BAB 13
Minggu
ini, kami student aspura dan aspuri dibenarkan pulang
setelah dua minggu huni asrama. Telefon bimbit yang mendendangkan lagu Bad
Romance dipopularkan oleh Lady Gaga berdering di atas katil. Aku
mencapainya dengan malas.
"Assalamualaikum
akak.. kami dah sampai ni." ujar Yana membuatkan aku bangun dan terus
menyelak langsir di tepi katil. Kelihatan kereta Saga hitam kepunyaan abah
sedang terparkir elok di tempat letak kereta.
'Dah
sampai'. keluhku perlahan. Kalau dulu, aku memang sentiasa menunggu kedatangan
mereka tapi sekarang feel nak tunggu tu macam dah hilang.
"Mai,
tadi aku nampak kereta family kau ada kat bawah. Dia orang dah
sampai." semput-semput si Iman ni bercakap. Mana taknya. Dia berlari-lari
dari Astaka Seri Dewi ke Dorm Angsana 1 semata-mata nak bagi tahu keluarga aku
dah datang.
Aku
tersenyum hambar.
"Tau.
Yana dah call aku." Aku mencapai tudung
berwarna hitam yang tersedia di birai katil. Malah sudah digosok kemas sebelum parents tiba. Aku kelihatan tak bermaya
sekali. Lambat-lambat aku memasangkan pin pada tudung. Setelah siap, aku pun
mengambil beg pakaian untuk dibawa balik ke rumah hari ini.
“Mai,
kenapa kau muram ni? Selalunya time balik kau happy je. What’s wrong dear?”
Aisyah bertanya lembut. D dan Iman turut sama menanti jawapan. Hanya Wana
mendiamkan diri. Dia saja yang tahu hal itu.
“Tak
ada apa-apa. Aku okey.” Balasku.
“Baik-baik
tau. Apa-apa hal roger okey?” D
memeluk erat tubuhku kemudian Iman dan Aisyah. Seterusnya Wana.
"Okey...
aku pergi dulu. Korang pun kalau dah sampai rumah tu calling-calling tau. Lebih-lebih lagi si kerempeng ni."
ujarku bernada gurauan sambil mengangkat beg pakaian.
“Hey!
Janganlah panggil kerempeng! Tak vogue
tau.” Cebik D.
Meledak
tawa kami berempat. D memuncungkan mulut.
Beberapa
pelajar lain yang sedang berkemas-kemas hanya terpinga-pinga melihat kami. Aku
hanya memberi senyuman kepada mereka. Kebanyakannya dari kelas sains tulen dan
pelajar junior. Dalam dorm angsana 1 ini, penghuninya tak lebih dari 10
orang. Bukan dorm angsana 1 saja, malah setiap dorm mesti tak lebih dari 10
orang saja penghuninya. Namun begitu, kami tetap berkawan seperti biasa.
Selepas
bersalaman dengan mereka, aku terus menuju ke arah kereta Saga yang dipandu
abah.
"Assalamualaikum.."
salam aku beri kepada mama, abah dan adikku. Lalu mereka menjawab dengan senyum
melebar. Abah memulakan pemanduan ke Kluang. Semasa dalam kereta, soalan Yana
kerap membuatkan mukaku berbahang.
"Ma,
tengok Kak Mai sekarang. Makin ayu la. Berseri-seri dengan baju kurung biru dia
tu..." kata Yana sambil tersenyum nakal.
Aku
buat muka. Baju kurung biru yang tersarung di badan aku tilik.
"Kalau dulu, nak tengok dia pakai baju kurung punyalah susah. Selalu dengan t-shirt dan jeans. Sekarang bolehlah tengok selalu." sambung Yana lagi. Semua ketawa.
Aku meluku kepala Yana. Suka sangat sakat aku!
"Emm..
betul tu. Makin lama makin ayu anak mama yang sulung ni. Makin anggun. Hai..
untung siapa yang dapat anak mama." usik mama pula membuatkan aku rasa nak
masuk kepala dalam baju. Kenapa tiba-tiba nak puji-memuji ni? Ni mesti ada pape ni! omelku.
"Hai...
mestilah mamanya. Kan anak kita tu bakal dimiliki orang. Aura tu dah melekat la
kat anak perempuan sulung kita. Untung Uncle Umar tengok kamu Mai. Abah rasa cepat
kut dia langsungkan nanti." sakat abah pula berpakat dengan mama dan Yana.
Pipi dah mula membahang merah. Asalehe betullah!
"Tengok,
ma! Dah blushing.."
serentak ketawa mereka pecah di dalam kereta membuatkan aku menarik kain tudung
yang dipakai lalu menutup muka. Muka tak payah cakap la. Merah! Malu gila!
***
Aku
sedang berlingkar-lingkar macam ular sawa di atas katil. Baru sahaja selesai
mengemas rumah. He he he! Bukan aku yang kemas sebenarnya. Yana
yang kemas. Aku hanya kemas separuh sahaja, yang lain aku serahkan kepadanya.
Muncung mulut Yana apabila aku suruh dia buat semua.
"Mana aci kak!
Akak la yang patut buat. Akak yang nak bertunang." rungut Yana.
Muncungnya bagaikan muncung itik.
Aku bercekak pinggang kononnya marah dengan jawapan yang diberikan.
"Haip!
Apa aci-aci? Sekarang
siapa akak siapa adik?
Yang muda mesti ikut cakap yang tua. Ada faham?" ujarku sambil membuat
gaya ala-ala diktator. Mata yang kecil diperbesarkan.
Yana
hanya mencebik.
Khayalanku
terbantut apabila telefon bimbit menjerit-jerit mendendangkan lagu Bad Romance.
Aku
terus bangun lalu mengambil handphone di atas meja solek. 'Safwana' nama
pemanggil yang aku letakkan di dalam phonebook tertera di skrin.
"Hai
beb. Dah sampai ke?" soal Wana setelah aku menjawab salamnya.
"Dah.
Sejam yang lepas." jawabku sambil melentang di katil.
"Sejam? Weh, kita orang punyalah tunggu kau telefon. Alih-alih dah sejam sampai pun masih tak call?" rungut Wana di talian.
Aku tersengih sambil menggaru kepala. Lupa la pulak!
"Sorrylah, kak exco. Saya tadi makan dulu lepas tu solat then baru nak baring-baring merehatkan diri di atas katil kesayangan. Memang saya lupa. Tadi pun saya kena mengemas rumah memandangkan akan ada tetamu yang datang." terangku panjang lebar.
"Kalau ya pun, mesejlah. Ini satu apa pun tak ada." Wana masih lagi menyatakan ketidakpuashatian.
"Sorry sayang..."
"Hmm... macam mana persiapan? Okey?" pertanyaan Wana sudah beralih arah.
"Hmm." balasku pendek. Ahh! Minah ni tak lain tak bukan mesti sibuk dengan perjumpaan 'bakal mertua' aku tu. Aku menguap malas.
"Aik? Bunyi macam tak happy je? Apesal?" soal Wana.
"Aku penatlah Wana. Dah lah balik tak dapat berehat lagi. Lepas tu kau serang aku dengan soalan yang paling aku fed-up. Penat tau tak?" omelku sambil mengurut tengkuk yang lenguh.
"Iya
la tu. Kau jangan nak tipu aku la. Aku kenal kau macam mana. Walaupun kita baru
kenal tahun ni tapi aku dah tahu kau macam mana." selamba Wana berkata.
Aku
mencebik. Pandailah kau! Nak menilik orang, serah aje pada minah Melaka ni!
"Oi
agak-agak sikit ek! Jumpa pun belum nak kata dah tunang. Never!" marahku.
"Alah
kalau dah suka tu belum jumpa pun dah terima punya kan?" usik Wana.
"Dah
la. Aku malas nak fikir. Tidur lagi baik!" putusku.
"Hmm yela.. nak mimpikan cik abang la tu.
Jangan lupa kirim salam sekali kat dia eh." kata Wana sambil ketawa kecil
sebelum mematikan telefon.
Aku
meletakkan telefon bimbit di sebelah bantal. Fikiranku mula melayang
mengenangkan hari esok.
Macam
mana rupa dia agaknya. Ada gigi ke? Ada janggut ke? Ada misai ke? Kaki kena
potong ke? Lubang hidung sebelah kiri takde ke? Atau buta sebelah macam lanun ke?
Hatiku tertanya-tanya. Dan siapakah Uncle Umar? Sewaktu dalam kereta tadi abah
sering kali menyebut mengenai lelaki itu. Bukan dalam kereta, malah sebelum ini
pun dia asyik bercakap mengenai lelaki itu. Katanya dulu aku selalu
bermain dengan anak lelakinya, Amirul. Amirul? Siapa ya? Aku hanya kenal dengan
seorang budak lelaki bernama Amirul waktu kecil dulu. Amirul tu bukan ke budak
yang suka buli aku? Diakah yang bakal disatukan denganku? Oh tiidddaaakkkk!!!
Jumpa balik. Tapikan macam mana rupa dia sekarang? Adakah makin hensem? Atau
makin comot? Atau makin nakal? Ahh! Malas nak fikir. Tidur lagi baik!
***
"Angah
dah sedia?" seorang lelaki sekitar lima puluhan bertanya kepada
anaknya sambil mengambil tempat duduk di sebelah anak lelakinya itu. Kini
mereka berada di balkoni bilik anaknya.
Farhan
kelihatan terkejut apabila disapa begitu. Hilang sudah khayalannya.
Pandangan yang menghala ke langit kini dialihkan ke arah papanya.
"Sedia
apanya, pa? Bukan pergi berperang pun." Farhan berkata sambil tersenyum.
Namun dalam hati dia kegusaran kerana belum pernah perkara sebegini terjadi
dalam hidupnya. Inilah kali pertama.
Papa
Farhan mengeluh. Tahu anaknya serba salah mahu memilih.
"Han,
papa dan mama buat semua ni untuk kebaikan Han juga. Kami tak nak Han pilih
orang yang tak sepatutnya. Kami mahukan yang terbaik. Dan papa tak mahu Han
jadi seperti along." sambung papanya lagi.
"Pa,
Han tak kisah. Apa yang terbaik untuk papa dan mama, baiklah juga untuk Han.
Han terima andai ni jodoh Han." ujar Farhan setelah berdiam diri dan
akhirnya memberi kata putus. Dia memandang ke arah langit yang ditaburi
bintang-bintang. Tampak cantik sekali. Hatinya menjadi lapang melihat ciptaan
Allah SWT.
"Alhamdulillah.
Bagus anak papa ni. Papa pasti pilihan papa dan mama ni adalah
pilihan terbaik untuk Han." kata papa Farhan sambil tersenyum lebar. Bahu
Farhan ditepuk perlahan.
Sejak
bertemu empat mata dengan sahabat lamanya di masjid kota Johor Bahru itu
secara tak sengaja, dia menyatakan hasrat yang telah lama dipendam. Mengenai
perjanjian untuk menyatukan anak-anak mereka sewaktu di kampung dahulu dan kini
genaplah usia teruna dan dara itu mengikut syarat dan terma perjanjian. Tak
sangka yang dia akan berjumpa kembali dengan sahabat lamanya. Dia juga mencari
sahabat karib bernama Emran Syakir di serata tempat. Tidak sia-sia berpindah ke
bumi selatan Malaysia itu selepas 5 tahun duduk di Pulau Pinang kerana
pekerjaan. Dapat ketemu dengan kawan karibnya amat menggembirakan hati tuanya.
Harapannya adalah ingin mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada dengan
terikatnya perjanjian seperti ini.
'Ya
Allah, semoga hubungan persahabatan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.
Moga-moga kita berbesan, Syakir..' doa papa Farhan dalam hati.