BAB 22
“Burrr!!!!
Sejuknya! Burrr!!! Sejuk!” menggigil
tubuh lepas keluar dari bilik air. Mandi time
subuh memang azablah. Sejuknya tak terkata. Air tu pula disambung dari saluran air
perigi. Sejuk gila! Nak rasa? Meh
datang sini.
Aku terus berlalu ke bilik untuk
menukar baju. Almari pakaian dibuka. Baju kurung! Baju kurung! Baju kurung!
Keluhku.
“Kak, apesal tak siap lagi ni? Orang
dah nak pergi dah ni.” Tegur Yana bila melihat kakaknya masih tercegat depan
almari dengan baju tidur yang sama di badan. Yana sedang menempek bedak Johnson
Baby pada muka.
“Kalau akak tak pergi boleh?” aku
membuat muka comel.
Yana menggeleng. “Jangan nak
mengada-ngada. Tembak kang hilang kepala.” Ugutnya.
Uiks, expert dah budak-budak zaman sekarang ni. Bukan main lagi nak
tembak kakak sendiri. Tak sayang nyawa ke? Nak sangat hidup dalam penjara?
“Berani kau nak tembak akak? Akak benam
kepala kau dalam perigi baru tau. Biar menggelupur lemas! Tak pun akak
sumbatkan kau dalam reban ayam opah, biar kau jadi ayam. Baru namanya anak
ayam!” balasku tidak mengalah.
Yana tergelak sakan. Adoilah! Pagi-pagi
dah buat lawak akak aku ni. Nasib baik tak makan lagi, kalau tak muntah hijau
sebab banyak gelak. Puncanya dari lawak kakak sendiri!
“Dah la. Akak pakai aje la baju kurung
tu. Apa susah? Baru nampak cun. Kan dah nak tunang. Kenalah biasakan diri
dengan baju kurung. Nanti Abang Farhan tengok confirm cair.” usik Yana sambil menggesel tubuhnya dengan tubuhku.
Aku membuat aksi geli. “Eh! Kau ni nak
ganti kucing miang kat sebelah rumah kita tu ke?” sindirku.
Yana ketawa mengekek-kekek. Aku yang tak tahan
tengok Yana ketawa terus tergelak. Dah sama-sama gelak pagi-pagi buta ni.
“Yana! Maira! Kenapa gelak-gelak tu?
Dah siap ke belum tu? Nak gerak dah ni. Cepat!” jerit mama diluar.
Kami menekup mulut. Alamak! Terkuat
pula suara tadi. Mesti mama pelik. Anak-anak berubah jadi pontianak mengilai!
Azan pun belum lagi. Syaitan berkeliaran.
Aku tanpa banyak cakap terus menyambar
sepasang baju kurung lalu disarung pada badan. Yana telah siap dengan telekung.
Kainnya pula dimasuk dalam beg untuk dipakai dalam surau nanti. Aku mengenakan
tudung putih di kepala sebelum menyembur minyak wangi di badan. Semerbak bau
strawberi dalam bilik ni! Yana menyakatku lagi. Aku menjelirkan lidah. Jeles la
tu!
Pintu rumah dikunci abah sebelum
sama-sama bergerak ke Surau As-Syakirin yang terletak di sebelah dewan
serbaguna kampung ini. Angin subuh menampar lembut pada wajah membuatkan aku
kesejukan biarpun sudah ditutupi dengan telekung. Tangan berasa sejuk di
sebalik telekung putih bersulam benang hijau bercorak bunga kecil di bahagian
bawah.
“Akak kenapa?” soal Yana.
“Sejuk.” Balasku pendek. Yana tidak
bertanya lagi. Masing-masing diam. Sedang berjalan, terasa lain sangat dengan
selipar yang kupakai. Langkah dihentikan. Segera aku menundukkan kepala.
“Alamak! Masak macam ni. Dah nak putus
la pulak.” Gumamku sambil menelek selipar Roxy di kaki. Tampak tali selipar
akan putus tak lama lagi. Ni pergi je dah jadi macam ni. Kalau balik kang aku
rasa putus terus. Surau dengan rumah opah jauh la pulak. Apesal aku boleh tak
perasan selipar ni nak tanggal? Omelku.
“Orang jalan pandang depan. Bukan
pandang tar. Perangai macam nilah yang boleh menjadi punca kemalangan jalan
raya.” Sindiran pedas cukup membuatkan aku kenal gerangan siapa yang bercakap.
Pantas wajah diangkat memandang ke arahnya yang berada dua langkah di belakang.
“Kalau tak tahu jangan nak menuduh
melulu.” Bidasku geram.
“Aku tak tuduh tapi bercakap mengikut
keadaan yang sebenar. Contohnya macam situasi sekarang. Disebabkan kau asyik
menunduk dan posisi kau sekarang berada di tengah-tengah jalan tanpa menoleh
kiri dan kanan bakal mencetuskan sesuatu contohnya... kemalangan.” Terang
Farhan bersahaja. Tangan kiri disimpan dalam poket seluar hitam. Baju Melayu
hijau muda yang dipakai membuatkan Farhan nampak hensem. Oh tidak! Kau memang
patut beli speck Mai. Desis hatiku.
Aku memandang jalan sebelum mengangkat
kepala pandang kiri dan kanan. Haah la! Aku kat tengah jalan raya. Macam mana
aku boleh tak nampak? Uish, kalau ada kereta tadi agaknya aku sudah
disembahyangkan kat surau sekarang.
“Kenapa? Anak hilang?” perlinya lagi.
Aku menjeling tajam. Kurang asam
betul! Sempat lagi perli aku. Anak
hilang? Kahwin pun belum nak kata anak.
“Sibuklah kau!”
Aku terus berjalan meninggalkan dirinya
di belakang. Lantak kaulah nak bebel ke nak apa ke kat belakang. Yang penting
aku gerak dulu! Tak sanggup dekat dengan dia woo. Jantung berdebar je! Langkah terpaksa diperlahankan agar tali
selipar tak terputus. Ya Allah, janganlah selipar ni putus lagi.
Farhan membuntutiku dari belakang. Dia terlambat
untuk bergerak bersama-sama dengan mama dan papa, Aina serta Fareez kerana
‘tuntutan alam’ yang perlu dibereskan. Nasib baik dia sempat keluar dari rumah opah,
jikalau tidak pasti dia dikunci dalam rumah itu.
‘Itulah Han. Makan semalam tak hingat dunia. Sedap sangat agaknya lauk
yang opah masak tu. Sekarang memang padan muka. Pagi-pagi buta dah kena
bereskan ‘hajat’ lepas tu bertekak dengan minah senget ni,’ kutuk hatinya.
Melihatkan gadis di hadapannya
membuatkan dia simpati. Keluhan dilepaskan sebelum melajukan langkah ke sebelah
Humairah.
“Tanggalkan selipar tu,” arah Farhan.
Aku yang sedang berusaha untuk sampai
ke surau terkejut. Huh! Nasib baik tak ada sakit jantung. Yang dia apehal
tiba-tiba berdiri sebelah aku?
“Jangan dekat-dekat boleh tak?”
bengangku. Aku cuba menjauhkan diri darinya tapi Farhan mendekatiku. Aku
hairan. Apa mamat ni nak? Farhan buat muka selamba.
“Tanggalkan selipar tu.” Ucapnya lagi.
Aku mengerutkan dahi. “Apesal pulak?
Hey, dengar sini ea! Walaupun selipar aku ni tinggal nyawa-nyawa ikan, tapi ia
masih boleh digunakan tau!” yakinku.
Serentak itu tali selipar Roxy terputus. Aku terlopong. Tali terputus? Berlubang seliparku di bahagian
tengah. My lovely Roxy?? Oh noooooooo.....!!!!!!
Farhan di sebelah tersenyum sinis. Dia
memeluk tubuh. “Masih boleh digunakan lagi ke cik adik?” perlinya.
Aku menggigit bibir. Malu! Kurang asam
betul mamat ni. Sempat lagi perli. Tulah Mai. Kau confident sangat. Kan dah tercabut terus! Depan mamat berlagak
pulak tu. Getus hatiku. Huwaaaggghhhhh! Malu yang amat sangat!
Melihatkan gadis itu tidak menjawab
pertanyaannya membuatkan Farhan masih mahu mengusik, “Aik? Dah tak ada suara
nak cakap? Selipar putus terus jadi bisu?”
Aku memalingkan wajah. Benci tau! Sudah
sudah la nak kenakan aku! Rasa macam nak tampar je mulut ni. Mulut takde insurans. Me and my big mouth! Sekarang aku nak mogok! Tak nak cakap dengan
orang yang dah buat aku malu. Hmmph!
Farhan menyembunyikan senyuman. Rasa
nak tergelak pun ada tengok minah senget ni. Hailah... tadi penuh confident dia cakap. Sekarang muka
monyok je. Terus bisu! Merajuk ke? Tapi kalau diikutkan minah senget ni jenis
hati keras, rock kapak. Mana layan jiwang-jiwang like merajuk kan? Telah Farhan.
Aku terus mengambil selipar dan tali
yang terputus dengan tangan. Kemudian aku terus berjalan menghala ke surau yang
kurang dari 300 meter di hadapan. Jalan berkaki ayam! Tadi aku cakap Yana anak
ayam, sekarang aku pula yang berkaki ayam! Ini yang orang kata makan tuan. Kena
balik pada diri sendiri.
Terbit perasaan kasihan dan simpati
pada Humairah yang perlahan-lahan berjalan di depan. Farhan, kenapa kau
tiba-tiba lembut hati? Bukankah selama ini kau benci dengan Humairah? Tidak
ingatkah engkau pada kejadian masa di sekolah dulu? Pelajar itulah yang
melemparkan duit padamu? Pelajar itulah yang didenda oleh kau kerana
kelewatannya menghadirkan diri di stadium. Dan pelajar itulah yang membuatkan
kau terlibat dalam perjanjian ini. hati Farhan berbicara sesama sendiri.
Farhan keliru. Farhan pening. Farhan
buntu.
Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan
sekarang. Pertunangan itu bakal berlangsung esok. Hanya orang-orang terdekat
saja yang tahu. Dia tidak mahu perkara ini dihebohkan. Dan dia juga tidak
sukakan populariti. Pandangan dilontar pada Humairah yang jauh ke depan bersama
selipar putus ditangan. Bersama keluhan dia berlari kepada gadis itu.
Aku terkejut tatkala Farhan berada di
sebelah. Mamat ni memang suka buat aku terperanjat la! Aku sepak kang sampai ke
bintang kau nanti. Dah lah jauh kena tinggal dengan keluarga. Yana mesti
tercari-cari mana aku. Opah mesti susah hati. Tapi surau tu dah nak dekat kan?
Tak apalah. Nanti aku cerita pada mereka.
“Pakai sandal aku ni.” Farhan
menanggalkan sandal ADIDAS miliknya lalu diletak di hadapanku membuatkan aku
tergamam. Tak sangka. Terkedu aku seketika. Langkah dihentikan serta merta.
“Kau ni kan me....” pintas Farhan
memotong percakapanku.
“Aku dah biasa jalan guna kaki ayam.
Kau tu dah ada wudu’. Nanti terpijak apa-apa macam najis kan susah? Kalau
terkena kaki boleh juga basuh tapi kalau terkena kain macam mana? Sanggup cuci
kain kat surau?” Farhan mula berceramah. Suaranya yang lembut membuatkan hatiku
cair. Kenapa? Kenapa pagi ni dia nampak lain?
Aku terpempan. Masih lagi merenung
sandal itu dengan perasaan yang bercampur baur. Farhan memalingkan wajah ke
tempat lain seraya mengeluh. Tengok tu. Degil! Orang dah bagi tak nak pulak!
Jual mahal. Minah senget memang tak lari dengan perkataan degil.
“Pakai!” baruku dengar suara Farhan
yang tegas hari ini. Rasa rindu pula dengan suara dia kat sekolah. Haish,
nampaknya kau kena check telinga
pulak Mai! Dengan perasaan malu, teragak-agak aku menyarungkan kaki pada sandal
miliknya. Farhan tersenyum puas.
“Dah jom. Nanti lambat nak solat.”
Farhan mengajakku ke surau. Aku mengangguk perlahan. Malu nak angkat muka
pandang wajah orang sebelah. Sudahnya kami sama-sama memasuki pintu pagar surau
As-Syakirin.
Satu persoalan yang muncul dalam benak
fikiran. Kenapa dia baik sangat hari ni?
***
Kami sama-sama beransur keluar dari
surau setelah selesai tazkirah pagi dari Imam Khalid. Banyak yang aku pelajari
hari ini. Tadi Imam Khalid ada menerangkan tentang pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan. Dia kata anak-anak zaman sekarang sudah jauh dari agama. Pergaulan
bebas merata-rata. Jangan tengok kat kota raya aje. Kat kawasan kampung pun
sudah berlaku. Malah ini bagaikan satu ikutan. Anak-anak muda sekarang sudah
lupa tentang solat, lupa baca al-quran, lupa menjaga adab dengan ibu bapa malah
orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka mementingakan duniawi dari
akhirat. Bayangkanlah, sedangkan ibu bapa yang membesarkannya tidak dihormati bagaimana
pula dengan Allah SWT yang menciptanya? Bagaimanakah dengan rasul yang wajib
kita turuti segala perintah dan sunnahnya? Selalu saja kita menyebut tentang
rukun islam dan rukun iman. Dalam rukun iman kita selalu menyebut percaya
kepada Allah dan percaya kepada rasul. Mana hilangnya kepercayaan kita? Kita cakap
saja percaya tapi adakah kita laksanakan? Inilah yang dinamakan bukan muslim
sejati. Perkataan muslim itu hanya pada kad pengenalan diri tapi bukan hati.
Imam Khalid sempat menegaskan sesuatu sebelum kami bersurai.
“Kita hendaklah sentiasa mendekatkan
diri dengan Allah. Banyak lakukan solat taubat, melazimi zikir, baca al-quran
dan amal kebaikan yang lain kerana kita tidak tahu bilakah nyawa kita akan
diambil. Orang yang mengatakan dirinya tidak berdosa adalah seseorang yang
terlalu banyak dosanya dengan Allah sebenarnya. Jadi perbaiki diri kita dan
selami hati kita. Tepuk dada tanya selera. Semoga Allah memberi hidayah kepada
kita semua.”
“Kak, selipar akak mana?” pertanyaan
Yana menyedarkan aku dari lamunan. Selipar ADIDAS milik Farhan tersedia di anak
tangga. Takkan nak pakai sandal dia lagi kut?
Suara-suara yang dikenali sudah pun
kedengaran. Pantas kami memusingkan kepala. Tampak Imam Khalid rancak berbual
dengan Farhan. Sesekali mereka ketawa.
“Lama sudah pakcik tak jumpa kamu. Dah besar
panjang rupanya. Makin kacak.” Imam Khalid ketawa.
Farhan tertunduk malu. “Tak adalah,
pakcik. Biasa-biasa aje saya ni.”
Imam Khalid ketawa lagi. “Eh! Pakcik ingat
dulu masa kecil kamu selalu bersama dengan seorang budak lelaki. Mana dia
sekarang?”
“Oh, tu Izuan. Dia akan datang sini
hari ni. Nanti bolehlah saya bawa jumpa pakcik nanti.”
“Yelah. Jangan lupa. Pakcik tunggu di
rumah.” Imam Khalid berkata. Dia bersalaman dengan Farhan dan Fareez sebelum
bergerak meninggalkan surau. Sempat dia berbalas senyuman dengan kami dua dara.
“Eh, kenapa tak balik lagi?” tegur
Fareez ramah.
“Selipar Kak Maira hilang.” Yana
menjawab bagi pihakku.
“Hah?! Hilang? Macam mana boleh hilang?”
Fareez menggaru kepala. Yana mengangkat bahu. Aku membisu. Nak cakap perkara
sebenar tapi malulah pulak. Adik dia ada sekali. Nanti lebih-lebih pula adik
Farhan ni kang.
“Habis tu macam mana nak balik?” soal
Fareez lagi.
Kali ini kami berdua serentak
mengangkat bahu. Pecah tawa Fareez. Farhan tersenyum.
“Balik je la. Nak buat macam mana. Dah kena
curi.” Sengaja aku menyebut perkataan curi bagi mengaburi mata mereka semua. Farhan
tersenyum sinis.
“Pakai je la sandal tu. Bukan kena
samak pun.”
Aku mulai gelisah. Pandangan Yana dan
Fareez bersilih ganti buat aku rasa nak terkencing. Janganlah dia orang syak
yang bukan-bukan!
“Balik dulu. Jom, Yana.” Cepat aku
menarik tangan Yana lalu berjalan laju meninggalkan jejaka berdua. Kalau duduk
situ lama lagi, pasti Farhan akan membongkarkan rahsia. Huwaahhhh! Aku dah la
malu dengan kes subuh tadi.
Fareez menghantar mereka dengan
pandangan tak mengerti. “Pelik betul dia orang ni.”
Farhan ketawa kecil sebelum
menyarungkan sandal miliknya yang diberi pinjam pada Humairah awal pagi tadi. Kemudian
mereka sama-sama berjalan sebelum terdengar Fareez berleter.
“Dia orang ni kan kalau dah minum air
dalam plastik bukan nak buang dalam tong sampah. Suka buang sampah merata-rata.
Dia orang tak tahu ke sekarang ni kita tengah lancarkan bumi hijau?” bebelnya
sebelum mengutip sampah sarap yang bersepah di pintu pagar surau.
Farhan menggeleng sambil tersenyum. Tangan
diseluk dalam poket seluar. Adiknya itu memang jenis pembersih. Matanya cukup
anti bila nampak benda bersepah dan banyak sampah terutama dalam rumah dan
bilik tidur. Memang berleterlah dia sampai penat! Kalah mama. Mama pun boleh
pencen kalau macam tu.
Fareez berjalan ke arah tong sampah
berwarna hitam sebelum membuka penutup. Saat dia mahu membuang sampah dalam
tong yang berada dalam genggaman tangannya, matanya tertacap pada sesuatu yang
amat dikenalinya.
“Eh, ni bukan ke... selipar... Kak
Humairah???” Fareez tercengang.
***
PINTU premis Seven Eleven ditolak ke
dalam. Tempat yang dituju ialah bahagian air. Tekaknya sudah kehausan bagaikan
berpuasa satu hari walhal dia baru saja meneguk air di rumah. Air ini dibeli
untuk bawa bekal ke kampung. Selepas ambil dua botol air 100% plus, dia
bergerak ke arah tempat menjual makanan ringan. Satu keropok twisties diambil
sebelum berjalan ke kaunter pembayaran.
Sedang kakak kaunter itu mengira
barangnya, seseorang datang dari arah belakang lalu meletakkan botol air
mineral bersebelahan dengan barang miliknya.
“Dik, kira saya punya sekali ya?” kata
pemuda itu. Kakak kaunter itu mengangguk lalu meminta dia bersabar.
Budak perempuan itu tersentak. Apa kes
main rapat-rapat dengan orang ni? Dah tu tak reti nak bersabar? Main redah je. Ikut
queue la! Gelojoh betul! Bebelnya dalam
hati.
Pemuda itu baru tersedar badannya
begitu rapat dengan gadis di sebelahnya itu. Segera dia menjauhkan diri.
“Sorry,
miss.” Ujarnya seikhlas hati.
“Hmm,” budak perempuan itu bersuara
dingin. Wajahnya tidak menoleh langsung kepada jejaka itu. Hanya statik di depan.
Pemuda itu dapat rasakan yang gadis itu
seakan dingin dengannya. Dia tidak kisah asalkan dia sudah memohon maaf tadi. Salahnya
juga kerana nak cepat sehingga melanggar tubuh orang dan barisan.
“Semua sekali RM5.80, cik.” Kata kakak
kaunter itu.
Budak perempuan itu segera mengeluarkan
purse dari poket seluar. Lantas dia mengeluarkan wang seperti yang dinyatakan. Pemuda
di sebelah melihat saja lagak gadis itu. Wajah gadis itu tidak dapat dilihat melalui matanya kerana gadis itu membelakanginya. Namun matanya dapat mengesan sesuatu. Sesuatu
yang bisa membuat jantungnya berdegup lebih kencang dari biasa. Sesuatu yang tak terduga! Sepotong gambar
yang dipotong empat segi tersisip kemas di dalam purse hitam milik gadis itu ditenung lama. Gambar seorang gadis sedang tersenyum manis sambil
membuat peace. Gadis yang cuba
dicarinya selama ini setelah hampir lima tahun dan orang itu ada disebelahnya
sekarang. Bukan mimpi tapi realiti! Wajah yang membuat tidur malamnya
terganggu. Wajah yang dirindui...
“Aliyah?”
p/s: hai semua... new entry... hope suka okeh! :)