Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday 28 February 2013

Sinopsis Kasih Tidak Berbalas








Sinopsis

Kisah seorang gadis yang baru berusia 21 tahun, Nur Syafirah Mellisa, anak bongsu dalam keluarga yang menjadi penghibur duka lara. Keletahnya selalu memeningkan kepala ibu, kakak dan abangnya manakala ayahnya steady saja.

Namun suasana yang ceria itu mula bertukar suram apabila Afira terpaksa dikahwinkan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali, Amier Izzat dan lebih memeranjatkan lagi apabila mengetahui lelaki itu adalah teman kepada abangnya dan pernah berniat untuk melamar kakak Afira iaitu Alina untuk dijadikan teman hidup lantaran sudah lama mengintai dalam diam sejak memasuki universiti di luar negara.

Afira terpaksa menerima semua ini kerana hajat datuk Izzat yang mahukan Afira sebagai cucu menantu atas sebab untuk membalas jasa Afira yang telah menyelamatkannya dalam kereta akibat sesak nafas. Perkara ini ditentang habis oleh Izzat kerana dia tidak mahukan Afira tetapi Alina. Konspirasi tercetus bila datuk Izzat menyatakan bahawa Izzat tidak akan dilantik sebagai CEO di syarikat milik keluarganya malah sesen pun duit dan harta tidak akan diserahkan kepada Izzat sekiranya
Izzat tidak mahu bernikah dengan Afira.

Lebih mengharukan suasana bila Alina tiba-tiba menghilangkan diri membawa kelukaan hati ke negara jiran dan menyalahkan Afira yang konon-kononnya mahu merampas kekasih hatinya. Afira tersepit antara hajat datuk Izzat dan kakaknya, Alina. Dia buntu.

Perkahwinan yang gilang gemilang itu dilaksanakan jua akhirnya.
Manusia yang paling gembira sekali pastilah datuk Izzat. Hajatnya mahu menjadikan Afira sebahagian dalam keluarga mereka tercapai. Manusia yang paling benci sekali dengan perkahwinan ini tentulah Izzat kerana dia tidak sesekali menyukai Afira malah membenci gadis yang telah sah menjadi isterinya itu. Malam pertama yang diimpikan oleh pasangan pengantin tidak terjadi apabila Izzat membuat halangan berpagar untuk Afira.

"Kau tak layak tidur di atas katil dengan aku! Kau bukan isteri atas kerelaan aku! Kau layak tidur di bawah! Memang itu tempat yang paling sesuai untuk kau! Tak akan sesekali aku menerima kau sebagai isteri aku." -Amier Izzat

Afira terpaksa menempuh liku-liku menjadi seorang isteri kepada suami yang membencinya sehinggalah   pada suatu saat dia terpaksa melakukan suatu keputusan yang memeranjatkan dan yang paling memilukan dalam hidupnya kerana dia mula mencintai dan menyayangi lelaki yang digelar suami. Namun dia harus berkorban demi keluarga dan yang paling penting ialah kebahagiaan kakaknya, Alina.

"Saya tak pernah minta apa-apa dari awak semenjak kita bernikah. Tapi hari ini saya tahu awak akan tunaikan hajat saya kerana apa yang saya bakal katakan ini akan menggembirakan hati awak. Saya mohon awak lepaskan saya dari tali perkahwinan ini." -Afira.

3 tahun hidup seorang diri di negara orang membuatkan Afira menjadi matang dan berani.
Dia kini sudah menceburi dalam bidang kesenian. Melukis adalah tempat dia melepaskan segala rasa. 
Bagai teman karibnya, ke mana saja dia pergi pasti membawa sketch book. 
Baginya jikalau tiada sketch book, hidup tiada erti. Mana-mana dia pergi pasti
feeling melukis itu ada. Segala dicurah pada kertas kosong itu sehinggalah ia
menjadi corak yang terbentuk cantik.

Satu peristiwa telah berlaku membuatkan jantungnya kembali berdegup kencang sama seperti 3 tahun yang lepas. Cuma keadaan yang berbeza. Ketika berada di airport sewaktu mahu pulang ke rumah keluarganya, dia terserempak kembali dengan lelaki yang pernah mendapat tempat dihatinya. Serta merta keperitan yang dilalui melayari diingatan. 

"Syafirah?"

"Sorry. I don't know who you are."

Izzat terkedu. Bayang wajah Afira yang baru menghantui dirinya. Afira yang dia jumpa
beberapa hari lepas bukanlah Afira yang dulu. Afira yang kini telah bertudung litup
menyembunyikan mahkotanya. Afira yang 'hidup semula'!
Sejak peristiwa perlanggaran di airport buat dia sentiasa mengingati 'bekas' isterinya itu.
Ke mana dia pergi dia mengharapkan sesuatu iaitu dapat bertemu kembali dengan 'bekas' isterinya itu.
Tanpa sedar, dia merindui wajah yang sekian lama menjengah di hati dan mendapat tempat pertama di hati. Dia berbelah bahagi. Alina atau Afira?







p/s: citenya gini lah... hihi... miss impikan nk buat genre cite yg begini tp miss sllu berputus harap... tp miss nk try gak... prolog dh ada... sinopsis pun dh ada... hope miss boleh buat! chaiyok! hehe... wish me luck! insyaAllah miss akan post KPVST... dont worry :) farhan dan mai tak akan dilupakan... ekekeke :p