Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Friday 22 February 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 28


BAB28

RUANG tamu rumah sunyi sepi sebelum dikejutkan dengan rengekan dari tingkat atas. Puan Hanani menjenguk ke tangga. Uncle Umar buat tak tahu. Berita di kaca televisyen lebih menarik perhatiannya. Biasalah. Kalau dah keluar berita dunia dan business jangan harap la nak paling muka.

“Minum bang....” pelawa Aunty Hanani. Uncle Umar menunduk untuk mengambil cawan. Baru seteguk air masuk ke dalam mulut, suara menangis kedengaran. Terperanjat mereka berdua sebelum menggeleng kepala dan mengeluh.

“Adalah tu Fareez buat sampai Aina menangis,” keluh Aunty Hanani. Dah masak dengan sikap anak lelaki dan perempuannya itu. Seorang kuat mengusik! Seorang kuat cengeng!

“Mama! Papa!” Aina berlari menuruni tangga. Dia tersedu-sedang sebaik saja memeluk tubuh mamanya. Wajah disembam ke dada Aunty Hanani.

“Abang Fareez buat apa lagi?” soal Aunty Hanani sambil membetulkan kembali rambut puterinya.

Aina menyeka air mata. “Abang Fareez takutkan Aina. Dia... dia tunjuk... gambar hantu.... gambar hantu!” Aina menangis semula. Trauma dia seketika!

Puan Hanani mengetap bibir. Hish! Fareez ni memang nak kena! Kalau benda lain boleh dia maafkan, tapi disergah adik sendiri dengan gambar hantu memang tak boleh dimaafi! Hailah... suka betul menyakat! Ikut perangai siapalah ni! Uncle Umar dikerling. Faham dengan isyarat itu, dia segera memanggil nama anak terunanya.

“Fareez, turun bawah!”

Fareez turun dengan gaya bersahaja. Wajah tenang seperti tiada masalah. Tangan kiri diseluk dalam poket seluar pendek manakala tangan kanan sibuk menekan butang pada telefon bimbit. Dia mengambil tempat di hadapan mama dan adiknya. Ketawa yang ingin meletus ditahan. Kelakar tengok adik dia tadi! Teringat saat wajah adiknya yang terkejut beruk bila dia menunjukkan gambar hantu bungkus di google. Menjerit sakan Aina dibuatnya!

“Kenapa Reez buat macam tu? Kesianlah adik. Kalau demam macam mana?” Aunty Hanani terus menghamburkan kemarahan. Uncle Umar diam saja. Dia malas nak masuk campur. Dia tahu isterinya akan ‘membasuh’ anaknya itu. Selalu saja Fareez buat hal. Nak marah pun tak guna sebab anak dah besar panjang. Nak merotan tak berdaya pula. Nak menyentuh anak juga rasa belas. Kenapalah Fareez tak ikut perangai Farhan? Hmm....

“Ala ma... Reez saja je. Lagipun bosanlah. Kalau ada angah boleh slam dunk, chess, tak pun Play Station. Ni angah tak ada. Nak ajak Aina main, bukan dia reti pun. Asyik dengan iPad je! Tak habis-habis angry bird. Bosan tau tak?” Fareez menjelirkan lidah pada Aina. Aina tersebik-sebik sebelum menangis lagi. Manja! Berdekah-dekah dia gelak dalam hati.

“Reez, kalau ya pun nak bergurau agak-agaklah. Kesian adik. Ni pun dah panas badan dia tau.” Aunty Hanani mengelus belakang Aina.

Sorry, mama.” Ujar Fareez perlahan. Dia tahu dia bersalah. Mesti esok adiknya tak pergi tadika sebab demam. Semuanya gara-gara dia. Ini kalau angah tahu confirm kena pancung! Aina kan seorang saja adik perempuan dan menjadi adik kesayangan angah. Memang mati dia kalau angah dapat tahu! Pasti nanti Aina akan telefon Farhan. Hai... tunggu ajelah telinga ni kena clorox dengan angah cukup-cukup!

“Mama, bila abang nak alik? Adik ridu abang.” Tanya Aina comel. Abang Fareez di depannya tidak dipandang. Benci! Tak nak main dengan acik lagi. Merajuk sekejap!

Aunty Hanani mencium dahi Aina sebelum menjawab. “Abang kan sekolah asrama. Mana boleh balik. Nanti bila cuti, abang baliklah. Aina rindu abang ya?”

Aina mengangguk. Gila tak rindu?! Abang Farhan abang kesayangan dia. Selalu dukung dia, bawa pergi jalan-jalan, kalau dia tidur pun dia peluk angah itu. Sekarang tak ada pulak! Nak peluk acik, confirm dia kena tendang jatuh katil. Acik tidur ganas! Macam gorilla, telahnya.

“Aina nak jumpa abang?” Uncle Umar bersuara. Aina mengangguk laju. Fareez juga mengangguk.

“Betul ni?” duga Uncle Umar lagi minta kepastian. Aina mengangguk lagi. Siap angkat tangan macam nak baca ikrar.

“Kalau macam tu, hari Sabtu ni kita pergi sekolah abang nak?” Aina dan Fareez terjerit keriangan. Aina berlari mendapatkan Fareez. Tubuh itu dipeluk tanpa perasaan merajuk lagi. Puan Hanani tersenyum suka. Dia mengerling manja suaminya. Sayang abang lebih!

***

SEMUA terjerit gembira kerana loceng tamat sesi persekolahan berbunyi. Macam biasalah. Semua kemas barang untuk pulang. Aku lambat-lambat kemas buku dan peralatan. Dengan langkah yang longlai aku berjalan mengikut rakan-rakanku menuju ke tangga. Kami memilih untuk pulang agak lambat kerana ramai berpusu-pusu untuk turun tangga. Malas nak berebut!

Apabila sampai di aras 2, aku mencangkung untuk membetulkan tali kasut yang terburai. Kawan-kawanku telah turun tanpa perasan aku tidak ada dibelakangnya. Biarlah! Sempat lagi pun kalau nak kejar. Bukan jauh asrama dengan sekolah. pujuk hatiku.

Sedang aku sibuk mengikat tali kasut, satu suara menegur buat aku mendongak dan.... erk!

Izuan tersenyum di depan. Aku lambat-lambat balas senyum. Rasa kekok pula bila berjumpa walhal kedua-duanya tahu yang mereka pernah berkawan rapat sewaktu kecil dulu.

“Mana kawan?” soal Izuan lembut. Sambil itu mata melingas pusing kiri kanan. Cari kawan aku la tu!

Aku yang terpinga-pinga dengan soalan itu tergagap-gagap untuk jawab. “Err... kawan.... kawan.... kawan.....”

Izuan ketawa melihat gaya Humairah yang tergagap-gagap itu. “Kawan dah balik?” dia menyoal sekali lagi. Nampak gaya Humairah seperti ditinggalkan kawan. Dengan keadaannya yang mencangkung sangat jelas.

Aku angguk perlahan. Hah! Nak cakap tulah! Tapi malu. Hehe! First time cakap dengan kawan lama. Dah la baru tahu. Aduhai... tergeliat lidah nak menegur!

You dont mind if I joining you?” tanya Izuan gentleman. Tangan kirinya dimasuk ke dalam poket seluar.

Aku yang kekok hanya menggaru kepala sambil tersengih. “Err.... sure.” Balasku perlahan. Jantung berdegup kencang.

Kami berjalan menuruni tangga. Senyap dan sepi antara kami. Beberapa pelajar yang berselisih dengan kami menguntum senyuman buat Abang Izuan yang dikasihi. Untuk Kakak Humairah yang kekok tidak diberikan senyuman malas jelingan tajam dari pelajar perempuan. Eh, aku tak ada apa-apa dengan dialah! Tak padan dengan junior ada hati main jeling-jeling! Juling nanti baru tau! Bentak hatiku.

“Dah lama tak jumpa kan?” Izuan memulakan perbualan. Humairah dikerling.

“Err... emm... haah. Dah lama...” kataku sambil memandang bawah. Rasa lainlah bila dengan Izuan ni. tak tahu macam mana nak cakap! Macam cakap dengan orang famous. Diri rasa pendek dan pendek dan pendek! Dan perasaan malu seperti anak dara sunti semakin menular. Hiks! Mai dah pandai...

Izuan tersenyum. Dia tahu gelodak hati gadis itu. Sejak di kampung, dia ingin menegur Humairah namun tiada kesempatan. Peluang yang ditunggu telah pun tiba pada hari ini dan dia tidak akan sesekali melepaskan peluang keemasan tersebut.

“Tak sangka Mai akan bertunang dengan Farhan. Eju memang terkejut bila dapat tahu yang Mai ni kawan sepermainan masa kat kampung dulu. Kalaulah Eju tahu hal ni dari dulu lagi, pasti Eju akan tegur Mai dan kita akan berkawan rapat sekarang.” Izuan mula bercerita. Dan dia telah pun membahasakan dirinya dengan panggilan yang aku rindu. Panggilan zaman kanak-kanak dulu. Eju! Sweet....

Aku tersenyum lalu menganggukkan kepala. Semakin menyenangi dengan permulaan perbualan tersebut. Kurang sikit rasa gementar dan perasaan kekok tadi. Memang betul. Kalau semua ini berlaku dulu sebelum bertunang, pasti aku tidak akan kekok dengan mereka berdua ini. Aku rasa kami akan kamceng kut! Farhan pun tak akan dingin dengan aku. Izuan pun akan tegur aku macam dolu-dolu. Tapi semua ini kuasa Allah. Kita tidak boleh menandingiNYA. Semua yang berlaku ada hikmahnya.

“Dulu Eju dengan Han suka buli Mai kan?” Izuan mengusik.

Aku terangguk bagai buruk belatuk. “Entah! Suka buli orang. Jahat betul!” rungutku dengan nada manja secara tiba-tiba! Izuan ketawa.

“Tapi Mai bukan kesah pun kalau kena buli kan? Cuma nangis aje la. Cengeng!” Aku secara spontan  memukul bahunya dengan fail kelabu. Izuan mengelak sambil ketawa gelihati. Ah! Terasa zaman kanak-kanak berada di sekeliling kami berdua.

“Dulu kita orang sedih sangat bila Mai kena pindah pergi Kluang. Farhanlah orang paling sedih. Eju ingat lagi yang dia menangis dalam bilik lepas saja Mai pergi. Seminggu dia muram. Tak mahu bermain. Tak mahu buat apa-apa. Hanya gambar Mai jadi peneman siang malam.” Izuan membocorkan rahsia.

Aku terpanar. Farhan menangis? Gambar aku jadi peneman? Satu perasaan mengalir dalam pembuluh darah sehingga terasa di dasar hati.

“Tapi selepas itu dia kuatkan semangat. Dia kata insyaAllah satu hari nanti dia akan jumpa semula dengan sahabat lamanya. Kuasa Allah Maha Besar. Mai dan Farhan berjumpa di sekolah, dengan perjanjian Uncle Emran dan Uncle Umar telah mempertemukan kita kembali. Eju bersyukur sangat bila dapat dapat tahu kawan lama tu adalah Mai. Rasa tak percaya. Berkat doa saban waktu. Mai pun dah berubah. Dulu comot sekarang comel.” Sempat Izuan mengusik lagi.

Aku tersenyum malu. Hikhik! Malu-malu kucing pulak kau ni, Mai. Gedik betul! Hempuk dengan rice-cooker baru tau!

“Mana ada. Mai masih lagi macam dulu. Boleh aje ajak pergi tangkap ikan kat sungai tapi main kahwin-kahwin dengan main kat parit tu tak naklah. Geli!” aku buat aksi geli.

Izuan ketawa besar. Aku yang tak dapat menahan diri turut sama ketawa. Beberapa pelajar yang lalu lalang terkejut dan terpanar. Apa taknya? Pelajar paling pendiam di sekolah boleh gelak besar macam tu? Dengan awek pulak tu! Ada skandal ke apa? Masing-masing sudah pandang semacam.

“Mai... Mai... tak berubah. Masih sama macam dulu.” Izuan menggeleng kepala sambil tersenyum kacak hingga menampakkan lesung pipit di bahagian kiri.

Aku tersengih. “Mai tetap samalah! Mana ada beza.” Jawabku bagai anak kecil. Comel je. Izuan ingin membalas namun satu suara buat kami pusing ke belakang. Farhan berjalan dengan pantas lalu berdiri di sisi Izuan. Matanya menikam mataku buat aku pandang surau sekolah di sebelah kanan. Tak sanggup!

“Kenapa tak tunggu aku?” soal Farhan tak puas hati. Nafasnya cuba diatur semula.

Sorrybhai. Aku terlupa. Bual dengan Mai sampai aku terleka. Seronok bual dengan sahabat lama.” Izuan mengenyit mata padaku buat mukaku sedikit berbahang. Alahai... hensemnya dia buat macam tu! Kalau Farhan buat lagi hensem! Oh, Mai sudah mabuk! Mata terpampang dengan imej loveLoveLove!

“Kau dengan dia dah....?” belum sempat Farhan menyambung kata-kata, Izuan mengangguk laju.

“Err... Eju, Mai balik dululah. Bye!” aku terus berjalan pergi melepasi pagar sekolah. tak sanggup duduk lama-lama di situ. Entah kenapa rasa bahagia menyelinap tangkai hati. Aku terasa senang sekali dengan perangai Izuan yang masih sama seperti dulu. Dia seorang yang pandai menjaga perasaan orang lain. Sependiam dia juga, dia sering buli aku masa kecil! Tapi aku tak kisah. Disebabkan buli itulah yang membuatkan kami menjadi kawan. Dan aku jadi bertambah gembira kerana bilangan rakan di sekolah ini bertambah ramai. Mama, Mai dah bercakap dengan Eju!!!! Rasa nak terbang je kat awan sekarang ini! Beritahu satu dunia yang Izuan dan aku sudah berkawan semula!!!

“Nampaknya kau ada aura yang sangat menggerunkan sehingga tunang sendiri pun takut dengan kau.” Ujar Izuan sesudah Humairah pulang ke asrama. Mereka masih lagi berada di kawasan sekolah.

“Kau cerita apa dekat dia?” Farhan terus menyoal serius. Dia dapat mengagak yang Izuan akan membocorkan rahsia semasa zaman kanak-kanaknya.

“Mana ada cerita apa-apa,” jawab Izuan selamba. Dia cuba menahan perasaan gelihati bila melihat wajah sepupunya yang seakan tidak puas hati.

“Wan, baik kau cakap!”

“Tak ada.”

“Wan, aku bagi chance kau cakap sekarang!”

Izuan ketawa. “Yang kau takut sangat kalau rahsia kau bocor kenapa?”

Farhan terkedu. Dia kelu lidah untuk berkata-kata. Izuan mendekatkan diri ke cuping telinga Farhan. “Dia gadis yang baik. Kalau dulu aku tak sokong kau bertunang tapi sekarang aku yakin yang dia adalah pilihan terbaik untuk kau. Cuma kau kena selami hati dia. Ada dunia lain disebalik wajah comelnya sekarang.” Pesan Izuan sebelum berlalu pergi meninggalkan Farhan yang terpanar. Kata-kata Izuan begitu dalam maksudnya.


“MAI, turun Astaka petang ni. Latihan untuk MUM!” pesanan Wana buat aku rasa tak bermaya. Ahhh!!! Malasnya nak turun. Bantal kepala diletak ke atas muka. Sedapnya tidur!

“Mai! Farhan dah bagi warning tu. Siapa lambat kena denda!” ujar Wana kuat.

“Hmm...”

“Mai bangunlah...!”

“Hmm...”

“Isk budak ni! Cepatlah! Kau nak kena denda ke weh?!” bengang Wana. Heee! Minah ni memang tau. Tidur tak hingat dunia! Kalau aku letak bom atom sebelah bantal pun belum tentu sedar. Apesallah liat semacam dia ni? Pening kepala dengan anak dara seorang ni! Huh! Nasib baik tak ada training lagi. Cuma menghitung hari untuk Hari Sukan saja. Tak sabar rasanya!

Aku mencelikkan mata lalu bangun dengan malas. Wana terus menarik tanganku lalu dia membungkuskan kepalaku dengan tuala mandi.

“Eh??” aku terpinga-pinga.

“Pergi bersihkan diri. 10 minit aje aku bagi masa! Now!” Wana menggunakan kuasa vetonya.



SESAMPAI saja kami berdua di Astaka, aku membulatkan mata. Mak aih! Semua dah ada ke? Ahh! Masak aku kejap lagi. Mesti kena punya. Sambil berjalan, mata memerhati setiap seorang. Selamat! Dia tak ada lagi!

“Apesal korang lambat? Bersiap mengalahkan permaisuri. Tahulah tak ada training lagi.” Rungut Khairul tak puas hati.

“Assalamualaikum,” Wana memerli. Khairul tersengih. Kan dah kena serang! Lain kali tunggulah depa bagi salam dulu. Baru serbu! Semua yang ada menjawab salam.

“Hah! Apesal lambat?” dia menyoal sekali lagi.

Wana duduk di kerusi. Buku kokurikulum warna oren kekuningan dikeluarkan dari beg. “Kau tanya permaisuri ni apesal dia lambat. Kang kalau aku jawab kena bom pulak nanti.” Balas Wana selamba. Beberapa pelajar yang berada di sekitar itu ketawa.

Khairul dan Syafiq kerut dahi. “Lah! Apesal Mai? Kau tidur ke?”

Aku mengangguk sambil tersenyum comel dengan simbol peace.

“Sampai terlupa ada latihan?” soal Syafiq.

"Yup!"

“Takkanlah?” Khairul tak percaya.

“Iya!” tekanku sambil mematahkan jari.

“Tak set alarm ke?” Khairul bertanya lagi.. Aku mengetap gigi.

“Kau bercita-cita nak jadi wartawan ke, Khai?” bengangku. Khairul menggeleng dengan perasaan hairan.

“Dah tu tak payah la nak tanya aku macam-macam! Heee!” bentakku lagi sambil memeluk tubuh. Khairul mencebik. Tu pun nak angin!

Dua minit kemudian kami didatangi tiga orang yang membawa papan dan buah catur. Aku mulai cuak bila lihat segala benda itu. Tapi bila tengok muka Izuan, perasaan takut itu beransur-ansur hilang. Tengok dia senyum aje dah buat aku melting. Tapi kalau Farhan senyum lagi melting! Ahhh! Kau memang dah gila, Mai!

Izuan sempat mengangkat tangan tanda 'hi' pada aku sambil menguntum senyum kacak. Aku membalasnya juga tersenyum. Makin mesra nampaknya kami berdua walhal baru bertegur sapa tadi. Beberapa pelajar perempuan yang berdekatan denganku mempamer riak semacam. 

“Okey, Khairul akan ambil kedatangan. Buku koko kumpulkan di meja sebelah.” seraya berkata demikian, kami bergegas meletakkan buku kokurikulum di meja sebelah. sesudah itu Khairul menjalankan tugasnya. Aku mengambil tempat di sebelah Wana. Sambil itu mata kukerling sekilas melihat Farhan dan Izuan yang sedang mengeluarkan buah catur dari kotak. Hatiku mulai pelik. Izuan masuk juga ke? Tapi setahu aku dia pegang kelab bola keranjang. Mungkin dia saja temankan Farhan kut, telahku.

‘Macam perempuan nak berteman bagai!’ Sempat aku mengutuk Farhan dalam hati.

“Kita akan mulakan latihan tapi kita akan bertukar pasangan. Bukan lagi pasangan yang dulu. So, jangan membantah.” Sempat dia menyindir padaku.

“Khairul dan Puteri. Syafiq dan Safwana. Ainul dan Izham.” Satu per satu nama disebut.

Wana kulihat agak sedikit bengang bila dia digandingkan dengan Syafiq yang turut tercengang. Khairul mengangkat kening beberapa kali. Aku menaikkan thumbs up pada Wana. Dia kelihatan berang sekali. Pantas sekali pinggangku dicuit buat aku terjerit kecil tapi sempat tutup dengan mulut. Eee! Suka sangat cuit tempat sensitif!

“Okey pasangan seterusnya... Badd dan Izzati. And last one is me and.... Humairah!”

Gulp! Rasa tertelan biji durian! Terbuntang biji mata aku mendengar ayat yang terakhir itu. Aku mendongak kepala memandang Farhan yang sibuk meneliti kertas A4 di tangan. Izuan berpeluk tubuh di sebelah Farhan. Dua-dua buat gaya yang cool dan awesome! Aku kalih ke kanan, Wana sedang tersenyum nakal sambil mempacakkan ibu jari. Good! Good!

“Moga selamat hendaknya dengan tunang sendiri ya? Habislah... aku dengar-dengar Farhan tak terima penipuan.” Bisik Wana ditelingaku.

Serta merta bulu romaku mencacak naik. Bukan bulu roma je malah bulu kening dan bulu mata pun sama! Aduh... macam mana nak elak ni??? Aku tak reti main!! Tapi aku bohong dia! Aku cakap dengan dia yang aku tahu main tapi tak nak aje. Mati aku macam ni kalau dia tahu perkara sebenar! Perasaan takut, gelisah, gementar bercampur menjadi satu. Rasa nak terkucil pun ada! Ya Allah, kalaulah aku ada magik dah lama aku hilangkan diri! Pling! Pling!

“Okey, semua boleh duduk berhadapan dengan pasangan masing-masing di meja yang sediakan dan kita boleh dimulakan latihan sekarang!” ujar Farhan serius.

Dan aku??? Rasa nak terkencing betul-betul punya!

p/s: hai semua... here new n3... miss tak pandai nak buat cite yg menarik da bomb like other novelis but miss akan cuba sedaya upaya utk kpvst... thanks support and read at my blog... love you guys... pssssstttt! Kalau tak best, tutup mata kay? Hehehe J insyaAllah akan lg di ‘bestkan’ pd next bab... heee :D