BAB55
PETANG
yang sangat membosankan! Berpuluh-puluh rengusan dan keluhan kulepaskan tapi
tak dilayan. Sakit hati mak! Semua khusyuk dengan kerja didepan mata. Seakan
tak nampak satu hamba Allah yang dah berasap megalahkan serombong asap kilang
batu bata! Moodku pada mulanya bersemangat nak buat studygroup petang itu,
terus merundum ke level negative apabila wajah yang paling menyampah ada bersama
untuk sesi kali ini. Sangat spoil! Walaupun jauh jarak antara kami tapi aku
tetap menyampah! Tetap tak suka! Eii benci! Benci!
“Oi!
Dah travel sampai mana? Pulau Jerejak?” Wana mencucuk pinggangku dengan buntut
pensil mekanikal. Cepat aku menepis kasar.
“Bukan
setakat Pulau Jerejak. Dah sampai Timur Tengah dah.” Bidasku geram. Berapa kali
aku cakap jangan cucuk pinggang aku! Minah ni memang tau! Gigit kang.
Wana
buat muka tak percaya. “Serius? Part mana dah? Dalam bilik eh?” terus saja
bahunya aku debik dengan buku rujukan komsas berkali-kali. “Eii! Otak kuning
betullah kau ni! Nah! Amekaw! Kaw-kaw aku bagi! Ni part dalam bilik yang kau
cakap tu! Ambik! Ambik!”
Terkekeh-kekeh
Wana gelak sambil cuba melepaskan diri dari dikerjakan Humairah yang menggila
itu. Namun suara mengaduh membuatkan semua mata menala ke arah kami berdua. Aku
memegang perut dengan muka berkerut. Sepasang mata dari jauh merenung semacam.
Dahinya berkerut hingga menampakkan urat. Wajahnya juga kelihatan panik.
“Kenapa
Mai?” Wana sudah cemas. D, Iman dan Aisyah segera mengelilingku. Aku menggeleng
kepala.
“Tak
ada apa. Cuma rasa berdenyut sekejap tadi. Rasa sakit dekat bahagian operation
tu.” Perut kuraba ke sebelah kiri. Jahitan terbuka ke?
Mereka
menghembus nafas lega. Namun kebimbangan tetap terukir diwajah masing-masing.
Aku mendongak. “Wei! Aku belum mati lagilah. Sakit sikit je pun. Tak payahlah
feeling sangat.” Usikku.
Satu
tepukan hinggap dibahu kanan membuat aku mengaduh lagi. Kali ini lebih kuat
erangan. “Sakitlah aci! Kau dah kenapa pukul bahu aku? Nak makan penumbuk aku
gamaknya.” Bentakku.
“Kau
tulah! Sebut-sebut pasal mati apehal? Isk!” bangkang Iman. Dalam bulan puasa
sebut pasal mati, memanglah aku marah! Walaupun sunat mengingatkan kematian
tapi rasa takut itu tetap ada. Sudahlah kelakuan semua orang pelik-pelik hari
ini. Pertama, Farhan senyum pada Ammy. Kedua, Aisyah tak bagi aku bagitahu Mai.
Ketiga, Mai dah start rasa sakit-sakit? Tengoklah macam yang berlaku beberapa
hari lepas. Dia pengsan dalam toilet. Keempat? Tak tahu nak cakap apa. Tunggu
sajalah apa yang bakal terjadi. Jangan kata Farhan dengan Ammy ada skandal
sudah. Harus dia minum Clorox nanti!
“Tulah!
Ganas-ganas lagi. Dah tahu awak tu belum sembuh sepenuhnya ada hati nak buat
acara wrestling dekat astaka.” Sindir Syafiq di meja hujung.
“Kau
diamlah, apek!” jerit Wana. Sibuk je apek jual sayur tu!
Aku
mencebikkan bibir. “Bukan aku yang mula dulu. Ni!” jari telunjuk dihala tepat
ke batang hidung Wana. Hampir juling gadis itu. “Bini kau ni yang kerjakan
aku.” Mencerlung mata Wana. Lenganku dicubit-cubit bengang. Mengaduh aku
kesakitan sambil tergelak kecil melihat airmuka Wana berubah. Syafiq sudah
tersengih kerang busuk dikerusinya.
“Eii!
Apa pulak aku yang kena? Mulut kau memang nak kena tonyoh dengan cili kering,
kan?” berasap sudah sahabat aku yang seorang ni. Sensitive sangat bila nama
apek jual sayur itu disebut. Kesakitanku berselang seli dengan gelak ketawa.
Inilah yang aku nak. Meriah!
Dimeja
sebelah sana…“Baru sebut bini dah sengih macam kerang tak gosok gigi.” Seloroh
Hakim.
Syafiq
menjeling. “Jeles cakap je la. Tak payah nak berperibahasa dekat sini pulak.” Hakim
buat muka jelik. Aku yang hensem mengalahkan Aaron Aziz ni nak jeles dekat kau?
Tak kuasa mak! Kalau arnab aku dapat kembar 10 baru aku cemburu. Eh???
Syafiq
dah buat pengakuan pada teman-teman aspura yang dia dah tangkap cintan dengan
singa jadian. Siapa lagi kalau bukan Wana. Lebih gagah dari kingkong! Mahunya
kingkong lucut jawatan kelak lepas tahu ada spesies lain menyerupainya. Tapi
dia belum beritahu pada gadis itu. Biarlah dia simpan dulu. Cadangnya lepas tamat
SPM. Atau mungkin disimpan dalam hati saja…
“Mai,
okey tak?” teriak Izuan kedengaran dimeja satu lagi. Agak jauh sikit dari meja
kami yang perempuan. Akan tetapi suaranya yang macho itu cukup menggamit
beberapa pelajar perempuan yang kebetulan lalu lalang di tepi taman astaka.
Akan tetapi mereka tidak berani untuk melalui kawasan pondok cendawan
memandangkan ada hot stuff disitu. Terintai-intai sang kumbang berketurunan
pahlawan idaman setiap dara. Tak malu betul bunga ni. Coverlah sikit dik oii…
Aku
angguk. Dua jari diangkat. “Peace.” Aku sengih. Izuan menghembus nafas lega.
Sekejap dia kerling pada manusia disebelah. Tekun mengulangkaji Biologi. Tadi
kemain panik. Sekarang buat dono je? Farhan… Farhan… Izuan kembali menunduk
menyambung tugasan. Tapi tiada siapa nampak dibawah meja tersebut jari
seseorang ligat menaip sesuatu pada telefon canggihnya.
Tit…
tit…
Cepat-cepat
handphone dikeluarkan dari kocek tracksuit kelabu bila nada dering message
berbunyi. You have received one message. Pantas folder itu dibuka.
Tit…
nama sang penghantar melompat naik bersama ayat-ayat ‘manisnya’ di skrin
telefon.
+ Ok or not? Lps buka mkn ubat. If tak ok lg,
bgthu aku. Hospital!
Aku
mengherotkan muka. Jelik! Apa sibuk pasal aku? Pergilah dekat minaci ‘wanted’
tu. Saja nak tunjuk baik depan Izuan la? Ke nak tunjuk kau ambil berat pasal aku
depan kengkawan aku? Aku mengangkat muka memandang dia yang tekun study.
Seperti tiada apa-apa terjadi. Muka bajet alim! Huh! Aku menjuih bibir lagi. Kau
memang pandai berlakon. Dengan minaci tu bukan main lembut cakap. Manis mulut. Dengan
aku macam hampeh! Hantar mesej macam minta kasut saiz 6 hinggap di pipi. Tegas,
tegang dan serius! Macam aura dia dekat sekolah. Opss sorry. Kali ini aku
takkan termakan dengan lakonan caring kau tu. Silap orang nak main-main! Membara
dalam jiwa. Batin terseksa.
Mai,
kau jeles ke dia lembut-lembut dengan Ammy?
Of
course!
Sebab
apa?
He’s
my fiancée!!!!!
Aku menekan punat telefon satu per satu. Macam
nak lepas geram je. Habislah butang telefon tu jahanam dikerjakan Mai. Message
sending! Baru puas hati aku!
- No need ur attention anymore! Tq
Kocek
seluarnya bergegar menandakan ada mesej yang baru sampai. Tanpa memandang dia
mengeluarkan handphone canggihnya. Tercengang dia membaca enam patah perkataan
tersebut. Ayat makan dalam! Walaupun pendek cukup buat dia terasa hati. Bingkas
dia mendongak. Kebetulan mata gadis itu menarah ke sini. Dia mencerunkan
matanya. Aku tersenyum sinis sebelum mengalih tumpuan pada nota di atas meja.
Biar dia rasa macam mana aku rasa. Padan muka!
Tapi
adakah dia akan merasa apa Mai rasa? Soal akal.
Kalau
dia punya rasa yang sama, tentu dia akan merasai apa yang Mai rasai. Hati
menjawab tenang.
Membuak
api kemarahannya. Dengan kasar Farhan mencampak handphone di atas meja
hinggakan tidak sedar dia telah menganggu ketenteraman sahabat-sahabatnya yang
tekun mengulangkaji.
“Bro,
whatsup?” tegur Aizat. Keningnya dijongket sebelah. Tiba-tiba melenting.
“Nothing.”
Tegang suaranya tika itu. Aizat pandang Ashraff. Ashraff pandang Izuan. Izuan
jongket bahu. Semua tidak tahu apa yang berlaku pada ketua pengawas itu. Rambutnya
diramas kasar sebelum dengusan terpacul keluar. Nampak serabut sangat. Hilang
imej cool. Tapi still kacak beb.
Izuan
memberanikan diri menegur. “Err Han.” Farhan menoleh. Tampak matanya menyala
dengan api kemarahan. Waktu itu dia juga kecut perut sebenarnya.
“Arrr…
ni… arr… aku tak berapa faham. Tolong?” pintanya setelah didesak beberapa kali
oleh Aizat dan Ashraff. Dia juga hairan dengan Farhan. Entah apa yang merasuk
fikiran lelaki itu hinggakan dia meradang tiba-tiba. Tanpa sedar, dia terbagi
kertas yang salah.
Farhan
tidak mempedulikan tenungan rakan-rakannya lantas mengambil huluran kertas
tersebut. Kertas warna kuning itu diteliti tajuknya dan kemudian dia membaca
soalan. Kertas itu ditilik depan belakang. Senyuman sinis terpancar di
wajahnya.
“Wan,
kau ni sengaja ke apa?” sinis bicaranya.
Izuan
mengerutkan kening. Terkulat-kulat disitu. Dia tidak dapat tangkap maksud
Farhan. Matanya tiba-tiba tertancap pada kertas yang diberi. Aduh… tersalah
bagi kertas! “Err… kau… kau cakap apa ni?” pura-pura tak mengerti.
Farhan
merenung tajam. Kertas itu diawang ke udara. “This paper… trigonometric
functions is your favourite chapter! Solusion dia memang dah tertanam dalam
kepala otak kau. We, you and me always get full marked for this questions.
Tanpa bantuan aku pun kau dah memang genius jawab soalan ni.” Sindir dia lagi.
Izuan
menelan liur. Alamak… alasan apa nak kasi? “Arr… ni... aku terlupa la macam
mana jalan kerja dia.” Bohongnya.
“Oh
yeah? Apa motif kau kasi aku kertas ni?” dia menyoal semula bersama nada tegang.
Sinikal. Entah kenapa hati dia baran sangat petang ini. Tambahan dengan
kepuraan sepupunya itu bikin darah manisnya naik mencacak sampai tercabut
spring!
Izuan
sudah menggaru-garu kepala. Nak kata kelemumur banyak pun tak juga tapi sungguh
dia buntu untuk melontar semula balasan Farhan sebentar tadi. Hari ini lidahnya
kelu untuk menjawab. Tidak seperti kebiasaan. Punca utama dia tak tahu apa
masalah Farhan!
“Aku
nak pergi gents.” Farhan bangun. Waktu itu matanya menangkap anak mata
seseorang. Tajam direnung seperti menyampaikan mesej. Tapi ‘orang ini’ langsung
buat tak peduli dengan panahan ‘orang disana’. Ada aku kesah??? Baik study.
Trial dah nak dekat. Lainlah ‘orang tu’. Dah memang dilahirkan bijak pandai. Jawab
sambil pejam mata pun score A+. Kita orang? Emm hampeh! Tutup mata terus
tidurlah jawabnya.
Sedang
Farhan melewati meja cendawan yang dipelopori kaum Hawa untuk ke toilet,
kedengaran suara dari gadis cilik kelahiran Kedah. “Wei, Harez ni sape?”
Terhenti
langkah! Darahnya tiba-tiba berderau. Sebaris nama itu seakan mencabar
kewibawaannya! Sentap hati. Tangannya menggigil menahan genggaman yang semakin
erat dikepal. Kakinya ditekan kuat permukaan tanah sampai berbentuk tapak
selipar Adidasnya.
“Harez
ni budak Ibnu Sina. Masa dekat kem yang aku ceritakan tulah. Takkan dah lupa.”
Jelasku pada Iman tanpa menoleh. Nota komsas masih ditangga teratas. Cewahhh! Padahal
sebenarnya aku cuba sedaya upaya menahan mata dari merenung mamat tu. Bukan aku
tak nampak mamat tu jalan. Wana sudah mencuit-cuit jari aku guna buntut pensil
mekanikalnya. Aku buat tak tahu je. Buat macam biasa. Mujur D dan Iman
membelakangi mamat tu. Kalau tak mesti riuh dengan usik-mengusik.
Apa
class nak pandang dia? Orang tak sudi buat apa nak terhegeh-hegeh, kan? Macam satu
perumpamaan tu. Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang dah tak nak aku seribu
kali tak hingin! Hey, aku pun ada maruah tau!
Iman
angguk faham. “Ohh… ada-ada. Baru aku ingat.” Mesej Harez dibaca lagi. Kadang
tersenyum, kadang tersengih. Macam-macam memek muka! Budak seorang ni memang
kaki stalker. Mujur saja mesej antara ‘musuh’ sudah aku delete. Kalau tidak
naya je. Nombor ‘musuh’ tu pun aku ubah nama. Hikhik…
“Tak
sangka kau dah nyanyuk, Iman.” Tudungku ditarik ke belakang. Adesss… mengong
tau Iman ni. Tak cun dah aku! Iman kujeling tajam. Dia sengih je. Chait!
“Pakwe
baru eh, Mai?” usik D.
Aku
mengerdipkan mata. Berbulu D melihatnya. “Dah sah la tu boyfriend baru. Amboi,
tak cerita pun dekat kita orang kau pasang skandal. Macam ni kawan.” Faham dah
ayat rajuknya.
Aku
angkat bahu. Berlagak sikit. “Well, buat apa nak cerita nanti korang rembat.
Mengangalah aku jawabnya. Macam lagu Siti biarlah rahsia…” Aku menokok tambah
cerita. Saja kasi panas! Wana dan Aisyah hanya mampu menggeleng. Cerita nak
top! Padahal bohong semuanya.
“Eiii!
Jahat tau…” kami tergelak tanpa memikirkan ada telinga lintah mengintai
perbualan kami. Air liur ditelan kesat sebelum meninggalkan kawasan itu dengan
hati yang membengkak.
BUTIK
Ammelis padat dengan orang ramai. Mana tak ramai orang serbu kalau jualan murah
berlangsung. Harga yang sangat dinanti pelanggan. Diskaun sehingga 50%. Dalam
pada orang sibuk memilih dan mencuba berbagai jenis pakaian dalam butik
tersebut, ada seorang hamba Allah tersesat. Hendak kata rabun, tak juga. Nak
kata gila, muka cute habis hinggakan beberapa pekerja begitu asyik
memandangnya. Pandangan menggoda dihadiahkan pada lelaki itu namun mereka
mengeluh hampa apabila renungannya tidak dibalas. Hanya muka kayu ditonjolkan.
“Selamat
datang ke Butik Ammelis. Boleh saya bantu, encik?” kata si penjaga kaunter
dengan menggoda. Baju seragamnya yang agak sendat itu dibetulkan sedikit.
Hatinya meruntun tatkala si penarik perhatian sedang berdiri di depannya
sekarang ini. Oh nak pitam!
“Saya
nak jumpa dengan Tengku Ammylea Ruhaila. Dia ada?” soal pemuda kacak itu
berterus terang.
Gadis
bertag nama Tirana itu mengeluh kecewa. Balik-balik anak majikannya yang
dicari. Balik-balik anak Tengku Lisda yang dicari. Kenapa tak ada orang nak
cari dia? Dia good looking apa. Melayu-Jawa gitu… cantik, manis, tinggi lagi.
Okey stop pasal penjaga kaunter!
“Encik ada appointment dengan Tengku Ammy ke?”
soalan formal kepada setiap pelanggan.
“Tak
ada.”
“Oh
maaf, encik. Kami diarahkan untuk tidak membenarkan sesiapa pun bertemu dengan
Tengku Ammy jikalau tidak buat temu janji dulu. Sekian terima kasih.” Ujar
Tirana lagi. Dia mula menyambung tugasnya yang tergendala.
Pemuda
itu mendekatkan wajahnya pada Tirana buatkan Tirana menelan liur. Bau minyak
wangi Hugo Boss menusuk hidungnya. Wanginya… Hatinya bergetar tatkala matanya
direnung sedalamnya oleh mata si kacak. Indahnya ciptaan Tuhan.
“Call
the sweety princess now dan bagitahu kekasih dia datang. Do it now!”
Teragak-agak
Tirana mengangguk dan mendail nombor anak majikannya apabila keseluruhan
tubuhnya ditilik mata coklat itu. Fuh! Menggigil! Tulah nak goda sangat,
sekarang kau yang panasaran. Itu baru sikit.
Ammy
keluar dengan wajah ceria tatkala diberitahu pekerja mamanya bahawa ada orang
nak jumpa and orang tu siap kata dia boyfriend lagi. Oh so sweet! Tak sangka
dia akan datang. Warden kasi lepas pulak. Ah! Pandai-pandai dialah nak jawab
apa. Dia kan bijak like me. Ahah! Ammy mengibar rambut hitamnya. Kembang kempis
hidung Ammy apabila dipandang pekerja mama sebaik saja keluar dari office mama.
Mesti makan hati! Ada lelaki hensem cari Tengku Ammylea. Well, siapa tak nak
perempuan cantik and up-to-date macam dia. Sekali petik, 100 yang datang tau.
Berlagak
bebenorrrr….
Sampai
saja dikaunter, Ammy ternampak satu susuk tubuh sedang menyinding dikaunter
pembayaran tanpa menunjuk muka. Rambut Ammy dibetulkan sedikit. Gaun merah
jambunya ditilik kalau-kalau senget ke terkoyak ke terus kena potong markah.
Dengan bangga berkobar-kobar didada dia menyebut, “Hai sayang…” nada penuh
menggoda.
Pemuda
itu tersentak lalu berpaling. Senyuman kacak hampir membuatkan separuh pekerja
dalam butik itu cair. “Hai sayang…” dia mengenyitkan mata pada Ammy.
Kini
Ammy pulak yang tersentak. Hampir ternganga mulutnya memandang pemuda di
depannya. Buruk benar rupa terkejutnya saat itu. Paling buruk dari muka sememeh
baru bangun tidur! Jari telunjuknya dinaik-turun memandang lelaki tersebut. Dia
tak percaya manusia di hadapan ini sanggup datang mencari dirinya di butik.
Entah dari mana dia dapat alamat butik mama.
“Eriq?????!!!!”
Rasa
nak menangis pun ada. Lain yang diharap, lain yang dapat…
DORM
senyap. Semua sedang sibuk mengulangkaji pelajaran disaat-saat akhir.
Almaklumlah, peperiksaan percubaan SPM semakin hampir. Lagi beberapa hari saja.
Segala tunjuk ajar yang diberi guru sama ada di dalam kelas mahupun tuisyen
sekolah ditanam dalam minda. insyaAllah moga-moga boleh.
“Fuhh!
Aku rasa macam nak SPM betul.” Kata Iman sebaik lampu tidur dipadamkan.
“Kan
Cikgu Namisah pernah cakap, bayangkan trial tu SPM. Macam mana kita struggle
untuk trial, macam tu jugalah kita struggle untuk SPM. Lebih bagus kalau kita dapat
mark yang lebih baik untuk SPM berbanding trial.” Ujar Aisyah pula sedari tadi
mendiamkan diri.
“Emm
betul! Betul! Betul!” aku menyampuk. Bantal kepala kubetulkan sedikit agar
selesa. Bantal kontot (pendek) aku peluk sebagai pengganti beruang kutub dekat
rumah.
“Tapi
aku takutlah.” D gelisah.
“Nak
takut apa? Bukan kena pergi berperang pun.”
Terdengar
D mengeluh. “Aku takut result aku teruk. Korang tengok je la markah aku untuk
pertengahan. Merosot dari yang sebelum. Kepala dah tepu. Apa yang aku baca tak
masuk. Dan yang paling aku takut kalau result SPM aku lagi teruk daripada
trial. Masa tu mana nak letak muka? Sudahlah family letak harapan tinggi.
Yalah, mana ada family nakkan kegagalan untuk anak mereka kan? Tapi if benda tu
berlaku, macam mana? Kuasa Tuhan kita tak boleh melawan.” Ujar D seperti
anak-anak kecil.
Kami
menghela nafas panjang. Ada kemungkinan betul apa yang D ungkapkan itu. Tapi
takkan kita nak benda tu terjadi, kan? Tak nak bangkit ke? Terus ditakuk lama?
Betul semua itu kuasa Tuhan tapi Tuhan bagi kita akal untuk berfikir. Apa
gunanya akal kalau tidak digunakan sebaik mungkin?
“Trust
ourself. Be ourself.” Pesan Kak Wana selaku exco aspuri, pengganti Aisyah
sebagai kaunselor peribadi. Kami mengangguk. Yakin!
“Malaysia
boleh! Kami pun boleh!” kami serentak menjerit bersama-sama sebelum teruk dimarahi
warden.
“Woii!
Apa yang boleh-boleh?! Kenapa tak tidur lagi?! Tidur sekarang sebelum saya
suruh awak bumping 200 kali dekat bawah! Saya tak mahu dengar satu suara pun!
Tidur!” gertak warden aspuri yang kebetulan meronda kawasan blok kami.
Kami
cepat-cepat menekup mulut menahan tawa dari meletus. Warden malam ini
tersangatlah garang mengalahkan singa betina. Cikgu Namisah lagi baik. Huh,
bumping 200 kali? Ada yang kojol terus dekat sini kang. Sudahnya kami lena
sehingga subuh.
PAGI
yang nyaman. Aku dan Aisyah antara pelajar terawal yang datang ke sekolah.
Yeah! Pelajar cemerlang tau. Bukan macam korang. Malas! Haha. Kawan-kawan lain?
Hampeh. Dia orang masih lagi lambat-lambat di asrama. Mentang-mentang loceng
bulan puasa lambat berdenting, ambik kesempatan betul!
Kelas
sudah aku bersihkan cantik-cantik. Well, dah namanya pun AJK Kecantikan dan
Kebersihan Kelas mestilah da bomb. Kalau tak jangan panggil aku Humairah. Ehh??
Apesal pulak aku ikut gaya minah gedik tu? Euwww, selisih malaikat 44. Geli geleman
dibuatnya.
Sedang
aku membetulkan kertas yang senget benget di papan kenyataan bahagian depan,
ketukan dipintu jelas kedengaran. Dah aku dekat dengan pintu mestilah kuat kan
dengar. Apalah korang ni…
“Waalaikumusalam.
Masuk ajelah. Macam tak biasa. But please jangan buang sampah merata atau
sengetkan meja. Dah penat-penat aku susun cantik-cantik. Usik sikit je, aku
piat telinga korang seorang demi seorang.” Bebelku tanpa melihat gerangan yang
mengetuk pintu tersebut. Pin warna warni aku tekan pada kertas makluman di papan
gabus yang berbalut cantik. Siap ada reben lagi. Tengoklah jari jemari siapa
yang buat kan? Eii! Apesal pulak aku nak kena buat gaya minachi ‘wanted’ tu?
Adeh… stress!
“Ehem!”
Terhenti
gerakan tangan. Gulp! Aku menelan liur. Dehaman ini tersangat aku kenali.
Jantung dup dap dup dap macam nak terlompat keluar. Semakin lama semakin laju.
Aku masih statik di depan papan kenyataan tanpa menoleh sedikitpun. Dada
berdebar tak menentu. Kaki dah menggigil.
“Dah
tukar jadi patung pulak sekarang?” terdengar suara ‘orang itu’ menyindir. Aku
gigit bibir. Cis!
“Semalam
bukan main berani. Hari ni kenapa diam? Takut?”
Makin
kuat aku gigit bibir. Rasa nak menangis pun ada. Sakit…Pin warna warni itu aku
tekan sampai terpelusuk jauh ke dalam gabus. Masih tidak berganjak. Kerling pun
tidak! Mai, kenapa dengan kau ni? Apesal kau tak nak lawan? Hello, kau jangan
jadi lemah! Mamat tu main-mainkan kau je sekarang ni. Dia tu pelakon tahu tak?
Selama ni dia cuma mainkan perasaan kau. Dia saja buat kau suka dekat dia lepas
tu dia cemburukan kau dengan Ammy. Ini salah satu rancangan dia. Dia cuma nak
kenakan kau je atas sebab kau lemparkan duit pada muka hensem dia masa first
day pertemuan korang. Kan dia pernah cakap yang dia akan balas apa yang kau dah
buat. Takkan kau tak faham lagi? Dia memang tak pernah sukakan kau! He’s lying,
my dear…
Tapi,
kenapa dia bertunang dengan aku? Hati melirih pedih.
Dia
cuma nak main-main je lahhh! Hatiku yang satu lagi berbalas kata sendirian.
Sama ada ingin menidak atau mempercayai aku tidak pasti. Fikiran bercelaru.
Rasa sedih tiba-tiba bertandang di atma. Kau tipu aku Farhan…
“Apesal
tak nak pandang aku? Aku rasa aku bukan cakap dengan tunggul kayu. Aku sedang
bercakap dengan manusia. Ke kau jelmaan? Lainlah kalau diri tu dah
diisytiharkan as patung lilin.”
Sarkastik sungguh dia melontarkan ayat. Susuk tubuh pelajar yang
membelakanginya ditenung lebih dalam. Macam nak tembus je! Mata hazelnya sakit
merenung badan itu. Jiwa raga terseksa!
Aku
masih membisu…
“Kertas
ni nanti tampal dekat papan kenyataan. Jangan lambat turun perhimpunan.”
Sejurus demikian, dia terus berlalu meninggalkan kelas yang sunyi sepi. Aku
berpaling perlahan-lahan. Dia tiada! Mataku tertancap pada kertas putih yang
terletak elok di atas meja belajar tinggalan si dia.
Pertandingan
Hafazan Al-Quran Sempena Menyambut Kemuliaan Bulan Ramadhan
Jika
berminat untuk menyertai sila tuliskan nama, tingkatan dan kelas. Selepas itu
kertas ini akan dikutip semula oleh saudara Tengku Amirul Farhan bin Tengku
Umar. Tarikh pemulangan semula sehingga 12.30 tengahari ini. Sekian.
Entah
kenapa aku jadi sebak aku sendiri tidak tahu. Bukan pasal pertandingan akan
tetapi sebaris nama itu yang buat aku sedih. Mata sudah bertakung dengan
mutiara jernih dan bila-bila masa saja ia akan turun membasahi pipi.
KELAS
hingar bingar dengan suara pelajar. Kelas ini tak ubah seperti pasar malam.
Yang sana terjerit, yang sini terpekik, yang sinun melalak. Bulan puasa tak
bulan puasa, mereka tak akan membenarkan sama sekali kelas sunyi sepi. Hidup
mesti meriah bak kata Putera. Sekeh juga kepala mamat tu karang.
“Mai,
apesal aku tengok kau lain macam je sekarang ni? Ada masalah ke?” Wana bertanya
setelah lama berdiam diri.
Aku
jongket bahu. “Mana ada. Aku biasa je.” Jawabku mendatar.
Wana
berdesir. Dia tak puas hati. Rasanya Humairah menyimpan sesuatu dari mereka.
“Apa kata kau share je dengan kita orang? Okey kalau kau tak ready nak bagitahu
kami, kau boleh cerita dekat aku. Personal.” Tekan Wana lagi.
Aku
tersenyum sedikit. Hambar. “No worries. Aku tak apa-apa. Biasalah kalau dah tak
ada benda nak cerita better keep quiet. Bazir air liur je menyembur sana sini.
Kau juga yang rimas kena tempias.” Selorohku. Tapi kelihatan di mata Wana,
usikan itu pudar. Tiada sirna seperti selalu.
Wana
tak tahu nak cakap apa lagi. Hendak didesak takut kawan tu melenting. Sudahnya
dia diam saja. Tak guna memaksa diri. Kedengaran pintu kelas diketuk. Wana hendak mencuit namun dimatikan niat bila
Humairah kelihatan leka dengan memopad. Seakan berkhayal. Haih…parah kalau
dibiarkan lama-lama. Macam dah angau sangat. Inikah yang dinamakan angau
bercinta?
“Guys,
ada sesiapa yang nak masuk pertandingan hafazan tak? Aku nak pulangkan kertas
ni.” Khairul terpaksa menjerit akibat suasana hingar bingar itu.
Semua
senyap. Khairul mengeluh lega. “Kan senang. Tak adalah perit tekak aku
menjerit.’ Omelnya.
“So
ada sesiapa lagi yang nak masuk pertandingan hafazan selain Kak Raudhah kita
ni?” soal Khairul lagi. Sempat dia mengusik nama Aisyah. Aisyah menjeling.
Auwww… comel gitu…
Aku
terkesima. Pantas mengangkat muka lalu cepat-cepat pandang muka Aisyah. Aisyah
masuk? Patutlah dia seperti memberi galakan pada aku supaya masuk. Rupanya dia
terlebih dulu menyertainya. Dan dia mengajak aku untuk berbuat amal, menambah
pahala dalam diam! Tanpa sedar aku tersenyum. Yakin. Tiba-tiba aku bersemangat
waja! Entah dari mana datangnya kekuatan itu aku tidak pasti tapi yang pasti
aku nak masuk. Bukan senang nak sertai pertandingan bersama dengan gadis ayu
itu. Tekadku.
Tangan
kanan cepat diangkat. Khairul menjongket kening. “Yes Miss Humairah? Anything?”
“Masukkan
nama aku!”
Seisi
kelas terdiam. Aisyah tersenyum manis walaupun dia juga terkejut sebenarnya.
Pelajar yang berada diluar kelas itu turut sama tergamam. Halkumnya bergerak.
“Okey,” Khairul laju menulis nama penuh Humairah lalu diserahkan pada jejaka
yang sedari tadi menunggu untuk mengutip semula kertas penyertaan tersebut. Ada
Khairul mengajak dia masuk namun ditolak lembut. Hatinya belum pulih lagi.
Takut dia akan bertambah marah bila terpandang seraut wajah. Dia masih belum
bersedia.
“Ehem!
Untunglah masuk sama-sama lagi. Jodoh.” Khairul senyum nakal seraya
mengenyitkan mata kanan. Farhan menjeling. Langkah terus dihala ke kelas
seterusnya. Pada itu sempat dia dengar kelas Ar-Raudhah kembali bising. Nama
gadis yang tertulis diruangan bawah kertas ditenung sedalamnya. Perasaannya
bercampur baur. Nak marah atau nak sayang?
IZUAN
melepaskan keluhan. Rasa geram, marah dan bersalah bersatu dalam jiwa. Rasa nak
hentak kepala ‘orang tu’ dekat mangkuk jamban. Dia menumbuk dinding.
“Auwww!”
Izuan mengibas tangan kanannya yang memerah akibat tumbukan kasih sayang tadi.
Tak macho la kalau mengaduh sakit kan? Choii… fuhh! Fuhh!
“Dah
tahu diri tu lembik ada hati nak tumbuk dinding.” Pedas kutukan dari seseorang
buat empat pasang mata kalih pandang. Terkejut! Tergamam! Terkedu! Semua ‘ter’
la. Senang cerita.
“Aku
kuat okey.” Bidas Izuan tak mahu mengalah. Eleh, suruh dia tumbuk dinding
pulak. Mesti sakit juga kan! Mana ada manusia yang cakap tak sakit tumbuk
dinding konkrit meh sini hadap Izuan sekarang. Kita fight!
Farhan
mencebikkan bibir. “Apesal bersidai dekat sini? Tak reti nak masuk kelas? Dan
kau…” matanya menala pada seorang lagi manusia yang berdiri disebelah Izuan.
“…Zul.
Buat apa dekat sini? Waktu kelas dah nak tamat dah pun. Apesal merayau?”
Rizulfikri
terkulat-kulat disitu. Dia tak tahu nak jawab apa. Hendak beritahu dia tak
berani tapi tak cerita takut orang tu dapat hidu. “Err… tak ada apa-apa. Saja
jumpa Wan.” Alasan lapuk!
Farhan
tersenyum sinis. “Saja jumpa? Aku tak tahu pulak kau terlebih rajin berjalan
dari blok kau ke blok sini semata-mata nak jumpa Wan? Tak kenal erti penat?
Time balik tak boleh ke nak jumpa? Nak jadi posmen pulak sekarang ni sampaikan
berita sensasi?”
Rizulfikri
menelan liur. Kan? Baru cakap tadi. Farhan pandai membaca pembohongannya. Wa
respect sama lu! Farhan pandai main psikologi orang.
Izuan
ternganga. Apa kes sampai berita-berita pulak ni? Entah apa-apa entah yang
Farhan tembak tu. Lepas kes dia melenting hari tu di astaka Farhan jadi semakin
baran. Dia sendiri tak tahu hantu mana yang merasuk diri sepupunya itu. Hantu
baran barangkali… ada ke?
“Kau
cerita habislah dekat Wan pasal aku tadi? Gitu?” serius wajahnya tika itu.
Rizulfikri menunduk. Tahu dirinya bersalah. Tapi dia terpaksa. Dan seperti yang
dijangka, Farhan dapat menghidu.
“Aku
dah amanahkan kau supaya tutup rahsia ni tapi kau melanggar janji. Kau tahu apa
hukum tak menepati janji?” Farhan menghentam lagi bila Rizulfikri mengambil
langkah berdiam diri.
Izuan
yang melihat segera mencelah. “Han, kau tak patut marahkan Zul. Aku yang desak
dia.” Kasihan pula tengok Zul kena marah dengan Farhan. Salah dia juga
memanggil Zul ke sini sewaktu terserempak masa rehat tadi. Sekarang dah
terkantoi depan big boss!
Farhan
pusing menghadap Izuan pula. “Oh? Kau desak dia? Kalau aku desak kau pulak
pasal Harez, kau nak cerita? Hmm?” keningnya dijongket sebelah.
Izuan
pula terkesima. Aik? Macam mana dia tahu pasal Harez? Laju Izuan memandang
Rizulfikri yang semakin menundukkan kepala itu. Adakah dia dah…? “Zul! Kau…
kau??” Argh! Mamat ni bocorkan rahsia ke? Aduhhh Zul!!!!! Nak hentak kepala ke
dinding konkrit itu semula rasanya.
Makin
pening… sape yang patut dipersalahkan sebenarnya??? Rizulfikri? Izuan? Farhan?
Pilih! Pilih!
“Maafkan
aku…” ucap Rizulfikri perlahan. Rasa bersalah semakin mencengkam jiwa.
Izuan
mengeluh kesal. Nasi dah jadi bubur. Tak boleh buat apa dah… tapi? “Kau pun
bersalah juga Han!” terkejut Farhan apabila disergah begitu. Mujur air liur tak
menyembur.
“Aku
salah apa?” dia blur.
“Kau
sorokkan dari kami semua lebih-lebih lagi aku pasal hal tu. Kau tahu tak benda
tu berbahaya? Kau sengaja nak pertaruhkan nyawa? Kau tahu tak sekarang ni kau
dengan tak sengaja dah hancurkan sekeping hati gara-gara lakonan kau yang nak
kata mantap tu bolehlah tapi still tak boleh mengalahkan Rosyam Nor.”
Farhan
buat memek muka. Sekeping hati? Hati siapa pulak yang hancur dek aku ni? “Kau
cakap apa ni? Tak payah bersastera sangat la, Wan.” Keluhnya. Kusut kepala.
Bergulung lidah.
Izuan
tersenyum sinis. “Humairah…” Farhan tersentak. Baru saja nak membalas, dia
tersedar ada orang lain antara mereka. Rizulfikri sedari tadi mendengar saja
perbalahan mereka. Dirinya seakan tidak wujud antara hot stuff itu. Dengar ada
nama perempuan tadi. Sape eh? Macam pernah dengar nama tu. Awek Farhan ke?
Wahhh, abang pengawas dah ada awek? Tak cerita pun.
“Ehem!”
segera dia berdeham. Izuan juga tersedar. Pantas dia menayang gigi putih
berseri bila Farhan mencerun tajam anak matanya. Rahsia tetap rahsia!
“Baiklah…”
Farhan menarik nafas. “Oleh sebab kau dah terlanjur tahu, aku akan cerita
semuanya. Tapi ini akan menjadi rahsia kita bertiga sahaja. Aku tak nak dengar
ada orang lain dapat tahu hal ni termasuk member yang lain.” Ugut Farhan keras.
Izuan
angkat satu jari. Ada soalan! “Kau nak terus biarkan selamanya jadi rahsia ke?
Benda ni bahaya, Han.” Izuan seolah merayu. Dia mendapat sokongan dari
Rizulfikri yang terangguk-angguk seperti burung belatuk.
Farhan
menarik nafas. “Aku ada plan aku sendiri. Buat masa ni aku tak mahu orang lain
tahu. Nanti makin susah takut rancangan tak menjadi seperti yang diharapkan
dengan campur tangan banyak pihak.” Dia memandang jauh ke depan melihat
bangunan tinggi yang megah berdiri.
Izuan
dan Rizukfikri faham akhirnya. Sekali lagi mereka mengangguk. “Dah! Tak payah
nak angguk-angguk bagai. Zul, habiskan part bomoh tadi.” Farhan menukar ke
topik utama.
Dua
sahabat itu terkedu. “Macam mana kau tahu aku belum habis cerita pasal Pak
Halim tu?” Rizulfikri menganga.
p/s : assalamualaikum sorry lambat up entry. ade problem dengan internet and 'something else'... bukan rezeki miss kot... hehe here new entry hope enjoy :)
best!!!
ReplyDeletethanks dear
Deletebest! tak sabar nak bace entry seterusnya..
ReplyDeletethanks dear
DeleteKk
Deletebest sgt2...
ReplyDeletethanks dear
Deleteakhirnya!!! love you miss cs!!!!!
ReplyDeleteingat nak tulis love you mr arrogant haha thanks dear
Deleteur welcome..keh3
Deletebest2.. cepat2 sambung... hehehee
ReplyDeletethanks dear
Deletebest....
ReplyDeletethanks dear
Deleteyeahhh ! thanks miss cs..next entry please ??
ReplyDeletethanks dear insyaAllah akan disambung secepat mungkin maaf atas kelewatan :)
Deletehehe..tkpee.jnji ade smbungannyew .. smpai terlompat-lompat bile ade entry bru..kihkihkih.
Deletehaha jgn lompat tinggi sgt tau nnt terkena lampu kih3
Deletekihkihkih..tkde tnggi sngt,,lompat ala-ala gitu jerk,,bile smbungan nye??dlm mnggu nie kew mnggu dpn??hehehe
DeleteBest... bla n sambung lagi klau bleh sampai tamat..
ReplyDeleteFarhan memang peka dgn keadaan sekeliling.. kwn² diaorang pn x perasan Farhan dengar perbualan diorang.. Hebat² 😂😂
ReplyDeleteberlakon tu, ok ahh.. tapi kau kena bgtau Mai yg kau berlakon je Farhan..
ReplyDelete