Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday 30 January 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 26


BAB 26

“GILA!”

Sedari tadi aku hanya menyebut perkataan itu. Dari sekolah sehinggalah sudah pulang ke asrama puteri, tidak sesekali aku missed menyebut perkataan ‘gila’ sampaikan kawan-kawan aku kata aku gila!

“Sudah-sudahlah tu, Mai. Pening kepala aku dengar kau sebut words tu lagi. Tak habis-habis.” rungut D sambil memicit dahi. Mata dipejam rapat. Orang balik nak berehat. Dia balik buat orang penat. Penat mendengar dia menggila dengan perkataan gila!

Aku menghempas baju yang baru diangkat dari ampai ke katil dengan kasar. “Kau ingat kau punya pening je. Aku punya pening tak ada siapa tahu!” bentakku geram. Baju ditarik kasar lalu dilipat dan dicampak dengan geram. Habis buruk rupa baju yang baru dilipat itu. Ah! Tak kisah. Yang penting sekarang hati tengah hangat. Seluar dikibas sekuat hati. Gerammmmmm sangat!!!

“Apa kecoh-kecoh ni? Sampai luar dengar tau.” muncul Aisyah, Wana dan Iman di muka pintu dengan riak pelik. Aku buat tak tahu lalu terus melipat pakaian. D memuncungkan mulutnya ke arah ku lalu membuat gaya ‘orang gila’. Iman ternganga. Aisyah dan Wana menahan tawa.

“Tak payah kau buat isyarat kata aku gila, D. Kang aku sumbat kau dalam kolah baru tau!” ugutku tanpa memandangnya. Aku tak kira siapa sekarang! Memang aku hambur habis-habisan! Walaupun manusia itu tidak bersalah!

D menelan liur. Serta merta dia memegang kepala lalu menggeleng. Tiga dara yang menonton aksi kami meledak tawa.

“Hmm, kenapa ni? Aku ingat korang gaduh lagi. Sampai hempas-hempas baju ni apa kes? Ceritalah. Dapat kurangkan stress.” Tanya Iman laju.

“Kau tahu, Iman. Jadi jangan buat-buat tak tahu!” Aku bangun lalu memasukkan satu persatu pakaian dalam almari. Baju dan seluar diletak berasingan. Kemudian rak kedua untuk tuala baju kurung dan tudung.

Iman buat muka pelik. “Aku tahu? Kalau aku tahu, takkan aku tanya kau?” Dia gigit jari. Mata menala siling. Aku menutup pintu almari dengan kasar, mengejutkan semua orang. Nana yang sedang mengikat tali pada kasut sekolah terkejut. Namun dia tidak sesekali mencampuri urusan kakak-kakak senior itu. Adalah tu yang tak menyenangi hati Kak Mai comel tu. Selalu tak macam tu pun! Hari ni mood dia tak okey pulak. Mungkin ‘teman rapat’ dia datang kut, telah Nana.

“Kenapa pulak ni? Nak lepaskan marah dekat pintu pulak ke?” tegur Wana selamba. Dia duduk di katilku sambil mata memandang tepat anak mataku.

Aku mencerlungnya tajam. Aisyah yang melihat terus saja berdiri lalu mengusap lenganku perlahan. Aku menoleh.

“Bawa berbincang. Jangan marah-marah macam ni. Istighfar banyak-banyak. Ingat Allah.” Pujuk Aisyah.

Aku mengeluh penat. Tangan kuraup pada wajah. Aku bingung. Aku keliru. Aku sakit hati. “Kenapa aku?!” jeritku kuat.

Nana yang baru saja melangkah ingin ke muka pintu terkejut. Tergamam dia mendengar jeritan Kak Humairah. Dia memandang Kak Mai yang menekup muka dengan kedua belah tangan. Kak Wana, Kak Iman, Kak D dan Kak Aisyah dipandang meminta penjelasan.

“Tak ada apa, Nana. Kak Mai tak sihat. Dia pening. Nana jangan risau okey?” Wana memberi senyuman menandakan aku baik-baik saja.

Nana mengeluh lega. Dia membalas senyuman Kak Wana sebelum berlalu ke bilik air dengan beribu soalan di fikiran.

“Mai, please jangan macam ni. Kau buat kami risau tau. Dari sekolah sampai aspuri, kau asyik macam ni. Lepaskan, sis. Kami sedia mendengar.” Wana cuba memujukku. Tangan kiriku ditarik agar aku duduk di katil. Aku menurut tanpa bantahan. Usapan lembut di bahu membuatkan aku sedikit lega.

“Kenapa Wana? Kenapa aku? Kenapa tak orang lain?” keluhku. Wana tersenyum penuh makna.

“Senyum pulak! Aku tengah hangat ni. Tak payah nak senyum-senyum!” bebelku. Semua tergelak. Aku menjeling lagi.

“Aku rasa aku tahu. Ni mesti pasal kes kat kelas tadi kan?” teka D laju. Semua mata memandang aku. Wana tersenyum nakal. Aku mengeluh. Tangan diletak bawah dagu. Memikir masalah berat! Err... tak adalah berat mana. Saja je Mai ni!

“Aku rasa apa yang dia buat tu tak salah.” ujar Wana tanpa berkias. Nilah yang dinamakan direct person! Class youuu!!!

Aku pantas menoleh kepadanya. Renungan mata yang tajam tidak sedikit pun buat Wana rasa gentar. Malah dia selamba meneruskan bicara.

“Maksud kau?” Aisyah tidak mengerti. Yang lain mengangguk. Wana menarik nafas.

Okay, lets think together. Daripada dia pilih orang lain yang dia tak berkenan dan tak suka atas ‘sebab-sebab’ tertentu.... better dia pilih Mai.” Kata-kata Wana buat aku kerut dahi.

“Sebab-sebab tertentu? Maksudnya?” Iman bertanya.

“Gedik dan lain-lain.” tekan Wana sambil mematahkan jemarinya. Detap detup bunyinya.

“Ada juga betulnya kata Wana, Mai. Aku pun sokong dia pilih kau.” Aisyah menyatakan persetujuannya.

Aku memegang kepala. “Apa budak lain tak ada ke? Budak-budak catur kan ramai? Aku rasa berdozen-dozen dalam kelab tu kan? Lagi terror dari aku pun ada kut! Boleh je stick one of them. Aku ni tak reti main catur! Langsung tak tahu! Faham tak?!” aku masih tak puas hati.

“Tak tahu boleh belajar. Wana terror apa? Kan ke dia masuk sekali untuk competition tu. Kan Wana?” tanya D. Wana mengangguk setuju.

“Yup!”

“Tapi aku memang tak nak masuk! Faham tak? Aku tak suka. Tak minat!” tegasku lagi.Sisa geram masih berbuku dalam hati. Farhan memang sengaja! Aku dapat rasakan yang dia nak kenakan aku, dan memang mudahlah kerjanya kalau dapat tahu aku tak pandai main benda alah tu, telah hatiku.

Relax. Aku rasa ada sebab dia buat macam tu bak kata Wana. Farhan yang aku kenal sebagai ketua pengawas sekolah ni tak akan buat keputusan terburu-buru. Dia akan berfikir untuk menentukan sesuatu. Mungkin dia nampak kebolehan Mai. Dan cuba untuk mencungkil bakat yang tidak diketahui dalam diri Mai. Farhan tak akan buat keputusan tanpa perbincangan dan muktamad.” Aisyah bersuara lembut. Semua terpegun. Aku juga sedikit sebanyak mula memahami gaya dan attitude Farhan. Di kampung dan di sekolah.  Tidak! Aku takkan sesekali terpedaya. Ni mesti ada muslihat!

“Tapi aku masih tak puas hati. Aku dapat rasakan yang dia nak kenakan aku dengan kelemahan yang aku ada.” Aku masih tidak puas hati. Ah! Lecehlah macam ni.

Semua ketawa. “Lah! Aku ingat dah habis tadi. Rupanya ada sambungan.” Usik Wana menceriakan suasana. Aku memukul bahunya. Wana mengelak.

“Tak baik kau fikir yang negatif. Kalau selalu negatif, bilanya nak positif? Tunggu sampai bila-bila pun takkan berubah kalau kau sendiri tak ubah set minda.” Tegur Wana lagi. Cuba menyedarkan semua orang, bukan aku saja.

Aku terdiam. Mula memikirkan apa yang diperkatakan Wana. Aku sebenarnya berbelah bahagi. Antara nak percaya atau tidak. Aku tak tahu. Aku sekarang masih belum memahami, mengenali dan mengerti akan kehidupan Farhan. Biarpun aku telah menjadi tunangannya, kami masih belum rapat. Selalu bergaduh adalah! Macam mana aku nak set di minda yang dia tu baik?

“Okey, jangan pening-pening lagi. Sekarang masing-masing fikir jalan untuk bantu Mai.” Cadang Aisyah. Semua mengangguk bersetuju.

Selang lima minit...

“Apa kata kau buat-buat sakit? Kau berkomplot dengan hospital. Katakan yang kau ni ada sakit kronik?” serentak itu kepala Iman diketuk.

“Aduh! Sakitlah!” Iman menggosok kepala. Wana menjeling tajam.

“Banyak cantik muka kau? Nak ajar benda bukan-bukan pulak! Logiklak sikit. Kau ingat hospital ni tempat mainan ke? Suka-suka hati je nak menyamar ada sakit kronik. Sekali kena sakit tu baru padan muka.” marah Wana. Iman memuncung.

“Tadi kata nak idea kan? Aku bagilah idea aku.” Iman cebik. Minah ni kang aku ketuk dengan bontot kuali baru tau! Grr!!!

“Tak kena langsung. Tak membantu. Next idea please. Tapi biar logik sikit.” Pesan Wana. Sambil itu dia mengusap kepala Iman. Cian dia! Haha... tulah bagi lagi benda merepek. Kau ingat kau artis ke nak berlakon sakit-sakit segala ni? Iman.. Iman.. tak berubah langsung!

D angkat tangan. “Kalau tak pergi competition tu boleh? Tak payah pergi langsung? Even latihan ke apa ke yang berkaitan dengannya?”

Wana dan Aisyah menggeleng. Aku menahan geli hati. Dah macam juri pulak mereka berdua ni. Iman dan D sebagai peserta. Aku? Sebagai penonton ataupun mangsa keadaan. Tapi mangsa keadaan lebih tepat kut.

“Latihan memang akan diadakan. Aku dah tahu cara Farhan. Dia akan tick setiap nama sebagai tanda kehadiran. So, kalau kau tak datang dia akan cari sampai dapat. Sampai lubang cacing.” Jelas Wana disambut anggukan Aisyah. Aku ternganga. Mak aih! Sampai lubang cacing tu? Kalau lubang ulat gonggok boleh? Mai merepek sendiri.

“Takkanlah?” keluhku lagi.

“Ya, Mai. Untuk silat pun dia buat macam tu. Dengan cara itu, semua orang akan berdisiplin. Itu baru silat. Belum lagi untuk kadet polis. Lagilah teruk. Siapa tak datang ataupun lewat datang kena bumping 50 kali. Itu pun dikira sikit. Ni member aku yang masuk kadet polis ceritalah.” Terang Aisyah. Aku memonyokkan muka. Tak best langsung Farhan ni! Tak boleh kaw tim betul. Silap sikit denda. Ini semua poyo!!!

“Ada idea lain?” tanya Wana mencetuskan perbualan bila semua senyap sepi.

“Apa kata kalau kau cakap lembut-lembut dengan dia, Mai? Mana tahu dia akan berubah fikiran.” Cadang D mengusik. Aku menjuih bibir. Uih... tak kuasa aku!

No way!” takkan sesekali aku bercakap lembut dengannya kalau tak kena tempat. Teringat peristiwa di kampung buat aku rasa sesak nafas. Eee.... tak nak ingat! Malu!

“Alaaa... buanglah ego tu. Bukan orang lain pun, tunang kau juga.” Sakat Iman pula. Aku menjulingkan mata ke atas. Tak boleh blah betul! Buang ego semata-mata kerana dia? Mamat poyo bajet bagus tu? Huh! Cannot! Tak nak double triple malu!

“Hailah... aku tak boleh bayangkan kalau kau dah kahwin dengan dia nanti. Macam manalah rumah tangga kau ek?” Iman membayangkan. Semua ketawa geli hati. Aku pantas baling bantal ke mukanya. Golll!!!!

“Hish! Janganlah baling-baling. Habis muka aku!” rungut Iman. Rambutnya sudah tidak terurus. Iman melurus kembali rambutnya dengan jari. Ini baru betul iklan. Guna jari pun boleh! Patut Iman ni jadi duta untuk iklan syampu tu.

“Sekarang ni tolong aku. Cari jalan supaya aku tak masuk pertandingan MUM tu.” Aku berbalik pada topik asal. Mama, Mai tak nak masuk permainan boring tu!

“Senang cerita, kau sendiri jumpa dia, cakap dengan dia. Slow talk. Face-to-face. Senang. Mudah. Tak pening kepala.” Satu per satu kata-kata Wana diserap ke mindaku. Aku terkebil-kebil sebelum menelan liur. Baru pick-up! Jumpa dia? Slow talk dengan dia? Face-to-face? Oh mannnnn!!!

***

STADIUM kini dibanjiri dengan pelajar-pelajar SMTAA. Satu kumpulan 3-4 orang. Setiap kumpulan perlu ada satu plastik sampah. Cikgu yang bertugas tidak mahu terlalu ramai dalam kumpulan kerana nanti ada yang terlebih buat kerja dan ada tak buat kerja langsung! Goyang kaki je tau! Jadi biar sama rata. Semua wajib memegang dan membuang sampah! Beg plastik sederhana besar dipegang Iman kemudian aku dan seterusnya D. Kami memilih untuk bertiga saja. Malas nak campur dengan orang lain! Tak ngamlah kita.

Jumpa sampah, tunduk, kutip dan masuk dalam plastik! Then buat lagi. Kerja paling mudah! Itulah kata-kata cikgu yang mengawasi kami. Mereka berdiri di tepi stadium sambil berpeluk tubuh memerhatikan anak didiknya yang sedang bekerja keras mengutip sampah memandangkan permukaan padang sudah tercemar dengan sampah sarap.

“Aku paling menyirap dengan manusia yang tak bertanggungjawab!” bentak D. Dia menunduk, mengutip botol air mineral di dalam longkang kecil. Kemudian mencampak kasar botol itu ke dalam plastik. Peluh yang menjejes pada seluruh wajah tidak dihiraukan. Bersemangat waja kakak seorang ini.

“Apesal pulak?” tanya Iman tak faham. D merengus. Plastik aiskrim pula dimasukkan dalam beg plastik.

“Takkan kau tak faham? Dua hari lepas kan ada game kat stadium ni. Orang luar guna untuk bola sepak. Dia orang dah guna stadium kita lepas tu buat bodoh. Baling botol sana. Baling plastik sini. Tak ada adab! Selerakkan semua benda. Sepahkan semua tempat! Macam tak nampak mana tong sampah! Buta ke apa? Aku memang expect dia orang tu buta huruf! Tak tahu menahu langsung pasal ‘tong sampah’ sebesar gedabak ni!” plastik sampah yang sudah penuh di masukkan dalam tong sampah yang besar yang dikhaskan. Kami bertiga berehat sebentar di tepi tong sampah itu. Mata memandang rakan lain yang turut sama bekerja keras membasmi sampah-sampah sekitar stadium.

“Haah kan? Macam tak tahu adab je. Dah guna tapi tak jaga sebaik mungkin. Baik tak payah kasi lagi kalau dia orang nak pinjam. Tak bertanggungjawab. Tapikan... kat semua tempat ada sampah. Walaupun mereka tak guna, kita ni sebagai pelajar pun ada juga buang sampah merata. Opss... bukan kita but orang lain tapi still pelajar sekolah ni. Nak tak nak kena juga buang sampah. Sampai bila nak biarkan sampah macam tu? Kalau kita tak kutip, orang lain lagilah tak nak kutip.” Ujar Iman sambil menyinsing lengan bajunya ke siku.

“Itu tandanya kita kenalah bersihkan sampai tak ada sampah. Tak apalah. Kita kutip, dapat pahala. Biarlah orang nak buat apa. Masing-masing ada akal untuk berfikir. Kurniaan Tuhan jangan dipersiakan.” Ujarku menahan panahan matahari. Jam dikerling. 3.30 petang! Sorakan orang ramai membuatkan kami kalih pandang. Acara lari 400 meter perempuan bawah 18 tahun berlangsung! Aku mengecilkan mata mencari wajah seseorang dan akhirnya aku tersenyum. Wana menang!

“Weh, cikgu suruh buat kerja. Yang kau orang melongo kat tepi tong sampah apesal? Ohhh...!! Aku tahu. Kau orang jadi duta tong sampah kan? Hmm... sangat sesuai! Kena sangat dengan muka kau orang yang macam sampah tu. Orang panggil apa.... sampah masyarakat!” ejek Helena bersama cetusan tawa rakan-rakannya.

Aku memandang Helena dan kuncunya. Salam tak ada tiba-tiba mengejek orang tak tentu hala. Ini baru betul orang tak ada adab! Aku bangun dari duduk lalu melibas punggung. Iman dan D sudah sedia di kiri dan kananku.

“Assalamualaikum.” Ucapku penuh berhemah. Sangatlah kan?

Helena buat muka. Salamku tidak dijawab. Dia berpeluk tubuh. Aku meneliti satu dirinya atas bawah. Senyuman sinis diberikan. Tak ada plastik sampah! Nampak sangat tak buat kerja.

“Ustazah aku kata, jika ada orang beri salam pada seseorang, kita hendaklah jawab kerana sunat memberi salam dan wajib menjawabnya. Kalau tak jawab, berdosalah kan? Dah nama pun wajib. Macam sembahyang dan bertudung. Kalau tinggal solat, apa hukumnya? Kalau buka aurat, macam mana pula kan? Hish! Takutnya aku. Api neraka sentiasa terbuka.” sindir Iman kaw kaw. D sedaya upaya menahan ketawa. Aku menjongket kening, menyimpan senyuman.

Helena mengecilkan mata memandang kami. Rakan-rakannya turut tidak terkecuali. Jap! Jap! Aku kira. Satu... dua... tiga... empat.... sah! Semuanya ahli kelas kami!

“Kau jangan nak menyibuk boleh tak, pendek? Suka hati aku la nak jawab salam kau ke tak? Dah lah pendek. Ada hati nak sound orang.” Sindir Helena pula. Rakannya ketawa mengejek.

Iman tak puas hati. Dia cuba untuk merapati Helena namun pantas ditarikku dan D. Helena dan rakan-rakannya ketawa mengejek. Mencemarkan stadium dengan gelak macam tu!

“Tak payah layan orang macam ni. Nanti otak kau mereng. Jadi sengeetttttttt macam dia orang ni.” Perliku selamba.

Helena menggenggam penumbuknya sebelum memberi amaran lalu blah dari situ dengan geram diikuti ahli kumpulannya. Dah la jalan macam tu! Suka sangat agaknya orang tengok dia jalan macam tu. Macam tak pernah jumpa lelaki je tergedik sana sini. Bukan aku tak perasan dalam kelas tadi sewaktu Farhan dan Aizat menjaga kelasku, mereka bagaikan sudah patah tulang belakang. Tergedik sana, tergeliat sini. Nyampah mak!

“Awak bertiga ni nak mengelat ya? Kan saya suruh kutip sampah. Apesal awak duduk kat tepi tong sampah? Tak dengar ke arahan saya tadi?” muncul seorang guru wanita sambil mencekak pinggang lalu memarahi kami bertiga.

Kami terkejut lalu tersengih malu. Tengok! Tak pasal-pasal kena marah. Ni semua Helena dan kuncunya punya pasal.

‘Sedap je kutuk orang. Kau tu yang duduk kat tepi tong sampah kenapa?’ satu suara memarahiku. Haah kan? Betul jugak. Heee... tak pasal-pasal dapat dosa kutuk orang.

TestingTesting! Kedengaran satu suara di mikrofon. “Diminta semua pelajar berhenti seketika untuk berehat. Hanya 10 minit saja diberikan. Kemudian semua pelajar diminta yang mengambil bahagian dalam program kebersihan stadium diminta menyambung kembali tugas anda. Jangan mengelat!” Uiks, sempat lagi tu! Kami terus bergerak ke tempat duduk. Cikgu-cikgu yang lain berteriak memanggil pelajar-pelajar yang masih lagi ‘rajin’ mengutip sampah agar berehat sebentar.

Astaka A mula penuh. Semua pelajar mula duduk di tempat masing-masing. Tangan dicuci dulu kemudian meneguk air. Bakteria banyak di jari jemari. Kalau bawa alat yang boleh scan bakteria, mesti semua geli. Nampak bakteria di sana sini. Jadi cucilah tangan sebelum apa-apa hal berlaku. Kang tak pasal-pasal dapat penyakit. Penutup botol dipulas lalu diteguk perlahan. Nikmatnya! Dahaga macam bulan puasa.

“Hai geng!” muncul Wana lalu duduk di depanku. Air mineralnya diteguk sedikit menghilangkan kehausan.

Congrats, sis. Kau menang lagi.” Ucapku. Wana tersenyum manis.

Girls, Syah mana? Kan semua kena rehat 10 minit?” tanya D terus. Mata meliar mencari Aisyah. Tadi dia lihat Aisyah sedang berlatih silat di tepi padang. Sekarang tak ada pulak.

“Dia pergi jumpa Farhan. Ada hal pasal pengawas.” Kata Wana mengerlingku sekilas sebelum meneguk air lagi. Sengaja ditekan perkataan pengawas.

Iman dan D tersenyum-senyum. Aku buat muka. Mulalah tu! Mencik betul tau.

“Mai, kau tak nak jumpa Farhan ke? Tanya dia pasal nama kau tu?” Wana mengingatkan aku tentang apa yang dibincangkan di aspuri tadi.

Aku terdiam. Nak jumpa ke tak? Tak ke nak? Nak ke tak? Tunggang terbalik ayat aku nanti kalau jumpa dia. Confirm punya! Lepas tu kena sesah habis-habisan dengan ayat sindiran + pedas dia tu! Bukan boleh percaya mamat tu.

“Kena jumpa ke?” tanyaku bodoh.

“Kalau kau tak nak jumpa bermakna kau dah setuju yang dia ambil nama kau untuk pertandingan tu,” ujar Wana sebelum meneguk minuman lagi.

Aku memejam mata. Macam mana ni? Katakan tak nak pada chess! Bagus ni. Boleh iklan kat tv. Eh, jangan melalutlah Mai!

“Nak cakap apa kalau jumpa?” tanyaku lagi. Kali ini badan tiba-tiba seram sejuk. Tangan menggigil.

Serentak mereka menepuk dahi.

“Hey dey... bila dah jumpa empat mata, kau cakap je la yang kau nak tarik diri. Apa susah?” keluh Iman lalu menggeleng kepala. Kenapalah kawan aku ni tiba-tiba jadi bengap lepas bertunang??? Hairan dia.

Aku memuncungkan mulut. Tiba-tiba hati diterpa rasa takut. Tadi ternampak muka dia masa berbual dengan Cikgu Othman pun aku dah rasa lain. Inikan nak jumpa face-to-face? Mau aku kejung kat situ tanpa suara.

‘Tulah, tadi berani sangat. Sekarang kecut.’ Kutuk hatiku.

"Emm... insyaAllah.” Aku menyedapkan hati semua orang. Walhal hati sendiri yang tak sedap!

Bunyi siren menenggelamkan perbualan kami. Semua pelajar menumpukan sepenuh perhatian pada peserta lelaki yang sudah berada di trek. Semua kecoh apabila nampak ketua pengawas yang juga menyertai acara tersebut.

“Hey girls, please jangan gedik okey! Farhan I yang punya. You alls tak sesuai dengan dia. Dia hanya sesuai dengan I. Understand?” Ammy memberi amaran.

Beberapa pelajar mencebik bibir mengajuk cakapnya. Ada yang tak puas hati. Ada yang mengejek. Ada yang buat tak endah. Ada juga yang menunduk mengikut kata. Penakut sangat dengan Diva Babun tu! Opss sorry. Diva Babe!

“Eleh! Diri sendiri gedik boleh pulak? Orang lain gedik tak boleh? Ni namanya mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Tak boleh pakai betul!” ejek Iman.

Aku dan yang lain mengangguk setuju. Bunyi tembakan sedas dilepaskan menambah keriuhan semua di stadium. Para peserta mula berlari sekuat dan selaju yang mungkin untuk menang dalam acara tersebut biarpun ianya hanya latihan. Semangat yang ditunjukkan mampu menaikkan semangat ahli mereka yang lain. Lebih-lebih lagi guru setiap rumah sukan. Kejayaan adalah milik mereka!

“Yeahhh!!!!” semua bersorak gembira bila orang yang disasar telah berjaya memenangi acara ini.

“Beb, Farhan menang la!” jerit D keriangan. Iman dan Wana buat give me five. Aku buat tak tahu je. Memang malas nak ambil tahu hal dia. Lantak pilah!

“Hai... nampaknya rumah sukan kita tak menanglah tahun ni.” Iman tiba-tiba muram. Aku pelik.

“Apesal kau cakap macam tu?”

“Yelah... Farhan kalau masuk acara, confirm yang lain tak akan menang. Dia bolot semua. Untunglah masuk rumah Indera. Setiap tahun julang piala. Rumah lain ternganga je.” Dalam sedih sempat dia memerli rumah Indera. Aku faham maksudnya.

“Tak semestinya kalau dia masuk acara, dia akan menang.” Aku cuba menyedarkan Iman. Bukan bermakna bila seseorang yang berjawatan tinggi masuk mana-mana acara sukan, dia akan menang. Junjung piala, junjung orang! Ada masa kalah juga. Semua ditentukan Allah. Itu sudah tersurat dalam adat pertandingan. Kalah menang belakang kira. Yang penting seronok! Nak happykan diri dengan sukan. Ada lagi faedah lain yang boleh kita dapati dari sukan selain nak dapatkan kejuaraan yang sudah menjadi impian setiap orang di dunia.

“Dahlah. Tak payah cerita pasal ni. Kita tengok aje la nanti.” Putus Wana.

***

“BEB, aku daripada tadi lagi cari Aisyah. Mana dia?” Mata Iman meliar mencari kelibat salah seorang rakannya. Bila empat orang rasa tak cukup korum. Tak best! Sependiam Aisyah pun bermakna buat mereka. Sekali bersuara, ada isinya.

“Entah. Aku pun tak nampak. Kau nampak, Wana?” soalku pada Wana.

Wana menjongket bahu.

“Haa... tu Syah. Dia dengan budak aspura la.” Suara D menghentikan lamunanku. Semua memandang ke arah tempat yang ditunjuk D. Kelihatan Aisyah dan geng aspura rancak berbual sambil kaki melangkah ke sini. Bila terlihat D dan Iman melambaikan tangan tinggi-tinggi, Aisyah terus ke mari dengan senyuman menawannya. Beberapa pelajar lelaki kelas sains tulen acapkali merenung Aisyah. Berminat dalam diam ke cik abang oii? Mai la datang merisik, tapi jumpa kami dulu. Hehehe!

“Haa... dating ke? Ramai tu!” usikku. Aisyah menjegilkan mata. Kaum Adam tersengih sambil buat peace serentak. Kami meledakkan tawa.

“Mana ada. Tadi masa nak pergi sini, terjumpa dia orang. Then saing sekali. Mana ada apa-apa.” Aisyah menegakkan kebenaran. Aku buat muka nakal. Aisyah mencubit perlahan lenganku. Aku ketawa mengekek-kekek.

“Entah kau ni. Takkanlah aku nak dating dengan Syah ni. Kalau dengan Iman, aku nak sangatlah. Kan Iman kan?” giat Khairul mengusik. Mata dikenyit pada Iman yang memerah muka. Semua meletus ketawa.

“Kau jangan nak mengada eh, Khai!” bentak Iman sambil mengacu penumbuk. Khairul ketawa halus. Keningnya diangkat beberapa kali. Saja kasi panas ini minaci!

“Adoilah... tambah lagilah couple dalam sekolah ni. Masalah!” Hakim menggelengkan kepala. Saja je! Sesekali mengenakan orang memang best! Hanya budak aspura tahu isi hati Khairul.

“Mana ada couple la! Kau jangan lebih-lebih Hakim! Aku tumbuk kang naya je.” marah Iman lagi. Dalam marah terselit satu rasa. Hatinya menjadi tak keruan bila Khairul tersenyum nakal dan mengenyitkan mata sekali lagi padanya. Jantungnya tiba-tiba bergetar hebat.

“Eh! Mana ada lebih-lebih. Kami kurang-kurang je.” Balas Hakim selamba. Iman mengunjukkan penumbuknya. Hakim menjelir lidah. Tak kesah!

“Dah lah. Nanti merajuk pula Iman ni. Korang ni pun.” Tegur Aisyah sambil mengeluarkan botol air dari beg krim coklatnya.

“Ala Syah, kita orang saja je la. Lagipun tahun ni kan tahun akhir. Nanti nak bergurau dengan siapa? Masa nilah kita ambil peluang. Nanti bila dah besar rasa lain. Khai, apalagi? Bila nak kahwin?” penuh selamba Putera bertanya sambil mengangkat kening berkali-kali pada Iman yang terlopong dengan soalan yang tak terduga itu. Kami yang lain menadah telinga ingin mendengar.

“Nak kahwin macam mana kalau lamar pun belum,” balas Khairul sambil mengangkat bahu. Muka sedih ditayangkan. Iman dikerling nakal.

“Eh! Belum ke? Kau tak push ke, Khai?” soal Hakim pura-pura terkejut. Putera juga buat aksi yang sama. Bahu Hakim dijadikan alas untuk meletakkan tangan. Seperti biasa.

Kami sudah ketawa terbahak-bahak di tempat duduk. Iman tak tahan menanggung malu. Dia menoleh ke tempat lain. Jantungnya berdegup kencang.

“Dia malulah. Nantilah aku push. Tak boleh ramai orang. Nak juga privasi.” Balas Khairul mengusik sambil mengerling Iman yang tak tentu arah. Iman, aku sayang kau! Jerit hati Khai.

“Okey. Nanti kalau dah terima jangan lupa jemput, bro. Aku dah bau nasi minyak ni,” mereka ketawa terbahak-bahak.

“Eee!! Apa kena korang ni hah?” sembur Iman tak tahan. Dia malu sebenarnya.

“Eleh! Cakap ajelah suka. Tak payah pendam. Lagipun korang nampak sepadan apa. Bagai pinang dibelah empat belas. Hahahaha!!!” kaum Adam ketawa sakan lagi. Sempat mengena tu!

Iman mengambil beg lalu menyembamkan muka. Malunyaaaa!!!! Tak terkata langsung. Lidah tiba-tiba jadi kelu. Otak tak dapat berfungsi dengan baik. Dia jadi segan nak angkat muka seperti biasa. Dia orang ni memang tau! Aku wrestling sekali baru tau! Sengaja nak kenakan aku! Eeeeeeee!!!!!! Grrrr!!!!!

“Iman, jangan lambat sangat reply. Aku pun dah bau nasi minyak ni.” bisikku di telinganya dengan nada mengusik.

“Diam lah!” marah Iman. Tiada siapa nampak dia tersenyum pada beg kesayangannya itu. Duhai kekasih pujaan, aku menyintaimu! HiksMood gedik Iman datang pulak.

"Weh, Syafiq mana? Tak nampak pun." tanya Wana seraya mencari di mana sahabat 'cari pasalnya'. Tak nampak pun! Selalunya suara dia bergema dalam grup jejaka depan mereka ini. Tapi sekarang tak ada pula. Mana dia pergi? Batang hidung pun tak nampak! Ponteng je kerjanya!

Masing-masing sudah mengulum senyum. Wana rasa pelik. "Kenapa?" soalnya blur. Am I missed something ke? Apakehal la budak-budak ni?

"Kau rindu dia eh?" sakat Hakim. Wajah Wana serta merta berubah.

"Hish! Mana ada! Simpang malaikat 44!" bantahnya.

Kami ketawa besar. 

"Eleh! Dah suka tapi malu-malu pulak." Khairul giat mengusik. Wana menjulingkan mata ke atas.

"Pleaselah! Tak okey! Aku just tanya je sebab selalunya suara dia yang kepoh bila dengan korang. Actually, aku lagi suka kalau apek tu tak ada. Memang aman hidup aku. Tak payah nak bertekak dengan dia." jelas Wana.

Semua mencebik. Aku memukul lengannya. Wana masih selamba.

"Kau ni tak baik tau. Dia tu dah lah tengah berperang dengan kesakitan. Kau boleh kata tak nak jumpa dia lagi. Kesian dia." kata-kata Hakim menjentik tangkai hati Wana. Dadanya tiba-tiba berdebar. Sakit?!

"Syafiq sakit? Sakit apa?" terus aku bertanya. Rakanku yang lain menunggu dengan sabar. Harap-harap Syafiq tak apa-apa. Tapi kenapa dirahsiakan penyakitnya? Ya Allah, kau selamatkanlah seorang sahabatku.

"Dia ada sakit kronik sebenarnya." Putera buat muka sedih. Rakannya yang lain mengangguk mengiakan.

"Sakit apa?" Wana tidak dapat menahan sabar. Syafiq! Kenapa?!

Kaum Adam tersenyum sungging bila melihat Wana seperti susah hati.

"Why you guys smile?" Wana kerut dahi. Apa kes lagi dia orang ni? Tiba-tiba senyum. Aku tanya sakit apa, dia senyum pulak. Peliknya! Makan apa la sampai asyik senyum je ni?

"Dia sakit perut je pun. Tadi terberak-berak lepas makan sambal sotong Makcik Bedah. Tandas aspura tu dia conquer sorang." mereka ketawa terbahak-bahak bila melihat air muka Wana berubah. 

"Eee... tak baiknya korang. Suka tipu!" bentakku geram. Spoil je! Aku ketuk jugak dengan botol air ni kang baru tau. Kata-kataku menjadi kenyataan bila botol air dilayangkan ke kepala Putera yang tergelak tak ingat dunia oleh Iman dan D.

"Entah! Jahat gila." Iman menyuara tak puas hati. Nak putus jantung! Hal macam ni boleh dibuat main. Gila betul mereka ni!

"Ingat betullah sakit kronik tadi. Main-main eh? Tumbuk kang!" marah D. Aisyah tersenyum seraya menggelengkan kepala. Ada-ada je akal nakal dia orang ni! Suka mengusik tau. Wana yang berada di tempat duduk bawah dikerling. Dia faham apa yang dirasai Wana.

Wana sudah mengeluh lega. Huh! Ingat betul tadi. Rupanya sakit perut.

"Bunyi macam lega je Kak Wana? Lega ya?" usik Hakim lagi. Tak serik-serik! Wana menjeling tajam.

"Korang lain kali jangan main-main pasal penyakit kronik. Kalau betul-betul berlaku macam mana?" bebel Wana tak puas hati. Main-main pula pasal ni! Aku benam sekor-sekor dalam tanah baru tau. Biar menggelupur! Penutup botol mineral dipulas.

Kaum Adam ketawa besar. "Kau takutkan sebenarnya kalau sesuatu terjadi pada Syafiq?" tebak Putera. Wana terdiam. Air liur ditelan kesat.

"Kau takut dia hilang jauh daripada kau? Tak dapat usik kau lagi? Tak dapat gaduh dengan kau lagi?" sampuk Hakim pula ingin menimbulkan suatu rasa dalam hati gadis kental itu. 

Wana kelu lidah. Tadi Iman. Kini dia pula.

“Jangan terlalu membenci kerana takut lama kelamaan akan bertukar kepada sayang.” Pesan Khairul.

Wana terpaku. Memang dia tak sukakan Syafiq tapi tak adalah sampai benci. Kadang-kadang bila Syafiq tidak mencari pasal dengannya, dia sendiri yang akan mencetuskan huru-hara supaya Syafiq bergaduh dengannya. Sudah terbiasa dengan kata-kata pedas Syafiq. Tapi kenapa aku rasa gementar bila Syafiq merenungku? Kenapa aku rasa ada sesuatu dalam anak matanya setiap kali dia memandangku? Adakah dia ingin menyampaikan sesuatu? Wana berteka teki sendiri.

“Eh, Mai! Betul ke kau masuk pertandingan chess tu nanti?” soalan tiba-tiba dari Putera buatkan semua orang mengangkat muka memandangku yang terpinga-pinga.

“Haah. Aku pun terkejut juga bila Farhan pilih kau. Setahu aku kalau Farhan pilih kau, maknanya kau memang terror main chess la eh?” tanya Hakim pula.

“Oit! Cakaplah. Apesal diam pulak ni?” Khairul memetik jari.

“Boleh tak jangan cakap pasal benda tu lagi? Aku rimaslah!” bentakku geram. Eeee!!!! Kenapalah bebudak ni cerita lagi pasal ni??? Tension aku! Boleh naik darah tinggi.

Kaum Adam kerut dahi. “Apesal pulak? Kami cuma tanya je.” Putera tidak mengerti. Minah ni kenapa? Tiba-tiba nak emo. Entah pape entah! Nak tahu pun salah ke?

Guys, boleh tolong tak?” pohon Iman tiba-tiba.

What?”

“Cari jalan macam mana nak menyelamatkan diri dari masuk pertandingan chess!” sampukku.

Tiga anak tekak terjojol keluar. “Tapi kenapa?”

Iman pun ceritalah dari A sampai Z. Tak ada satu pun yang tertinggal. Jejaka bertiga itu dengar dengan penuh prihatin. Macam dengar ceramah pulak.

“Kalau tak pandai kan boleh belajar. Wana pun masukkan? Aku pun boleh ajar apa?” Khairul mengutarakan pendapat. Aku mencebik.

“Dah agak tu jawapannya.”

“Kalau dah agak, kenapa nak tarik diri pulak?” keliru Hakim.

Aku mendengus kasar. “Aku tak minat main chess. Langsung! Zero!” tegasku lagi.

“Dah tu kau nak suruh kami buat apa?” Putera menyoal sambil menggaru kepala. Adoilah... kasi pening la minaci ni!

“Tolong jumpa mamat tu, bagitahu yang aku tak nak masuk. Fullstop!” tegasku.

Serentak mereka menggelengkan kepala. Aku kebingungan. “Apesal pulak?” alaaaa... bantulah aku! Aku tak nak masuk! Huwaaaaa!!!! Nak report kat mama.

“Kami tak nak masuk campur hal korang. Tapi bagi aku eloklah kalau kau ikut je apa kata dia. Bukan calang-calang orang tau yang dipilihnya. Mengikut apa yang aku lihat selama aku mengenalinya, dia jenis yang pandai memilih. Dan setiap orang yang dipilih itu ada kebolehannya tersendiri. Dan aku yakin kau adalah pilihan terbaik dia.” Panjang lebar Khairul berucap mengalahkan menteri pasola nak naik haji.

Aku ternganga. Berapa banyak la dia punya pilihan terbaik? Konfius aku sekejap.

“Aku tetap tak nak!” bangkangku keras. Yeah! Berjuang demi menegakkan kebenaran! Eh! Eh! Terover pulak. Hehehe...

Jejaka bertiga mengeluh. “Okey. Kalau macam tu, kau sendiri jumpa dia. Kalau kami yang cakap, dia tak akan dengar biarpun dia kawan kami.” Putus Hakim. Dia kenal benar Farhan. Mereka satu team dalam badan pengawas. Jenis yang serius dan berpandangan jauh. Dia akan menunaikan apa saja yang ditarget. Dan pastinya apa yang dia sasarkan berjaya dengan cemerlang. Kalau kes Mai ni rasanya dia pandang serong je tak pun pandang senget sikit. Ada ke? Hahaha...

Aku memandang Wana meminta buah fikiran. Dia menjongket bahu. Maksudnya, no idea sis! Ikutkan saja kata mereka! Huh! Aku pandang Iman dan D. Mereka juga sama. Hanya muka monyok macam roti krim tak ada gula. Aku memandang Aisyah yang tersenyum nipis sejak dari tadi. Dia mengelus lengan serta bahuku. Memberi semangat. Dan akhir sekali jejaka tiga orang itu sebelum menopang dagu.

“Khai!” laungan seseorang membuatkan semua kalih pandang ke belakang mencari tuan empunya suara kecuali aku. Seisi pelajar di stadium ini diam bila suara itu bergema. Pelajar perempuan mengintai dari tudung dan beg manakala pelajar lelaki buat hal sendiri namun suasana sepi dan senyap.

“Oit! Sinilah.” Panggil Khairul.

Aku tetap dengan posisi tadi. Pinggangku dicuit buat aku geli. “Janganlah cuit. Geli tau tak?” aku menepis tangan Wana. Simen di pandang lagi. Sekali lagi pinggangku dicuit buat aku bengang. Aku memang pantang kalau orang cuit tempat sensitif! Hee!!!!

“Kau ni dah kenapa weh? Nak makan kasut saiz 6 ke?” marahku. Wana memuncungkan mulut ke sebelah kiri. Aku kerut dahi. Kening diangkat. Wana menghantar isyarat supaya memandang kiri. Dengan perasaan pelik aku menoleh ke tempat yang disuruh Wana.

Tergamam? Terkejut? Terkedu? Lidah kelu. Badan keras. Freeze! Tegak macam anak patung. Anak mata membulat besar.

Farhan!!!! Aku terus memusingkan badan ke sebelah kanan. Takmoh pandang!

“Buat apa kat sini? Cikgu Othman panggil kau.” suara Farhan kedengaran tegas.

“Oh yeke? Aku rehat kejap dengan member kelas. Eh, ni ada budak nak cakap sesuatu dengan kau.” Terus saja Khairul berkata demikian. Farhan kerut dahi. Aku sudah berpeluh. Pantas saja aku bangkit namun tarikan kuat pada lengan buat aku terduduk kembali. Auww!! Sakit you!! Pinggulku....! Aku mengetuk kepala Wana dengan botol air. Wana mengaduh.

“Sakitlah!”

“Lepaskan aku!”

“Jangan lari. Cakap dengan dia. Rebut peluang ni,” Bisik Wana di telingaku. Aku memandang meminta simpati. Aku tak ready!!! Wana menggelengkan kepala. Aku memejamkan mata. Allahuakbar! Harus ke wajib aku bercakap dengan dia??? Huwaaaa!!!! Nak lari!!!

“Budak? Siapa?” soal Farhan hairan.

Khairul memusingkan badan lalu menunjukkan orang itu.  Farhan terdiam sebelum memandang Khairul meminta penjelasan.

“Mai nak cakap dengan kau pasal pertandingan catur dalam kelas pagi tadi.” Terang Putera pula. Hakim mengangguk bersama kawan perempuan yang lain kecuali aku.

Farhan diam lima saat. “Nanti jumpa aku sebelum balik aspuri.” Pesan Farhan. Khairul, Putera dan Hakim digesa agar mengikutnya. Khairul sempat mengenyit mata pada Iman sebelum berlalu. Putera dan Hakim melayangkan thumbs up sambil tersengih nakal kepadaku lalu turun ke bawah mengikuti Khairul.

Aku kaku di situ. Jumpa sebelum balik aspuri? Alamak! Macam mana ni??!! Serius aku memang tak ready. Hailah telinga dan mulut. Bersiap sedialah membuat serang balas!