BAB 24
MAJLIS pertunangan berlangsung dengan lancar tetapi
ditukar masanya kepada waktu pagi kerana selepas zohor Imam Khalid akan
menghadiri satu mesyuarat di kampung seberang. 5 dulang hantaran diberi oleh
pihak lelaki dan 7 dulang hantaran dibalas oleh pihak perempuan. Selama aku
duduk di kampung, aku tidak pernah tahu menahu langsung tentang kewujudan
dulang hantaran kerana di Kluang, mama dan abah tidak pernah tunjuk benda alah
tu padaku. Rupa-rupanya ia telah disembunyikan dalam bilik opah. Patutlah bonet
kereta penuh dengan barang sewaktu mengambilku di asrama! Itu semua barang
hantaran tapi belum digubah cantik oleh mama dan opah serta dua adik
perempuanku.
Cincin di jari manis yang tersarung elok
ditenung dengan perasaan berbalam. Teringat saat yang ditunggu-tunggu oleh
semua, Aunty Hanani menyarungkan cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian
di jari manisku tadi beserta senyuman mekar di bibir. Flash kamera sentiasa
menyala dan memancar ke wajahku yang tertunduk. Apakah perasaanku? Terpegun?
Tergamam? Terpaku? Terpanar? Aku tidak tahu. Tetapi terasa hati bagai disirami
salji. Sejuk. Bagai penuh dengan taman bunga. Rasa bahagia bertandang secara tiba-tiba.
Kini secara rasmi aku telah sah menjadi tunang Tengku Amirul Farhan Tengku Umar
a.k.a Mister Headprefect sekolah. Rasa tak percaya! Macam mimpi pulak. Pipi
dicubit.
“Auww!” memang sakit. Maknanya bukan fantasi la
kan? Tapi...
“Mai!!” suara ramai kedengaran. Aku mengangkat
muka. Kulihat rakan-rakan tersenyum lebar di muka pintu. Semuanya ayu
mengenakan baju kurung. Riak wajah mereka ceria dengan majlis ini.
“Tahniah!” Wana terus berlari mendakap tubuhku.
Aku membalasnya.
“Thanks.”
Senyumku.
“Mai, congratulations
babe!” giliran Iman pula memeluk tubuhku. Aku tersenyum lalu mengucapkan
terima kasih padanya. Seterusnya giliran D dan Qiela. Mereka memeluk tubuhku
ketat-ketat sehingga lemas. Nasib baik Wana dan Iman ada. D dan Qiela tergelak.
Aisyah yang masih berdiri tersenyum manis
sambil menghulurkan sesuatu kepadaku. Aku kerut dahi.
“Apa ni?” soalku lurus.
“Itukan hadiah.” Sampuk D tersengih. Aku mendengus
kasar.
“Takkan tak kenal kut? Hai... lepas sah jadi
tunangan orang ni, hadiah pun boleh tak kenal ya?” Iman pula mengusik. Yang
lain berderai tawa.
Aku memejam mata. Hai... sabar aje la dengan
mereka ni!
“Memanglah hadiah... but what for?” ujarku masih tidak puas hati. Mata Aisyah ditenung
tajam.
Aisyah tersenyum lagi lalu mengambil tempat di
sebelahku. Iman memberi ruang kepada Aisyah. Dia, D dan Qiela duduk di atas
permaidani sambil memerhatikan kami. Wana masih setia di sisi kananku.
“Hadiah sempena majlis pertunangan kau la.”
Lembut Aisyah berkata.
Aku terdiam. Mak aih, sampai belikan hadiah tu!
“Syah, baru tunang okey. Belum nikah or sanding!” keras nada suaraku. Aisyah
memeluk tubuhku. Hadiah diletak atas riba Humairah.
“Mai, apa salahnya kalau aku belikan kau
hadiah? Memanglah tak wajib tapi aku belikan sekadar suka-suka. Lagipun
sepanjang kita berkenalan di sekolah dan di asrama, aku tak pernah beri kau
apa-apa. Kau selalu belanja aku choki-choki,
belanja aiskrim, makan. Tapi aku tak pernah berpeluang untuk beri sesuatu yang
berharga dan istimewa untuk kenangan. Dulu masa aku mula berkawan dengan Wana,
Iman dan D, aku bagi hadiah pada mereka. Seutas gelang yang aku buat sendiri
khas untuk kenalan rapat yang aku sayangi. Termasuk juga kau. Jadi hari ni aku
nak beri kau sesuatu sebagai tanda persahabatan kita. Aku dah lama nak beri
tapi kau asyik kata jangan. Jadi aku dah plan
untuk beri kau hadiah tanda perkenalan kita sekaligus meraikan kau sebagai
tunangan kepada Amirul Farhan, ketua pengawas SMTAA kita.” Panjang lebar Aisyah
berkata. Wajahnya juga berseri-seri. Rakan yang lain tersenyum-senyum.
Aku masih mendiamkan diri. Hadiah ditenung
dengan pelbagai perasaan. Tapi kenapa...
“Kenapa Mai? Tak sudi ke terima hadiah tak
seberapa aku ni?” suara Aisyah mendayu-dayu di telinga. Seakan berjauh hati.
Aku terdiam. Tulusnya hatimu duhai Aisyah. Aku
mengangkat muka merenung seraut wajah penyejuk mata yang sentiasa tenang. Tanpa
kata, aku terus memeluk tubuhnya. Aisyah membalas sambil tersenyum sebelum
meleraikan pelukan.
“Thanks.
Aku tak pernah rasa bahagia macam ni. Thanks
gang!” aku tersenyum lalu mendepakan
tangan. Kesemua rakanku memeluk antara satu sama lain. Aku bahagia! Terima
kasih ya Allah kerana menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang tulus hatinya. Tanpa
disangka, air mata menitis. Air mata kegembiraan!
***
RUMAH opah kini riuh dengan suara orang ramai. Confirm pasar malam surrender lepas ni! Apa taknya? Suara rakanku serta Aina sedang
mengejar itik dan ayam opah. Ke sana ke mari mereka berlari. Aku yang duduk di
pangkin ini tidak dipedulikan. Tak ada kerja lain ke dia orang ni?
“Apesal tak join
dia orang?” tanya Wana setelah mengambil tempat disebelahku.
“Malaslah. Macam tak ada kerja lain je. Kejar
ayam itik lepas tu sendiri penat.” Bebelku.
Wana ketawa. “Setidak-tidaknya peluh keluar
daripada duduk kat pangkin je dan tak buat apa-apa.” Perli Wana.
Aku mencebik. “Malaslah weh. Aku penat.” Wana
mengangkat kening seraya tersenyum nakal.
“Kau penat buat apa je? Hey, ni baru tunang
belum jadi isteri yang sah.” Mendalam sungguh maksudnya. Dia ketawa lagi
membuatkan aku pantas memukul bahunya berkali-kali. Otak kuning sungguh kawan
aku ni la! Akhirnya Wana mengangkat tangan mengalah.
“Cubalah jangan fikir yang bukan-bukan.”
Gerutuku.
“Fikir bukan-bukan yang macam mana tu?” Wana
menyoal balik dengan senyuman. Aku menunjukkan siku dan penumbuk kepadanya.
“Nak yang mana? F.O.C aku bagi.”
Wana ketawa seraya menggeleng. “Tak mau la. Kau
ni sejak dah bertunang asyik nak moody
je? Apesal? Chill la.”
Aku menarik nafas sebelum menghadap tubuh Wana.
“Wana, aku nak tanya satu soalan kat kau boleh?” soalku perlahan.
Wana yang sedang melibas seluar putihnya kerana
terkena pasir pantas mengangkat wajah memandang tepat anak mataku. Dahinya
berkerut.
“Formal ke tak formal?”
Aku menjulingkan mata ke atas. Budak ni tak ada
soalan lain ke nak tanya?!
“Peribadi. Raimi Azlan.” Tekanku.
Wana tergamam sebelum mengalihkan pandangan ke
depan. Dadanya berdegup kencang.
“Kenapa dengan dia?”
“Kau kata semalam kau jumpa dia kan? Dia macam
mana? Emm... maksud aku, hati kau... dengan dia... err... macam mana sekarang?”
teragak-agak aku bertanya.
Wana terdiam. Lama. Nafas ditarik sebelum
menceritakan perkara yang terjadi sewaktu terjumpa lelaki itu di Seven Eleven.
“Aliyah kan?” soal Raimi meminta kepastian.
Dia tidak menjawab sebaliknya terus berlalu
keluar dari premis itu dengan langkah laju. Sedikit pun tidak menoleh. Raimi
mengejar. Lengan gadis yang berlapik kardigan hitam ditarik kuat.
“Apa ni?! Lepaslah!” marah Wana. Dia sedaya
upaya melepaskan diri dari mendekati pemuda itu. Mahu menjerit meminta tolong
tapi tiada siapa yang melalui kawasan itu. Dia buntu. Wajah Raimi tidak
dipandang.
“Aliyah, listen
to me first.” Pinta Raimi.
Wana tidak mendengar sebaliknya berusaha
meleraikan pautan pada lengannya. Tidak berjaya! Dia meronta minta dilepaskan.
“Kau ni siapa?! Lepaskan tangan aku sebelum aku
jerit! Biar orang tangkap kau!” ugut Wana lagi.
Raimi tercengang. Dia kelu lidah. Aliyah...
bukan Aliyah. Aliyah tak akan bercakap kasar dengannya. Aliyah akan sentiasa
berlembut dengannya. Aliyah sekarang jauh berubah dari dulu.
“Aliyah, dengar cakap abang dulu.” Lembut Raimi
memujuk namun Wana mengeraskan hati. Dia tidak akan sesekali memberi harapan
kepada manusia bernama lelaki. Semua penipu! Syaitan bertopengkan manusia. Kaum
yang pandai bermanis kata tetapi tidak kemudiannya.
“Kau siapa?! Aku tak kenal kau lah. Baik kau
lepaskan aku. Lepaskan!” jerit Wana lagi. Raimi mengemas pautan. Bahu Wana
ditarik rapat dengannya agar gadis itu memandang tepat anak matanya. Wana
meronta-ronta minta dilepaskan. Raimi mengawal kakinya bila Wana hendak
menendang. Tubuh gadis kurus itu ditarik rapat kepadanya. Wana menelan liur.
Anak mata Raimi merenung mata coklatnya. Wana segera mengalih pandang tempat
lain. Tubuhnya yang meronta menjadi kaku. Freeze!
Perasaan hadir tanpa dipinta.... perasaan itu.... sudah lama tidak dirasa....
“Kenapa ni?” dua orang lelaki muncul dari dalam
premis Seven Eleven. Raimi dan Wana terkejut.
“Tak ada apa-apa. Isteri saya nak terjatuh
tadi.” Raimi menjawab. ‘Isterinya’ dikerling dengan senyuman semanis gula. Wana
kaku. Dia blur. Raimi dan dua pemuda itu dipandang silih ganti.
“Oh... hati-hati. Jalan sini memang licin. Baru
lepas hujan.” Pemuda-pemuda itu terus mengorak langkah meninggalkan mereka
berdua selepas berjabat tangan dengan Raimi. Kesempatan ini Wana ambil untuk
melarikan diri namun pantas Raimi berpusing dan menahan dengan tubuhnya. Dekat
dan dekat!
“Apa ni?!” jerit Wana lagi. Raimi semakin
mendekat. Hanya satu pergerakan akan membuatkan dirinya berada dalam pelukan
Raimi.
“Kalau Aliyah jerit, abang tak akan
teragak-agak cempung Aliyah bawa masuk dalam kereta abang. Serious! No kidding!”
ugut Raimi pula. Wana menelan liur. Gerakan tangan terhenti. Sepi antara mereka.
Renungan mata yang menikam membuatkan Wana mengalih pandang ke tempat lain.
Tidak sanggup. Mata itu... mata yang buatkan dia jatuh... mata yang telah
melukakan hatinya... mata itu telah membuatkan dia benci dengan lelaki. Mata
itu yang buatkan dia menukar nama menjadi Safwana....
“Kenapa Aliyah? Kenapa jadi macam ni?” sebak Wana
mendengar suara pemuda itu tetapi dia tetap tak menoleh. Kuatkan semangat kau,
Wana! Jangan mudah terpedaya dengan kata-katanya lagi. Dia dah buat kau merana!
Raimi merenung Aliyah. Subhanallah! Kecilnya
dunia. Wajah yang dirindui setelah lima tahun tidak berjumpa akhirnya ketemu
kembali. Wajah yang muncul dalam mimpinya setiap malam. Wajah yang dipuja
sehingga kini. Wajah yang buatkan dia sakit.... Sungguh dia merindui gadis itu namun
apa yang dia dapat pada hari ini sebaliknya. Aliyah bukan lagi Aliyah yang
dulu. Aliyah sekarang adalah Aliyah yang keras, ganas, kasar dan.... matang.
“Kenapa buat abang macam ni?”
Wana ketawa jengkel. Sinis. Dia memandang tepat
mata Raimi. “Buat apa? Aku buat apa kat kau?! Aku tak kenal kau siapa,
tiba-tiba kata aku buat kau pula? Lagi satu sejak bila kau jadi abang aku hah?”
Raimi menggeleng. “Mustahil Aliyah tak kenal
abang. Abang boleh nampak dari sinar mata Aliyah. Aliyah tak pandai berbohong
dengan abang.”
Wana terkedu. Ayat yang sama sewaktu dulu......
tersedar dirinya mengelamun, Wana cuba melepaskan pegangan tangan Raimi. Raimi
berkeras menahan.
“Aliyah... dengar dulu penjelasan abang. Abang
dah lama cari Aliyah. Lama sangat.”
“Tak ingin! Aku tak nak dengar apa pun
penjelasan engkau. Pergilah engkau dengan perempuan nama Dayana tu. Aku kan
perempuan sundal! Aku kan budak perempuan tak malu! Kau hina aku! Kau kutuk aku
depan student lain! Kau ingat aku tak
ada rasa malu?! Dah tu kau tuduh aku tulis surat tu tanpa usul periksa. Semua
orang pandang aku dengan pandangan sinis. Gelak jahat. Budak nama Aliyah
Safwana sudah pandai main kotor untuk dapatkan lelaki paling hot kat sekolah padahal umur baru
setahun jagung! Baru tingkatan 1! Budak kecil yang tak tahu erti cinta! Budak
nama Aliyah Safwana telah buat Dayana menangis. Aliyah Safwana tolak Dayana
sehingga jatuh! Masa tu semua bertepuk tangan. Kau pun buat tak hairan je.
Sebab apa? Sebab aku bukan sesiapa untuk kau. Aku hanya perempuan tak tahu malu!!
Kan?! Kau memang suka kan budak-budak ni panggil aku dengan panggilan yang
menjatuhkan imej aku sebagai pelajar sekolah? Kenapa kau tak pergi je berkepit
dengan si Dayana tu yang konon-kononnya perempuan suci? Apesal tegur aku balik?
Apesal cari aku balik?! Hah?! Apesal?!” Kemudian dia tertawa. Jengkel.
Raimi menunduk sedih. Hibanya dia. Pilu hati
mendengar luahan dan rintihan gadis itu. Dia kesal. Sangat kesal!
“Aliyah... maafkan abang,” pohon Raimi lagi.
Hampir tidak terkeluar suaranya. Mata sudah basah dengan linangan. Menunggu
masa untuk membanjiri bumi.
Wana ketawa lagi. “Maaf?? Maaf untuk apa? Kau
ada buat salah pada aku ke?! Hey, untuk pengetahuan kau, aku dah lama lupakan
kau. Lama!! Sangat lama!! Dan aku harap sangat yang aku akan terus melupakan
kau dari kotak fikiran aku!” ucap Wana lagi dengan yakin. Dia menentang mata
Raimi. Tiada siapa tahu hatinya berperang hebat.
Raimi mengemam bibir. Allahuakbar! Sampainya
hatimu sayang kerana berkata begitu. Pedih sehingga ke ulu hati. Harapannya berkecai.
Impiannya musnah. Barulah dia tahu bagaimana perasaan gadis itu sewaktu dia
menabur kata-kata keji dan amarahnya tanpa memeriksa terlebih dahulu. Kerana
Dayana.
“Kejamnya Aliyah kerana melupakan abang.”
Mutiara jernih menitis dari tubir mata mengalir ke pipi. Sungguh dia terasa
dengan ungkapan Aliyah.
Wana terpanar. Raimi Azlan, jejaka kacak di
sekolah yang sasa dan maskulin serta digilai ramai gadis menangis di
hadapannya?! Lelaki bernama Raimi Azlan menangis meratapi kesalahan yang telah
dilakukan? Adakah ini benar ataupun palsu? Magik? Program Bang Bang Boom? Raimi
masih lagi menunduk. Air mata semakin banyak keluar dan mengalir di pipi dan
menurun laju ke bawah dagu. Wana jadi sebak. Namun hatinya tetap dikeraskan.
Mahu saja dia mengesat air mata lelaki itu. Tapi dia tak mampu.
“Abang sentiasa buat solat sunat istikharah
supaya abang dapat jumpa Aliyah semula. Abang nak minta ampun dengan Aliyah
atas peristiwa lampau dulu. Abang berdosa sebab berkasar, mengutuk, menghina
dan menuduh Aliyah walhal Aliyah cuma mangsa keadaan. Dayana bersalah, bukan
Aliyah. Abang sentiasa berharap agar abang dapat bersemuka dengan Aliyah,
tapi... tapi... abang tak sangka... ini yang abang dapat... Aliyah... abang...”
Raimi tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana sendu tangisnya yang tak
berhenti. Tubuhnya melorot jatuh di depan Aliyah. Dia menangis kesal. Sangat
sesal apabila teringat perbuatannya dulu.
Kejamkah dirinya kerana mengutuk
pelajar yang hanya berusia 13 tahun sedangkan waktu itu dia sudah boleh
berfikir memandangkan umurnya lebih tua daripada Aliyah. 17 tahun. Umur yang
mula mencipta kenangan pahit dan sesal yang menggunung sehingga ke hari ini. Di
depan gadis disayangi, Nur Aliyah Safwana.
Wana tersentak bila terasa bahunya dipegang.
Dia lambat-lambat memusing kepala memandang aku disebelah.
Alangkah terkejutnya aku kerana wajahnya
sekarang sudah penuh dengan air mata. Hidung menjadi merah. Matanya bengkak.
“Wana...... kau.... err... sebenarnya apa
perasaan kau pada dia?” teragak-agak aku hendak menanyakan soalan kerana
khuatir akan di menyinggung perasaannya. Namun bila melihat dirinya sekarang buat aku mahu bertanya tentang perkara 'itu'.
Wana mengesat air mata yang mengalir di pipi
sebelum merenungku dengan satu perasaan aneh. Aku menanti dengan sabar.
“Aku..... aku.....sebenarnya aku masih tak dapat lupakan
dia, Mai.... aku bohong dengan semua orang..... hati aku masih tak dapat lupakan......” Wana terus memaut tubuhku lalu
menangis semahunya.
Aku kaku. Shock! Ungkapan terakhirnya buat aku
terkejut besar. Wana masih tak dapat lupakan Raimi??? Benarkah??? Melihat
keadaan Wana yang sebegini amat menyedihkan. Rupa-rupanya dia masih menyintai lelaki itu. Lumrah percintaan. Biarpun bibir seribu kali mengucap benci namun hati masih menyayangi.
Badan belakang Wana kuusap penuh kasih. Aku meminta dia bertenang. Wana terus memeluk tubuhku erat. Mukanya disembam ke bahuku. Air mata bercucuran bak hujan.
“Wana....” suara orang ramai kedengaran
menyebabkan dia mengangkat wajah. Pelukan terlerai.
“Kami dah dengar semuanya...” ucap Iman sedih.
Air mata dikesat perlahan.
“Betul tu,” D mengiyakan. Dia juga turut sama
menangis.
Aisyah tidak mengucap apa-apa sebaliknya terus
memeluk tubuh kami berdua. Iman dan D yang melihat kelakuan Aisyah turut sama
berbuat demikian. Kami bertiga berpelukan! Inilah yang dinamakan cubit peha
kiri, peha kanan turut merasainya. Nyawa kami bagai bersatu. Darah yang
mengalir membuatkan kami berasa seperti sebuah keluarga dan bukan orang asing.
Hati kami bersatu. Jiwa kami bercantum. Sama-sama susah senang. Itulah namanya
kawan baik....
ESOK semua akan pulang. Aku mengemas beberapa
pakaian yang telah dibasuh dan dilipat sebelum memasukkannya ke dalam beg. Prepare awal-awal! Nanti dah kelam kabut
semua tinggal. Bawa badan je! Cincin yang berada di jari manis aku tanggalkan
lalu letak di atas meja lampu tidur. Rimas rasanya!
Peluh yang merenek di dahi dikesat dengan
tangan kiri. Huh! Banyaknya barang aku. Tambah barang hantaran lagi. Muat ke
tak kereta abah ni? Nak tumpang kereta Wana memang tak boleh la. Kancil tu!
Kalau Alphard boleh juga tumpang! Aku menggaru kepala. Sedaya upaya baju
disumbat dalam beg. Baju digulung menjadi kecil beserta pakaian lain. Makin
lama makin kembang beg tu! Aku cuba melipat seperti biasa. Baju yang dilipat
aku tekan kasi leper seleper-lepernya. Tetap sama! Kembung! Makin gemuk. Aku
kebingungan. Apa nak buat ni?!!!
“Yana!!” jeritku sekuat hati dari dalam bilik.
Hanya nama itu saja yang terlintas di fikiran. Redah aje la!
Yana yang baru saja menuruni tangga dapur
terkejut lantas memegang susur tangga. Hampir-hampir dia tergelincir jatuh. Pheww! Nasib baik tak ada sakit jantung.
Akak aku ni gila ke apa terjerit macam tu? Sawan? Gumam Yana.
Langkah laju ke bilik beradu kakaknya. “Ada apa
akak terjerit-jerit ni? Malulah orang dengar. Nasib baik tak ada sesiapa lalu
kat dapur.”
Aku mencekak pinggang. Ah! Apa aku peduli malu
tak malu. Kawan-kawan aku kat luar rumah. Yang penting sekarang beg! Aku
memberi isyarat mata pada Yana kemudian menoleh ke arah beg baju.
“Ya Allah! Apesal kembung semacam beg akak ni?
Akak isi apa?” terkejut Yana melihat beg pakaian Nike kakaknya sudah gemuk
seperti belon. Entah batu-bata mana yang dia isi.
“Isi batu-bata buat rumah untuk kahwin nanti
ea?” usiknya. Aku buat muka. Main-main! Buat rumah?? Tak ada kerja langsung!
Baik aku bawa emas. Ada faedahnya! Omelku.
“Uhh! Macam tak ada kerja lain nak angkut
batu-bata dari kampung. Agak-agak la!” marahku.
Yana ketawa. Akaknya sudah serupa beruk.
Tergaru sana. Tergaru sini. Kejap-kejap gigit jari. Dah macam Aina pun ada!
Lepas tu mundar mandir sehingga kepala Yana berpusing. Mata berpinar. Nak pitam
pun ada.
“Kenapa ni kak?”
“Tengok ni.” aduku sambil memuncungkan mulut.
“Akak isi apa sampai jadi macam ni?”
“Itulah pasal. Isi baju je. Macam mana boleh
kembung pun akak tak tahu. Seingat akak, masa datang rumah opah hari tu tak adalah
kembung gedabak macam ni. Okey je. Ada ruang untuk letak apa-apa. Sekarang ni
lain pulak. Opah ada beri baju lagi ke?” aku menggaru kepala. Musykil ya amat
ni! Masa datang beg kempis, balik beg kembung!
Yana ketawa kecil seraya menepuk dahi. “Haah la
kak. Yana lupa nak cakap. Opah ada kasi Yana baju hari tu. Baju-baju yang dah
lama tapi still vogue. Semua baju
arwah mak usu. Baju kebaya pun ada. Tapi achik ambil. Dia minat baju tu. Akak
punya banyak t-shirt dan disebabkan
akak tak berapa berkenan dengan baju kurung so
Yana take over.” Jelas Yana lagi.
Aku terlopong. Mata terkebil-kebil merenungnya.
Beg dipandang bergilir-gilir dengan air muka sang adik yang tenang.
“Biar betul?! Takkan banyak sangat?!!!”
“Opah kata ada baju yang arwah tokwan yang lama
tapi abah ambil. Ada baju kurung milik opah, Yana, mama dan achik ambil. Dan
ada beberapa baju t-shirt milik arwah
mak usu yang tak pakai. Opah tak nak buang. Dia sayangkan baju tu. Dia kata itu
kenangan dengan arwah mak usu masa sebaya kakak dulu. Sebab tu opah bagi kakak
banyak. Badan akak dengan arwah mak usu sama. Wajah pun seakan-akan seiras.
Cuma mak usu baik dan lemah lembut. Akak ganas dan keras.” Selamba dia berkata.
Aku buat muka sambil mencekak pinggang. Yang
depan-depan tu buat aku feeling habis
tapi yang last tu ada sikit sakit
hati. Berani dia cakap aku ganas dan keras? Kang aku ketuk dengan penukul baru
tau.
Yana ketawa bila kakaknya menjeling tajam.
“Habis tu macam mana ni? Takkan nak bawa beg
banyak? Hantaran nak sumbat mana?” rungutku kasar. Hailah... masalah! Masalah!
Rambut di ramas kasar sebelum menghenyakkan tubuh di katil.
Yana mengurut bahuku perlahan meredakan
perasaan. “Macam ni. Akak tinggalkan baju yang akak rasa tak selalu pakai kat
rumah opah. Senang nanti kalau akak nak balik rumah opah. Dah ada baju siap.
Baju yang lain akak bawa balik. Tak berat.” Cadang Yana. Dia juga mahu berbuat
demikian untuk dirinya nanti. Banyak baju tak terlarat nak bawa. Kalau ada
orang gaji kan best?
Aku mengangguk. Pintar adikku ini! Aku sebagai
kakak pun malu. Macam mana boleh tak terfikir idea tu? Biol la kau ni Mai lepas
tunang. Hailahh...
“Eh.. kak! Kenapa tak pakai cincin?” jerit Yana
membuatkan aku terperanjat. Habis baju yang sudah dilipat berterabur. Aku
mengetap bibir. Asalehe la adik aku ni... buat terkezzzut orang je! Memang nak kena dengan penukul!
“Kak, Yana tanya ni. Kenapa akak tanggalkan
cincin ni?” renungan tajam Yana sedikit pun tidak membantutkan pergerakanku.
Tangan ligat melipat baju.
“Malas.” Sepatah saja di jawab.
Yana terlopong. Malas??!!! Bertuah punya
kakak!!
“Yana tak kira. Akak kena pakai juga!” arah
Yana bernada keras.
Aku mengangkat wajah memandangnya sebelum
menjelir lidah. Yana mendengus kasar. Jemariku ditarik kasar buat aku tergamam
kemudian dia terus menyarungkannya di jari manis.
“Jangan sesekali tanggalkan lagi. Ini Yana yang
nampak. Kalau Aunty Hanani nampak macam mana? Tak ke kecil hati dia nanti?”
nasihat Yana.
Aku mengeluh sebelum duduk kembali di katil. “Yana,
akak rasa macam tak percaya yang akak dah bertunang. Its like a dream!” ucapku lemah.
Yana tersenyum. Dia bangkit merapatkan dirinya
dengan diriku. Tangan kananku digenggam erat.
“Oh.... itu yang serabut sangat ni ya? Sampai tak
boleh fikir? Rupa-rupanya sebab ni.” aku menyenggol pinggangnya membuatkan Yana
terjerit kecil. Bahuku ditepuk manja.
“Akak tak main-main okey.” Aku betul-betul
serius. Yana tersenyum lagi. Senyum! Senyum! Ingat lawa? Aku seorang je yang
lawa! Opsss riak lagi.
“Kenapa pulak akak tak percaya? Its fact! Realiti bukan fantasi. Baru beberapa
jam lepas akak disatukan dengan Abang Farhan. Disatukan dengan mengikat tali
pertunangan. Kedua-dua belah pihak dah setuju. So sekarang secara rasmi akak dan abang dah jadi tunangan orang.
Makanya apa yang akak tak percaya?” soal Yana lagak orang dewasa.
Aku mengeluh. Rambut diramas kasar. “Akak tak
sangka. Sekejap je masa berlalu dan yang paling akak takut sekarang ni macam
mana akak nak berhadapan dengan dia. Satu sekolah. Sukan tak lama lagi. Dah la
dia ketua pasukan.” Keluhku.
Yana segera mengusap belakang badanku agar
tenang. Rambutku dilurus kembali dengan jarinya. “Istighfar, kak. Ingat Allah. Dalam susah ada senangnya. Ada hikmah
disebalik semua ni. Akak banyakkan bersabar. Allah sedang menguji hambaNYA.
Jangan mudah putus asa. Yana yakin akak boleh. Malaysia boleh!!!!” Yana berdiri
lalu menjerit sekuat hati.
Aku ketawa besar. Melihatkan semangat Yana
buatkan aku turut berdiri sama. Dan serentak itu kami sama-sama melaungkan
MALAYSIA BOLEH!!! AKU BOLEH!!! KAKAK BOLEH KAHWIN DENGAN ABANG FARHAN!!!!
Aku terdiam kaku sebentar. Eh... aku sebut tu
ke tadi?! Pantas aku menoleh, merenung Yana yang ketawa mengekek-kekek di atas
katil. Angin kus-kus segera muncul. Berasap-asap hidung, mulut dan telinga
sekarang! Macam seladang! Gigi berlaga sama sendiri. Bantal kepala dicapai lalu
dibaling tepat ke mukanya. Tak puas hati lagi bila dia tak henti gelak. Bantal lain
diambil lalu kubalun dengan geram. Terkekeh-kekeh dia ketawa sambil menjerit.
Sempat lagi usik aku tu! Argghhhh!!!! Kenapalah aku pergi sebut juga perkataan
tu?? Yana memang nak kena!!!! Bila masa pulak aku nak kahwin dengan mamat
tu?!!! Huwaaaa!!!! Ambik kau! Power Rangers benam Catwoman!!!! Kasi fireeeeee!!!!