Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday 19 June 2013

Ketua Pengawas vs Tunang 42

BAB 42


SEMENJAK kes Farhan buat aku begitu, aku tidak lagi mendekatinya, memandang mukanya biarpun sekilas dan aku memang langsung tak nak pandang mukanya! Aku hanya membisu sewaktu geng aspura dan aspuri bergabung dan semestinya dia turut serta. Dan aku juga menyembunyikan tubuh agar tidak kelihatan dimata kasarnya. Wana sering kujadikan penghalang dari terpandang akan dia yang mencuri tenungku bila rakan yang lain tidak sedar situasi itu. Heh! Ingat aku nak pandang? Kirim salamlah! 


“Mai, awat hang ni? Aku tengok hang lain macam ja.” Iman menegur membantutkan khayalanku.


Aku membetulkan duduk.“Tak ada apa-apa.”


“Tipulah. Sejak semalam hang jadi lagu ni. Hang diam, hang monyok and last... hang bawa diri. Ingat kami and the gang tak nampak? Dah tu suka termenung. Fikir hal rumahtangga ke?” perli Iman.


Aku tersenyum. Makin laju tangan melarikan ballpen atas memopad.


“Tengok tu. Kita tanya dia senyum pulak.” geram Iman. Lenganku dipukul dengan botol air mineralnya.


Aku masih senyum. Sedikit pun tiada rasa marah. Iman berasa bosan lalu bangkit ke arah di mana Aisyah dan para guru perempuan selang dua khemah dari tempatku itu. Aku ditinggalkan sendirian. Satu tepukan hinggap di bahu kanan buat aku terperanjat. Pantas aku mendongak. Satu jelingan dihadiahkan buatnya.


“Kau dah lama hidup ke, Wana?”


Wana sengih. Dia duduk. “Apesal kau ni? Mengelamun je daripada tadi. Sampai orang panggil pun kau buat derk je. Entah apa-apa yang kau tulis dekat memopad tu. Menghabiskan kertas dan dakwat.” omelnya.


“Mana ada mengelamun. Memopad aku ada spare lagi dua tau. So kalau aku habiskan yang ni tak akan menjadi kudis pada aku.” dengan berlagak aku menjawab sambil mendabik dada.


Wana mencebik. “Poyo la kau ni. Mai, aku nak tanya sikit boleh?”


Aku angguk tetapi masih tidak melihat air mukanya di sebelah. Mata masih melekat pada kertas warna warni itu. Singkatan namaku dicoret pada kertas warna pink. Simbol love kuukir di hujung dan pangkal namaku. Wah! Kreatif juga kau buat, Mai. Aku memuji diri sendiri. 


“Kau gaduh dengan Farhan ke?” direct gadis bertudung coklat itu menyoal sambil membetulkan tudungnya yang kelepet ditiup angin.


Aku tersentak. Tanganku yang laju berlari membeku. Terdiam aku seketika sebelum menulis mengikut hati yang menggila. Mata pen yang tajam jelas kelihatan di kertas warna warni itu sehinggakan ada secebis kertas koyak. 


“Apesal? Kau nampak aku gaduh ke?” 


“Aku tengok kau dengan dia macam tak okey. Bukan aku seorang je. Member kita include geng aspura pun sama. Farhan pandang kau, kau pandang tempat lain and kau melarikan diri." Wana menggawangkan kedua-dua tangannya ke udara. Bercerita penuh gaya. "Itu bukan kira gaduh ke? Ke kau tengah merajuk dengan dia? Gaduh-gaduh manja?” Wana mengusik.


Gaduh-gaduh manja? Bluekk! Ni bukan manja tapi tahap nak putus tunang, tau tak? Dia pandang aku? Apesal pula nak pandang aku? Pergilah pandang perempuan gedik tu! Pandang, tenung and whatever la kau nak buat apa! Menyibuk tengok aku apehal? Hatiku mendongkol marah.


Pleaselah! Aku nak merajuk dengan dia? Dunia terbalik ke apa? Nonsense!” bidasku.


Wana angkat kening. "Semacam je bunyi?" usiknya.


Aku julingkan mata ke atas. "Dah! Dah! Pergi sana. Jangan kacau konsentrasi aku nak berseni." Pen hitam aku cucuk pada pinggang Wana. Khuatir Wana dapat meneka apa yang aku alami. Wana ni bukan boleh percaya sangat. Ada ilmu juga minah ni. Ilmu meneka. Dan setiap apa yang dia teka, semuanya tepat mengena. Bahaya!

Wana mengelak sambil tergelak.




UNGGUN api siap dinyalakan oleh Cikgu Samad, Cikgu Yusuff dan beberapa pelajar lelaki. Bebudak aspura tidak terkecuali. Cikgu Adibah, Cikgu Aqillah dan Cikgu Namisah sibuk memasak maggi yang dibekalkan dari rumah untuk santapan malam. Hanya ini saja yang biasa dilakukan sewaktu mengadakan perkhemahan. Gelak ketawa menceriakan suasana malam. Ditambah lagi dengan petikan gitar dari Cikgu Asmawi begitu mengasyikkan. Semua bagai lalai menghayati lagu yang dimainkan Cikgu Asmawi. Malam ini kami semua beristirehat selepas berpenat lelah dengan aktiviti jungle tracking dari pagi hingga ke petang. Sudahnya, kumpulan yang diketuai Farhan menjuarai game itu. Hadiahnya sebungkus jajan Twisties perisa BBQ. That's all! Ingat dapatlah nasi beriyani gam ke nasi kandar ke. Hmm... tetapi yang bestnya kami semua dapat merasai kedinginan air terjun. Sangat sejuk dan begitu melegakan!


Khairul memberikan cerek air kepada Cikgu Samad untuk dijerang. Kayu sederhana besar dipacakkan dan dibentuk seperti meja agar cerek diletak atasnya. Beberapa pelajar mengelilingi unggun api itu bagi merasakan bahang kerana cuaca malam ini agak sejuk berbanding semalam. Mungkin petanda akan turunnya hujan.


Sir, esok ada program apa?” tanya Putera. Milo panas dihirup perlahan.


Cikgu Samad tersenyum senget. “Esok akan ada aktiviti mencabar buat kalian semua.”


“Aktiviti apa?” Ashraf melulu bertanya. Excited habis! Mencabar? Makan ulat ke? Tak pun berlari dengan ular di bahu? Fuhh! Dah macam masuk Fear Factor pula! Tapi seriau dia! Janganlah betul-betul. Mau koma dia dekat sini. 


"Awak semua rasa?" Cikgu Samad menyakat lagi.


"Ada acara macam dalam Amazing Race ke, cikgu? Tak pun Fear Factor?" semua pakat menelek muka Cikgu Samad menanti jawapan. Guru itu tersenyum.


“Saya tak boleh cakap sekarang. Awak semua lihatlah esok. Cuma salah satu acara wajib adalah canopy walkway alang-alang dah ada di sini dan itulah tujuan utama kami adakan kem ini untuk test kegayatan awak semua.” Ketara sungguh muka mereka yang mendengarnya. Ada yang kata yes, ada yang kata alah, ada yang kata no way dan ada yang menjerit. Sama ada suka atau sedih, wallahualam. Tapi yang pasti aku tersangatlah suka! Hoho! Dah lama tak test gayat. Masih beranikah aku memandang ke bawah? In shaa Allah boleh!



"Wajib ke cikgu? Bukan harus?" Affendi bertanya lurus sambil membetulkan speck besarnya. Semua tergelak.


Cikgu Samad, Cikgu Asmawi, Cikgu Yusuff dan beberapa guru yang berdekatan tersenyum aje. Dapat mereka bayangkan bagi yang takut serta gayat. Moga dengan kem bina semangat ini, semangat anak-anak muridnya membuak-buak di dada. Keyakinan jauh meninggi meninggalkan ketakutan yang menyelubungi diri.


Aku bangkit seraya menepuk seluar trek kelabu yang terlekat pasir. Wana yang sedang memeriksa mesej mendongak kepala. “Pergi mana?”


“Ambil air.”


Lalu dengan langkah yang perlahan, aku bergerak ke tempat di mana Cikgu Namisah dan beberapa pelajar perempuan lain sedang mengacau air apa entah dalam balang. Tudung yang meliuk lentok ditiup angin kurapikan dengan kemas.


“Humairah, nak air ke?” Cikgu Namisah menegur lembut. Aku mengangguk lalu membalas senyumannya.


“Teh ke kopi?” Ayuziana, pelajar kelas kedua sains tulen menyoal. Aku menjenguk sedikit kepala dalam balang. Yang mana satu idaman kalbu? Sempat aku menyanyi dalam hati.


“Teh la. Minum kopi nanti tak lena tidur. Dah terpaksa jadi guard tanpa rela.” Balasku selamba. Mengekek mereka ketawa termasuklah Cikgu Namisah yang menekan perutnya sambil geleng kepala.


“Hai laa awak ni, Humairah. Macam-macam. Sudah, saya nak ke tempat Cikgu Adibah. Awak berbuallah dekat sini ya.” Cikgu Namisah pun berjalan meninggalkan kami. Ayuziana dan dua orang pelajar perempuan lain turut sama meninggalkanku selepas menyiapkan dua jenis air dan Ayuziana menyerahkan segelas air teh buatku. Maka tinggallah aku seorang diri di situ. Ada roti, tuna, planta dan beberapa makanan sampingan yang lain. Tetapi semua itu tidak membangkitkan seleraku. Perut yang mencengkam kuraba sambil pejam mata. Allah, janganlah sekarang. Desis hatiku. Belakangan ini, makin kerap aku alami sakit perut. Teman baik sudah baru saja berlalu pergi 2 minggu lepas. Adakah kerana makanan di kem ini tidak sedap sehinggakan aku boleh dapat sakit perut? Mengada betullah perut ni. Aku menampar perutku perlahan.


Baru nak minum air teh untuk kali kedua, kedengaran suara yang cukup menggelikan telinga. Hampir saja aku tersembur air itu ke depan.


“Ammy, you sakit lagi tak?” 


“Sakitlah. I nak minta tolong Farhan bubuhkan minyak. Lebam-lebam badan I tau.”


‘Hmm, dasar anak manja! Mengada-ada! Baru masuk hutan dah mengadu macam-macam. Aku hantar kau kat Hutan Amazon baru tau! Huh!’ bebelku dalam hati.


“Kesian you, kan? Dah la ada orang caras boyfriend you, you pula kena sakit-sakit macam ni.” ujar Adryana lagi. Kali ini nadanya seperti memerli. Sesekali jemari runcingnya mengurut tangan dan bahu Ammy.


Ammy angguk. “Emm betul tu. Nasib I. Adat bercinta mestilah ada pengorbanan. Tapikan I rasa puas sangat. Layanan Farhan pada I dah lembut sekarang. Seriously I nak kiss pipi dia. Mungkin Farhan dah terbuka hati terima I lepas I jatuh dekat cerun tu. Hmm kuasa cinta!” Ammy begitu teruja.


Aku buat-buat tak nampak saat mereka mendekati tubuhku.


“Ops! Tak perasan ada orang.” Ammy pura-pura terkejut dengan jemari kanan menutup mulut. 


“Ouh, ada juga si perampas ni dekat sini.” Ammy mencapai gelas polistrene di depanku. Gayanya bersahaja seperti tiada apa-apa berlaku. 


"Buta. Mana nak nampak orang dah." kataku perlahan. Namun masih dapat didengari telinga lintah mereka berdua.


Ammy bengang. "Hey, kau jangan nak kurang ajar! Sesedap kau je kata kami buta?"


Aku berpaling ke kanan sambil tersenyum sinis. "Ouh, terasa ke? Maaflah. Tak perasan. Ingat tak ada orang tadi." Aku mengajuk ayatnya.


Adryana mengecilkan mata. Mahu saja dia membalas percakapanku, Ammy menariknya ke sisi. Dia tersenyum sinis lalu berjalan perlahan mendekatiku. Badannya dirapatkan pada badanku sehingga bahu kami bersentuhan. Orang ramai pasti menyangka kami berkawan baik. Aku mengerlingnya tajam. Tanda tidak suka dia menyentuh bahuku dengan kuku tajamnya itu. Ammy mendekatkan bibir ke cuping telingaku.


"Aku tau kau cemburu dengan aku. Kau jeles bila Farhan sentiasa memberi perhatian pada aku. Tengoklah macam kejadian siang tadi. Walaupun aku yang sebenarnya bersalah tapi dia tetap defend aku. Itu tandanya dia sayangkan aku. Dan apa saja yang kau buat semestinya tak kena di mata dia. So Nur Saffiya Humairah, kau kena faham satu perkara. Kau tak akan boleh menang dengan aku kerana game ini aku telah berjaya kuasainya hampir seratus peratus. Kau hanya dapat satu peratus saja. Dan sampai bila-bila pun kau tak akan dapat Farhan. Mengerti?" bisiknya lembut.


Aku jongket kening. "Sejak bila pulak aku join game mengarut kau ni? Tak silap aku, aku cuma sahut cabaran kau. Sahaja! Tak ada pulak kau sebut game-game bodoh macam ni. Hmm... kau terlalu taksub, Ammy. Ingat, tak semua benda kau boleh dapat. Tak semua game kau menang. Jangan terlalu cepat membuat rumusan." kataku lembut.


Ammy berpeluk tubuh sebelum berjalan mengelilingiku. "Sesiapa saja yang cuba bersaing dengan aku pasti takkan berjaya, Humairah. Sudah terlalu ramai budak perempuan yang cuba memikat Farhan tetapi langsung tak berjaya. Hanya aku seorang saja yang bertahan thats mean aku berjaya. Dan kau pun akan aku pastikan tak berjaya langsung." Ammy memberi amaran padaku.


Langsung tiada rasa gentar dalam hatiku saat ini. Perut yang sakit tidak aku hiraukan. Fokusku pada Ammy. "Kita tunggu dan lihat. Kau atau aku. Ada satu perkara antara aku dan Farhan yang kau belum ketahui lagi di mana mungkin kau akan terperanjat beruk then kau koma dekat hospital berbulan-bulan, tak pun kau ambil jalan mudah dengan bunuh diri. Aku memang nak cakap tapi aku tak sampai hati. Kesian dekat perempuan kemaruk nak berlaki macam kau ni. Jadi aku batalkan niat aku. So, be careful. Jangan sampai darah manis aku naik mencacak sampai tercabut spring thermometer. Bye..." Aku memusingkan badan hendak pergi tempat di mana rakan-rakanku duduk. Buang masa je duduk dekat sini. Bazir air liur je lawan lidah minah senget ni.


Baru saja aku menapak 3 langkah ke depan, satu tarikan yang kuat serta kasar pada lenganku membuatkan aku berpusing drastik dan secara tak sengaja air yang kutatang di tangan kanan, yang mana sepatutnya dibawa ke mulut untuk diteguk tertumpah tepat pada dada Ammy yang berbaju putih bertulisan bold Love You Baby dan terdapat lukisan bibir seksi di hujung baju sebelah kiri.


Ammy terlopong. Adryana terbuntang biji mata. Dan aku tergamam. Dengan jeritan yang maha kuat sampai gegendang telinga aku rasa nak pecah membuatkan semua orang yang ada di situ menumpukan pandangan pada kami. Cikgu Asmawi sudah menghentikan petikan gitarnya. 120 pelajar dan 8 orang guru melihat kami. Live!


"Ammylea! Kenapa dengan awak ni? Terjerit macam orang kena sampuk. Tahu tak ini hutan? Jaga sikit kelakuan awak! Berapa kali nak kena beritahu?" marah Cikgu Adibah.


"Ni!" Ammy menghalakan telunjuknya padaku. "Humairah tumpahkan air panas pada baju saya!" adunya sambil mengemas air mata yang meleleh. Air mata palsu! Mata Cikgu Adibah mencerlung ke arahku membuatkan tubuhku sedikit menggeletar.


"Kenapa awak tumpahkan air pada baju Ammylea, Humairah?" soalnya garang. Sememangnya Cikgu Adibah seorang yang tegas, serius dan garang.


Aku menelan liur. Kepala digelengkan beberapa kali. "Saya tak sengaja tumpahkan, cikgu. Dia yang tarik saya dari belakang." ujarku menegakkan kebenaran.


"Dia bohong!" Adryana segera menyampuk. Kami bertiga memandang gadis tinggi lampai itu yang sedang mara ke sini.


"Saya nampak Humairah sengaja tumpahkan air teh panas ni pada baju Ammy, cikgu. Dia dengki dengan Ammy. Tadi Ammy ada berbual dengan dia. Lepas tu dia marah-marah dan terus mengamuk. Ammy panggil Humairah tapi Humairah terus siramkan air panas dekat baju Ammy. Entah apa yang merasuk fikiran dia entah!" Adryana menokok tambah cerita membuatkan aku terpempan. Ya Allah, sungguh aku tak cakap macam tu!


"Cikgu, sumpah saya tak tumpahkan air tu dengan sengaja! Ammylea tarik saya dari belakang dengan kuat. Sumpah cikgu, saya tak berniat macam tu!" bersungguh aku berkata hinggakan titisan jernih bergelinangan di tubir mata. Ya Allah, sesungguhnya aku tidak minta difitnah sebegini. Kau tunjukkanlah kebenarannya Ya Allah.


"Dia tipu! Tipu!" jerit Ammy kuat. Air mata yang meleleh dikesat dengan jemari Adryana.


"Sudah! Saya tak mahu dengar alasan awak. Mulai esok, awak berdua akan didenda selepas saja pulang dari menjalani program!" keputusan muktamad telah dibuat oleh Cikgu Adibah memandangkan dia adalah ketua bagi rombongan perkhemahan ini.


Dada hampir pecah aku rasakan tika ini. Denda? Aku tak bersalah. Kenapa aku pula yang kena? Aku difitnah. Aku dipergunakan. Dengan lemah aku melangkah ke khemah. Zip khemah aku tarik. Aku menyandarkan badan. Lutut dirapatkan lutut pada dada. Mukaku disembam pada lutut. Air mata tidak putus-putus keluar. Aku tak pernah dimalukan sebegini. Aku tak pernah menangis di depan orang ramai. Aku tak pernah minta jadi macam ini. Apa salah aku?


'Mama... abah... Yana... achik... opah...' satu per satu ahli keluargaku disebut. Mutiara jernih mengalir lagi.


"Mai..." suara rakan-rakanku kedengaran di corong telinga namun aku tak berdaya untuk mengangkat wajah.


"Kami ada, Mai." Wana cuba melegakan perasaan berkecamuk dalam hatiku. Bahuku dielus perlahan. Meresapkan kekuatan.


"Aku tak buat. Aku tak bersalah. Kenapa aku yang kena?" mendayu-dayu suaraku bersama esakan tangis yang berlagu.


"Kami tahu kau tak bersalah. Tak apa, Mai. Mungkin hari ini hari mereka. In shaa Allah, satu hari nanti ada pembalasan untuk mereka. Kau hanya perlu bersabar. Sabar itu separuh daripada iman." ujar Aisyah lembut. Tanganku digenggam erat. Menyalur semangat dan kekuatan. Kepalaku dipegang perlahan sebelum dilentok pada bahunya.


"Aku tak bersalah..."


Iman, D, Aisyah dan Wana terus-terusan memujuk dan aku? Terus menangis tanpa henti.




BEG dibersihkan lalu ditepuk-tepuk seperti bantal. Selepas yakin selamat, dia memasukkan kepala ke dalam beg tersebut. Baju-baju yang berada di dalam beg dijadikan alas kepala. Letih sungguh. Lenguh segala urat sendi. Kalaulah ada orang tolong urutkan alangkah bahagianya dia. Baru saja nak lelapkan mata, kedengaran zip khemah ditarik. Dia memandang dari celahan beg. 


"Dah jumpa cikgu?"


"Dah."


"Result?"



"Memang kena denda." Izuan mengeluh. Macam-macam yang berlaku dekat kem.


"Mai dengan Ammylea saja? Yang lagi seorang tu?"


"Tak." jawab Farhan sepatah. Sony Ericsson Xperia dipegang sebelum skrin itu disentuh dengan jari telunjuknya.


"Apa pasal dia tak kena? Dia tu batu api. Sepatutnya dia kena sekali. Aku tak percaya Mai sengaja tumpahkan air pada baju Ammylea. Dan aku langsung tak percaya pada apa yang telah diceritakan Adryana pada Cikgu Adibah. Mesti ada yang tak kena. Budak berdua tu melampau!" Terbayang wajah muram dan titisan jernih yang membasahi pipi Humairah membuatkan dirinya turut sama pilu.


"Aku tak rasa melampau." Balasan yang diterima dari Farhan amat menyakitkan hati. Segera dia bangkit lalu duduk setentang Farhan yang sedang bersandar.


"Apa kau cakap? Please repeat!" rahang Izuan terbuka besar. 


"Aku cakap aku tak rasa benda tu melampau. Look, kita tak tahu cerita sebenar tapi dari mata kasar aku, Humairah bersalah."


Izuan ketap bibir menahan geram. "Han, kau kenal Mai macam mana. Aku pun kenal dia macam mana. Kita sama-sama kenal perangai Humairah. Setakat tengok dengan mata kasar, kebenaran takkan terbukti!"


"Kenapa kau defend Mai sangat-sangat?" penuh mendalam ayat Farhan membuatkan lidah Izuan kelu secara tiba-tiba.


"Kau nak kata aku ada perasaan pada Mai la kiranya?"


"Aku tak kata apa-apa pun. Dan aku tak usik pasal perasaan. Fahami ayat aku betul-betul, buddy."


"Aku tak tahu apa yang dah merasuk fikiran kau sekarang ni. Tapi boleh tak kau ketepikan sedikit ego dan cemburu tu? Fikir tentang Mai. Dia tak bersalah!" bengang Izuan.


"Bila masanya aku cemburu? Apa bukti dia tak bersalah? Kau nampak dia tak bersalah tapi mata cikgu dan saksi mengatakan dia bersalah. Terang-terang orang nampak dia tumpahkan air pada baju Ammylea. Saksi ada. Secara sengaja atau tak, itu soal kedua. Orang nampak dia buat, maknanya dia tetap bersalah biarpun dia sebenarnya tak bersalah. Pokok pangkalnya Ammylea mangsa dan dia pemangsa." Farhan menerangkan mengikut spekulasinya.


Izuan pegang kepala. Allah, boleh gila aku! "Han, kau sedar tak apa yang kau cakap? Kenapa kau jadi macam ni?" pening dia dengan sikap sepupunya malam ini. Farhan sangat berbeza malam ini. Serasa dia tidak mengenali Farhan. Farhan lebihkan Ammy dari Humairah.


Genggaman tangan dikepal erat. Menunggu masa saja untuk melayang ke muka kacak sepupunya yang bersandar tenang seperti tidak ada apa-apa berlaku. Okey, relaks. Izuan menarik nafas. Dia sedar dia terlalu mengikut rasa marah. Tak ada gunanya berbicara dengan Farhan dalam keadaan marah. Itu juga bukan dirinya. Dia sentiasa tenang. Okey. Idea! Tangan diseluk dalam poket seluar.


"Han, kau sayang Mai tak?" soalan membunuh dari Izuan membuatkan mata Farhan tercelik luas. Bulat matanya merenung Izuan yang sudah mulai tenang sambil bersila. Hampir dia tercekik!


"Soalan jenis apa ni?"


"Soalan yang memerlukan jawapan."


"No comment."


"Uih, gaya artis-artis komen gitu." usik Izuan sambil tersengih nakal. Farhan buat muka. Menyampah pula dengar ayat tu. Entah tiba-tiba berubah pula mood Izuan ni. Tadi bukan main marah, sekarang boleh pula usik mengusik? 


"Get a grip, Wan!"


Izuan mengangkat tangan. "Okey... okey... now jawab soalan aku. Kau sayang Mai ke tak?" dia mengulangi soalannya sebentar tadi.


Farhan tutup mata. Malas nak layan! Dia membuat bahasa isyarat zip mulut. Entah apa-apa entah. Skru Izuan longgar kut malam ini.


"Kau cintakan dia tak?" sekali lagi mata Farhan terbuka luas.


"Tolong jangan jiwang sangatlah, Wan. Aku bosan nak dengar. Aku letih. Aku nak rehat." dalih Farhan. Zip beg dibuka dan dia memasukkan kepalanya dalam beg Adidas biru hitam itu sambil membetulkan pembaringan. 


"Please, Han. Kali ni je. Aku teringin nak tau. Please jangan hampakan harapan aku. Aku teringin nak dengar kau cakap sesuatu yang bermakna buat dia. At least, kau hargai dia. Please, Han. I'm begging you." rayu Izuan sepenuh hati.


Farhan pejam mata sebelum mengurut dahi. Entah apa yang merasuk fikiran Izuan sampaikan dia jadi mat romeo malam ni. Suara mendayu-dayu. Pening ada sepupu macam ni! Terlebih makan maggi ke? Hai laa badan. Nasib baik aku rapat dengan dia je. Kalau ada 10 sepupu macam dia, alamat pengsan aku. Nafas ditarik sebelum dilepaskan. "Aku takkan putuskan pertunangan ni. Case closed! Jangan tanya apa-apa lagi. Finished!" spontan Farhan ucapkan lalu terus membaringkan tubuhnya membelakangi Izuan. Fikirannya ligat memikirkan apa yang baru terjadi tadi. Spontan dia mengetuk dahinya. Aduh! Apa pasal aku cakap macam tu? Dan kenapa aku boleh layankan aje otak Izuan dengan soalan dan jawapan gila malu tu? Aduh! Mesti Izuan fikir lain ni. Memang sah aku kena bahan nanti! Kau memang dah mabuk, angah! Along, tolong angah! Angah dah gila! Mahu saja dia menekup muka dengan bantal tapi baru dia tersedar, dia tak bawa bantal! Tutup muka dengan baju pun jadilah.


Yes! Izuan memusingkan badan sebelum mengeluarkan handphone dari poket seluarnya. Butang merah ditekan. Aku harap sangat yang Mai dengar semua ni. Dan aku berharap sangat yang dia tidak bersedih lagi. Senyumlah kau duhai sahabat kerna senyumanmu mampu menyembuhkan hati sang pujaan hati yang sudah lama terluka. Bisik hati kecilnya.




p/s: hye guys! ini asha tau. bkn miss cs. haha ni ada n3 trbaru bab 42 ketua pengawas vs tunang! hope mengkome2 semua enjoy. jgn ada lg yg tumbuk2 teddy bear okeh? hehehe... skrg cuaca agak terok. paling teruk tmpt miss cs (muar). jerebu gila tebal! cian miss cs. trbatuk2 die + muntah2. doakan miss cs sehat. dan pesanan miss cs, klu n3 yg ni xbest jgn mrh die. mrh n3. haha.. k y'alls, enjoy your day! ;)


pssttt, n3 43 xyah bg bleh x? dh ada bab 42 kan? muahaha!!!

7 comments:

  1. Eh..mana leh dik,,,rindu pn x ilang lg tau..
    Cian kat mai selalu jd mangsa keadaan. Farhan lak syg tp xnk ngaku..ee geram tul.

    ReplyDelete
  2. bila nak sambung post and bila cerita ni nak keluar jadi novel kat pasaran

    ReplyDelete
  3. err xkn izuan ada hati kat mai kot

    ReplyDelete
  4. Best layan cite nie... Xsbar nk bca bab demi bab... 🤣🤣

    ReplyDelete