaku perlahan membuat aku tersedar kembali. Pantas langkah dihala ke kerusi sebelah Aisyah.

“Kenapa lambat?” Aisyah berbisik.

“Tadi terserempak dengan Cikgu Namisah lah.” Balasku. Aisyah angguk.

“Baiklah. Semua dah ada. Jadi bolehlah saya mulakan perjumpaan kita.” Ustazah Haslinda memulakan sesi penerangan mengenai pertandingan hafazan + bercerita. Mula-mula aku terkejut beruk apabila disuruh bercerita. Kata hafazan. Tapi ada bercerita pula? Mana satu ni sebenarnya?

Ustazah Haslinda tersenyum. “Begini. Awak semua akan membaca surah hafazan pada permulaan. Setiap ayat dalam kitab suci Al-Quran mempunyai cerita tersendiri. Seperti contoh surah Al-Baqarah yang mengisahkan tentang lembu betina. Pada kali ini saya tidak mahu ayat yang terlalu pendek dan terlalu panjang. Ikut maksud ayat tersebut. Begini caranya. Awak membaca satu ayat kemudian awak menerangkan kisah disebalik ayat tersebut dan sambungannya begitu juga. Berselang-seli. Masa yang diperuntukkan untuk setiap seorang adalah 10-20 minit. Jadi pandai-pandai awak semua cari surah. Dan saya tidak mahu ada surah yang sama. Ada 30 juzuk dalam Al-Quran. Boleh pilih secara rawak. Nak ambil depan, tengah, akhir suka hati. Yang paling penting ada point penting dalam setiap bicara kamu! Dan saya pasti anda semua tentu gembira apabila membaca serta memahami cerita disebalik setiap ayat itu. Secara tak langsung awak explore mengenai isi tersirat dan tersurat di dalam Al-Quran.” Ustazah Haslinda berjanji.

Kami sekali lagi mengangguk. Aku mencatat apa yang penting dalam memopad. Sebagai peringatan. Aku kan pelupa orangnya. Nak kata makan semut banyak tu taklah tapi kadang-kadang adalah jugak. Huhu! Sambil itu sempat mataku mengerling pemuda dihujung sana. Dia juga sama sepertiku. Mencatit apa yang perlu. Laju tangan menulis dalam buku hitam. Macam diari je. Bergaya. Boleh jadi model atau duta ni. Daripada tadi dia kelihatan tenang.

Eh, apesal kau puji dia? Kau lupa ke kau tengah lancar perang dengan dia?

Perang tetap perang tapi hati tetap sayang. Ehh???

Ececehhh… kemain Mai sekarang.

Terasa diri diperhatikan membuatkan matanya terangkat menoleh. Erk! Pandangan kami bertemu. Aku cepat-cepat tunduk memandang memopad. Tapak tangan sudah berpeluh. Darah menyerbu muka. Isk! Macam manalah aku boleh tenung dia lama-lama? Sangat tak malu! Isk isk! Kepala diketuk dengan pen biru.

Pemuda itu buat selamba padahal dalam hati berdegup sakan. Dia memberi sepenuh perhatian apa yang ustazah sampaikan. Tanpa sesiapa melihat dia mengukir senyum.

“Baiklah setakat itu saja yang saya ingin maklumkan. Oh ya. Saya hampir terlupa. Untuk yang tingkatan 5, kamu ada peperiksaan percubaan bukan?”

“Ya, ustazah.” Mereka menjawab kecuali aku.

“Hari Jumaat minggu depan ada periksa apa? Saya masih tak dapat jadual yang betul punya dari penyelia.”

“Tak silap saya subjek Seni, ustazah.” Farhan menjawab berdasarkan semakan pada buku catatannya. Ustazah mengangguk.

“Ada sesiapa yang ambil Seni disini?” Tanya ustazah. Semua pandang satu sama lain. Dah sah tak ada sebab tiada seorang pun yang angkat tangan. Dan baru aku perasan pelajar tingkatan 5 sedikit bilangannya berbanding yang lain. Semua muka aku tak kenal. Adik-adik barangkali.

“Okey senang kerja. Tak ada yang ambil subjek Seni. Jadi program kita berjalan seperti biasa. Kalau ada apa-apa berita terbaru saya akan khabarkan melalui Farhan dan Aisyah selaku ketua dan penolong. Kalau tak faham kamu boleh tanya dengan kakak dan abang ini. Itu sahaja dari saya. Kalau kamu mahukan tafsir Al-Quran boleh pinjam dari surau tapi harus dipulangkan kerana itu hak milik surau sekolah. Kita akhiri dengan surah al-asr.” Farhan mengetuai bacaan surah itu dan kemudian kami bergilir-gilir bersalaman dengan ustazah. Perempuan sahaja!

Selepas menyarung kasut sukan, aku berdiri dan bersaing dengan Aisyah menuju ke pintu pagar sekolah. Waktu itu bahang mentari seakan memanah pada kami. Fuhh, panas petang sangat menyeksakan. Terbakar kulit aku. Dahlah pakai tudung hitam. Baguslah tu menyerap haba. Padan muka aku sendiri.

Sedang berjalan lagi beberapa kaki aje nak lepas pintu pagar sekolah, nama Aisyah dilaung agak kuat dari arah belakang. Dia menoleh. Aku pun ikut sama pandang.

Oh my!

“Aku nak cakap sikit pasal pengawas.” Ujar Farhan. Aisyah angguk. “Hal apa?” soalnya lembut.

Mata Farhan tiba-tiba terkalih pada aku seperti memberi arahan namun cepat-cepat aku lihat Aisyah. Okey aku faham. Hal pengawas tak boleh masuk campur. Aku kan cuma budak biasa saja… “Aku balik dulu. Bye.” Tanpa mengharap balasan aku bergerak laju ke aspuri seorang diri. Hati pedih dan sayu. Pada waktu itu angin tiba-tiba kuat. Tiada lagi sinaran cahaya matahari yang memanah. Awan sikit-sikit mendung ketika aku berjalan.

Mai, takkan kau cemburu dengan Aisyah? Hey dia jumpa Farhan pun sebab pengawas je. Bukan sebab lain. Please jangan jadi gedik macam Ammy!

Kawan boleh makan kawan, kan?

Astaghfirullahalazim Mai. Mengucap Mai. Aisyah baik orangnya. Tak baik menuduh. Itu polisi pengawas. Mana boleh orang luar masuk campur. Takkan kau tak percaya kawan kau sendiri?

Hmmm entahlah…

Hati berperang sendiri. Rasa takut, rasa cemburu, rasa sedih bercampur-campur. Adakah hati sudah berpaut menerima dia sepenuh hati? Tapi dia? Bukankah dia permainkan aku? Argh! Aku pening! Perang tetap perang! Sedar-sedar saja aku sudah berada di depan pintu pagar aspuri.



“OPAH tengah buat apa tu?” soalku selepas membalas salam opah. Aku bermalas-malasan di katil.

“Tak buat apa pun, Fiya. Opah rehat-rehat aje ni haa. Kamu sihat?”

“Sihat, opah.” Jawabku perlahan.

“Kenapa ni, cu?” opah seakan mengetahui cucunya terlibat dalam masalah yang berat. Jikalau tidak dia tak akan berdiam diri dan jawab pendek-pendek kalau ditanya. Seperti kebiasaan Fiya akan menjawab 20 patah kalau opah tanya sepatah. Dahsyat, kan?

“Opahhhh…” meleret suaraku bersama takungan air ditubir mata. Entah bila akan pecah empangan itu aku tidak pasti. Yang aku rasa saat ini hanyalah hendak menangis dan mengadu pada opah.

“Sabarlah, cu. Setiap manusia takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Perbaiki diri, cari dimana kelemahan dan kesilapan kita. Dugaan dalam perhubungan memang sentiasa ada. Fiya harus bersabar. Cekalkan hati. Opah yakin Fiya dapat harungi semua ini.” Setitis air mata gugur di pipi. Opah seperti tahu gelodak hati yang melanda.

“Nak tahu kenapa Allah sentiasa memberi ujian dan cobaan kepada hambaNYA?”

Tanpa sedar aku menggeleng namun telefon tak lepas dari telinga.

“Allah sayang akan hambaNYA.” Ayat itu terus melekat dalam atma.

“Allah takkan saja-saja nak beri umatnya halangan dan rintangan. Cuba selami diri. Sebagai contoh, kenapa duit kita sentiasa kehabisan walaupun rasanya baru semalam dikeluarkan dari bank? Rasa duit tu memang banyak. Beratus-ratus tapi kenapa baru sehari dah selesai? Adakah kita tick ke mana arahnya saluran duit kita itu? Adakah ke jalan Allah ataupun ke jalan yang dimurkai Allah? Pembaziran amalan syaitan. Contoh kedua kenapa rasa gelisah kerana makin kurang makanan dalam kediaman sedangkan baru minggu lepas kita shopping keperluan tersebut? Beribu-ribu duit belanja habis. Tapi tetap rasa cepatnya habis makanan. Petanda apakah itu? Itu bermakna kita tak mensyukuri nikmat Allah, rezeki Allah. Kita habiskan makan tapi dalam masa yang sama kita lupakan Allah. Kita lupa Allah lah yang memberi rezeki, Allah lah yang memberi nikmat makan minum dan segalanya tapi rupa-rupanya hambaNYA langsung tidak berterima kasih. Usahkan terima kasih, ucap Alhamdulillah pun tidak mahu.”

Aku terdiam kelu tanpa kata. Cerita opah semakin menarik di pendengaranku. Hati yang pada mulanya hangat tiba-tiba menjadi cair. Ada rasa keinsafan dihati. Lalainya aku kepadaMU ya Allah…

“Fiya?” opah menyoal di talian.

“Ya, opah. Fiya tengah dengar ni.” Balasku. Opah tersenyum.

“Begitu juga dengan hubungan, cu. Tak semestinya hubungan itu sentiasa manis dan menawan. Tak semestinya hubungan itu terus bercakaran dan bertikam lidah. Ada pasang surutnya seperti sungai dan lautan. Sekejap manis, sekejap masam. Asam garam dalam sesuatu ikatan.” Opah faham apa yang dilalui cucu tersayang itu. Dia makan garam terlebih dulu dari anak cucu.

Aku menarik nafas panjang. Rambut terbang ditiup angin tidak aku pedulikan. “Dia tipu Fiya…”

“Fiya dah dapat kepastian? Dah dapat bukti?”

Aku menggeleng. “Tak.”

Opah mengeluh. “Kalau tak, macam mana Fiya tahu dia menipu?” lembut suara opah bertanya.

“Fiya nampak dengan mata sendiri. Dia tipu Fiya…” suara makin ke dalam.

“Nampak dengan mata kasar tidak mencukupi, sayang. Adalah lebih baik Fiya tanya tuan empunya badan dulu. Entah dia tak sengaja buat demikian, entah dia sedang berlakon, entah dia memang ada hal nak dibincangkan dengan orang lain dalam keadaan yang memerlukan privasi dan entahkan benar apa yang mata Fiya nampak, apa yang terlintas di fikiran Fiya. Tapi, seeloknya tanya dulu. Baru hati kita puas.” Saran opah sambil menitipkan nasihat berguna pada diri ini.

Dan aku semakin tenang setelah mendapat suntikan semangat dan nasihat mendalam daripada wanita yang aku sanjungi selain mama.



KERTAS PERCUBAAN Bahasa Melayu kertas 1 sudah berada di atas meja. Dup dap dup dap jantung memandang arahan bertulis kertas A4 putih tersebut. Dalam hati tak sudah-sudah berdoa dan berselawat. Tak lekang dimulut berzikir dan mengingat pesan-pesan ustaz dan ustazah, guru-guru, pesanan keluarga terutama mama dan abah serta yang teristimewa… opah. Nasihat yang sangat berguna!

‘Lupakan segalanya… lupakan tentang sekeliling… lupakan tentang dia…’

“Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1 adalah dua jam lima belas minit. Masa menjawab anda bermula dari sekarang!”

Al-fatihah permulaan yang baik. Selepas itu aku membelek kertas soalan. Teringat pesanan Cikgu Namisah. Kosongkan minda. Jangan fikir apa-apa selain peperiksaan. Tenang. Mulakan dengan rangka karangan. Cari isi dahulu! Dan yang paling penting, jangan berhenti menulis biarpun tiada idea! Conteng saja apa yang terlintas dalam fikiran pada kertas soalan. InsyaAllah dengan sendiri idea akan datang.

Mata yang kupejam seketika sebelum celik semula. Pen hitam dihujung meja kupegang erat. Siap sedia ‘berperang’! Bismillahirrahmanirrahim…segalanya aku lupakan.



“SUSAH dowh soalan tadi. Pening kepala aku fikir isi tersirat. Bla.. bla.. bla..

Ungkapan yang biasa diperdengarkan selepas menjawab kertas soalan. Namun bagi aku sepatutnya tidak usah beritahu teman lain mengenai apa yang kita jawab tadi. Biarlah rahsia. Mana yang salah dibetulkan. Bukankah lagi menyakitkan hati sendiri? Yang tukang betulkan pulak dah sure student pandai kelas depan. Lagilah berdouble sakit hati! Lebih baik diam. Lantaklah orang tu nak bercerita ke apa. Tapi yang pasti kita tidak membocorkan rahsia walaupun jawapan kita tadi salah.

“Mai,” bahuku dicuit Wana. “Khusyuk nampak? Menghafal nota ke berkhayal?”

Aku menjeling. “Tengah menilik soalan apa yang keluar nanti.” Wana ketawa.

“Nanti share la dengan aku eh soalan tu.” Dia mengenyit mata kiri. Aku menjelir lidah. Pandangan terarah ke depan semula. Merenung pokok bunga kertas yang mekar.

“Aku tengok kau sejak dua menjak ni lain macam je. Lebih banyak diam. Dan of course suka termenung. Kenapa eh?” Wana mengulas karakter aku. Aku senyum.

“Itu dinamakan musim.”

Wana sentuh dagu. Lagak berfikir. “Setahu aku ada empat musim je. Musim hujan, musim luruh, musim bunga dan musim salji. Musim termenung and etc memang tak dok dalam senarai.” Aku menumbuk bahunya. Wana ketawa.

“Nak kata kau period pun macam tak sebab kalau kau uzur perangai kau mengalahkan baby baru dapat kaki nak berjalan. Aku tak tahulah pulak symptom period kau terbaru sekarang ni macam tu.” Makin selamba dia berkata tanpa sedar aku tergelak sakan disebelah. Wana pandang pelik.

“Dah kenapa kau gelak?” aku salah cakap ke?

Aku mengelap air mata yang meleleh sambil menahan tawa yang masih bersisa. “Nope.” Adeh…

Wana ketap gigi. Adalah tu yang menggeletek hati. Cis! Lama kelamaan Wana tersenyum. Senang hati lihat sahabat karibnya tersenyum riang dan ketawa semula setelah lama bermuram durja. Mai happy, hatinya turut sama happy.

“Wei kau dah hafal ke surah untuk pertandingan tu? Surah mana?” Wana mengungkit hal pertandingan.

“Dah. Sekarang dalam proses nak menghafal.” Wana angguk faham. Kami diam. Lama.

“Wana,”

“Hmm?”

“Salah ke kalau aku cemburukan sesuatu? Adakah ianya keterlaluan atau aku yang terlalu pentingkan diri sendiri?” Wana terus menoleh. Dahi bercantum. Agak pelik soalan yang terpacul keluar dari mulut Humairah. Tak pernah-pernah…

“Kenapa tiba-tiba tanya?”

Aku jongket bahu. “Terlintas di fikiran.”

“Okey menjawab soalan kau, tak salah kalau cemburukan sesuatu yang berfaedah. Contohnya aku beli kereta BMW. Kau tengok dan terus meleleh air liur. Menjejes berbaldi-baldi. Lepas tu minta tumpang dengan muka seposen, muka sememeh macam baru bangun tidur.” Sungguh bersahaja si atlet ni berkata tanpa sedar manusia disebelah sudah berasap sakan. Segala lubang terbuka sudah jadi seperti serombong asap-asap kilang. Kelabu asapnya! Rosak kawan macam ni!

“Kau memang teringin nak gigit kasut sukan aku yang dah dua bulan tak cuci tukan?” gertakkku geram. Bahu Wana dipukul berkali-kali. Wana mengelak sambil mengaduh.

“Okey! Okey! Aku jawab.” Wana duduk semula. “Cemburu tu nikmat. Tanda kau begitu kasih dan sayang pada ‘sesuatu’ kau tu.” Ejek Wana lagi. Aku mencerun mata. Agak perit disitu…

Wana sengih. Jangan cuba jolok sarang tebuan, Wana! “Tapi biar berpada. Jangan jadi cemburu buta. Menyesal tak sudah nanti. Kena pandai mengawal. Kesimpulannya….” Wana memegang bahuku. “Cemburu bukan suatu kesalahan… baik dari segi agama dan undang-undang.”

“Tapi apa guna cemburu pada yang tak sayang dekat aku, kan? Macam perumpaan tu. Perigi cari timba. Tersua-sua muka tak malu.” tiba-tiba saja aku berkata sedemikian. Wana cepat-cepat toleh. Renungan Humairah semakin jauh ke depan. Entah apa yang ditenung dia pun tak tahu. Kata-katanya seperti tak bertapis lagi. Kalau dulu Humairah begitu menjaga percakapan lebih-lebih lagi bab perasaan. Muka tak usah cerita la. Membahang malu bila diusik. Kini?

Wana pegang lagi bahu Humairah.

“Sabar, Mai. Setiap yang berlaku ada hikmah. Aku harap kau tabah.” Hanya itu yang mampu diucapkan Wana. Dan Humairah terus termenung jauh…

Di satu sudut, seorang pelajar bersandar di dinding sekolah. Mata dipejam rapat beberapa saat sebelum celik semula. Dia faham apa yang dirasai gadis itu. Dia turut merasa…



Flashback : Waktu rehat

Tudung sekolah aku betulkan dan tajamkan di bahagian awning dan mengikut bentuk muka. Tangan dicuci dengan sabun Protex yang tersedia sebelum berjalan keluar ke tandas. Namun tidak kusangka yang aku bakal bertembung dengan musuh utama!

“Oh! Tak sangka kita berjumpa lagi wahai si perampas.” Sinis Ammy. Nak kata bengong, belajar sekolah kluster. Dah tentulah satu sekolah. Mana-mana pergi confirm nampak. Entah pape entah.

Aku buat tak tahu dan terus berjalan. Biar dia cakap seorang diri. Orang gila memang begitu! Apabila hendak melepasi dirinya, lenganku dipegang membuatkan langkahku terhenti serta merta.

“Tangan kau yang berkuman tu tak layak sentuh baju bersih aku!” tangannya aku tepis kasar. Habis renyuk lengan baju. Penat iron tau!

Ammy senyum. “Ada aku kisah? So, aku rasa kau dah tahu berita tentang perhubungan antara aku dan Farhan. Kami dah couple semula!”

Aku terdiam! What? Aku tak tahu menahu pun! Patutlah perangai mamat tu berubah. Kau sendiri dah boleh agak Mai. Insiden kau intai celah lubang pintu tandas tu tak beritahu kau segala-galanya namun pesanan Opah terpahat kukuh diingatan. Relax Mai. Dia saja nak buat kau hangin satu badan. Ingat, api lawannya air! Senang-senang angkut je dia, lepas tu campak dalam kolah masjid! 

“Oh? Yakah? Sorrylah ya, Tengku Ammylea Ruhaila. Aku tak berapa layan berita tak top ni. Maklumlah… sekarang kan trial. Tumpuan aku lebih kepada peperiksaan. Buang masa je layan gossip terHANGIT dipasaran sekarang. Tak ada faedah! Masuk majalah pun confirm backpage.” Aku pura-pura ketawa, menutup dua jari ke mulut. Plastik okey!

Ammy ketap rahang. Gigi berlaga sesama sendiri. Tak puas hati la tu! Bluekk!

“Kau!!!” tudingan jarinya terbantut tatkala namanya disebut seseorang dari belakang. Kami sama-sama memandang.

Oh my! Si dia berjalan tenang namun kerutan di dahinya dapat aku lihat. Nak marahlah tu! 

“Buat apa lagi dekat sini? Lagi 15 minit nak mula exam.” Tegas suaranya. Dari apa yang aku dengar, dia marah kami berdua. Okay fair and square! Aku suka! He he he

“Sayang, tadi Mai langgar I. I suruh dia minta maaf cara baik tapi dia berkasar dengan I. Siap panggil I perampas lagi.” Terlopong aku. Cis! Kau guna taktik kotor lagi! Dah la bersayang-sayang dengan tunang orang! Tak malu!

Mata Farhan merenungku bersama kening ternaiknya. What say you, ada pembelaan diri? Isyarat matanya. Isk! Sakitnya hati…

Anything you want to say, Miss Humairah?” Farhan menyoal.

Aku memeluk tubuh. “Just wanna to say, selidik dahulu sebelum soal siasat. Kau faham maksud aku, Farhan.” perliku.

Mata Farhan mencerlung tajam. Marah agaknya aku pertikaikan kewibawaannya. Heh! Ini Humairah la. Jangan cuba cari pasal dengan aku! 

“Sayang, look at her. Dia perli you. Takkan you nak berdiam diri, darling?” Wah, bagus punya batu kawah! Wekkk! Nak termuntah aku dengar darling dia tu. Hati aku tak hangat la wei! Tak berkesan pun.

“Minta maaf sekarang.” Pinta Farhan tegas. Aku menggeleng. No way! Bukan salah aku! Nampak sangat ketidakadilan dalam menyelesaikan kes.

“Mai!” nada suaranya menaiki satu oktaf.

Jari telunjuk kanan mengetuk dagu. “Aku tertanya-tanya macam mana kau buat keputusan ya? Macam manalah kau boleh terpilih sebagai ketua pengawas sedangkan ciri-ciri headprefect langsung tak kena pada diri kau? Beza 100%!” Wajah Farhan tegang. Berubah terus air mukanya, kemerahan.

“Aku nak kau minta maaf sekarang! No excuse!” arahnya kasar. Aku diam. Sedihnya hati kurasa tika ini. Dia tak percayakan aku lagi… perwatakannya berubah sama sekali… Mai, kau silap buat penilaian...

Ammy disebelah tersenyum bahagia. Untung buah hati marah si perampas tu! Padan muka katanya. Oh, thanks again to Pak Halim because bagi ubat yang sangat mujarab!

“Okey. Aku minta maaf. Puas hati?” mendatar suaraku. Tiada hati lagi. Kosong sekosongnya! Kemudian tanpa pamitan aku melangkah pergi.


p/s : here entry baru sorry lama menghilang... kalau takde entry miss akan close blog buat seketika... macam2 yg berlaku skrg... kesian dkat blog kwn miss... habis smua 'cerita' diiciplak tanpa rasa bersalah...hope enjoy it :)

2 comments: