Versi Hindustan
PANTAI PORT DICKSON. Mahu saja aku menjerit disitu tapi memandangkan ada rasa malu pada orang sekeliling membuatkan niatku terbantut begitu saja. Namun rasa teruja memang tak payah cakaplah. Tersangat teruja okey!
Pantai yang bersih dan sangat menenangkan jiwa. Aku memejamkan mata. Mengambil bau air laut dan udara disini. Ya Allah tak dapat aku nak gambarkan betapa tenangnya rasa dalam jiwa ini… apabila kubuka mata, figura Farhan sudah berada didepan mata. Dia sedang merenung laut dengan tangan disisip ke dalam poket seluar jean hitamnya. Cermin mata hitamnya digantung pada leher baju. Topi putih tertulis Cool tetap gah diatas kepalanya. Sangat macho hinggakan beberapa pelancong dan anak-anak dara yang bermandi manda disini beberapa kali tertoleh padanya. Hot stuff katakan…
Aku yang baru nak mengamati keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa terus membatalkan niat bila dia memusingkan kepala memandang aku. Opss! Harap tak kantoi. Cis, tak malu kau ya Mai intai teruna Mama Nani!
Dah dia hensem sangat. Nak buat macam mana? Imanku buat kukuh sangat… huhuhu!
Menjawab!
Aku tanpa menunggu lama terus berlari menuju ke gigi air. Tak mahu muka bertambah kemerahan apabila ditenung seperti tadi. Rasa nak gugur jantung dibuatnya. Ya Allah, panahan mata dia tu tetap sama seperti waktu sekolah. Hampir tertewas. Belum lagi dia buat aksi nakal dia. Entah mana rupa dia. Sweet ke dak agaknya eh? Eh kalau dah orangnya hensem, confirm-confirm la dia buat aksi apa-apa pun tetap ohsem!
“Arghhh!!!” aku melampiaskan segalanya kepada laut yang terbentang luas. Kalau boleh aku mahu lepaskan segala yang pahit dan tawar dalam hati ini. Hanya mahu simpan yang manis-manis saja. Hobi yang sudah lama kutinggalkan sejak masuk sekolah berasrama.
Farhan hanya mampu menggeleng melihat aksi aku yang serupa kanak-kanak ribena. Terjerit sana, terpekik sini, terlolong sana, terkinja-kinja dekat sini. Apakah??? Tak malu ke orang tengok? Mengalahkan gorilla.
“Dah macam orang gila aku tengok.” Kutuk Farhan pedas selamba. Aku menjeling.
“Hello! Suka hatilah! Bukan senang nak pergi pantai tau! Takde masa terluang. Bila dah sampai sini mestilah teruja dan happy-happy. This is my hobby! Please jangan kacau mood happy aku nak beramah mesra dengan pantai!” aku menyatakan amaran padanya.
Farhan buat mimik muka. Maksudnya… ada aku kesah? Beberapa pemuda yang lalu lalang dikawasan itu asyik memandang ke arah gadis itu. Farhan menahan rasa cemburu dalam hati.
“Warghhhh!!!” Jeritan Humairah menyentak lamunannya apabila air melalui celah-celah jari kaki gadis itu. Farhan menggeleng. Macam tak pernah jumpa pantai! Air itu aku sepak kuat hingga terpercik naik ke muka. Aku menjerit gembira. Sukanya ya Allah!!!!
Farhan sedaya upaya menahan ketawa dari meletus. Tak seperti yang dijangka! Humairah dah serupa kanak-kanak bawah 10 tahun seperti dibelakangnya yang sedang berusaha membina istana pasir. Haa budak tu lagi matang kot aku rasa!
“Jakun,” ejek Farhan lagi. Dia masih setia dibelakang gadis itu yang berlari-lari anak sambil tangan memegang kasut nipisnya itu.
Aku memusingkan badan namun langkah masih diteruskan. Terbalik! Pandangan terarah pada seraut wajah yang tak jemu membuntutiku sedari tadi. Wajahnya tenang disapa angin. Baju coklat krim kepunyaan beralun ditiup angin petang.
“Asal tenung aku semacam? Terpikat?” soal Farhan sarkastik.
Aku mencebik. Perasan sungguh makhluk Tuhan yang seorang ni. Humban dalam laut baru tau. Tapikan aku mana reti berenang. Kang tak pasal-pasal aku pula yang lemas. Haha!
“Han,”
“Hmm?”
“Kau minat pantai?”
“Aku hargai semua ciptaan Allah.” Jawapan bersahaja dari lelaki itu buat aku sebel.
“Aku tanya kau suka pantai ke tak bukan tanya semua. Fahami soalan la!” bengangku.
“Betullah tu. Aku hargai semua ciptaan Allah.” Bidas Farhan semula.
Aku berdecit. Hidung digaru perlahan. Mamat ni kan! “Aku tanya pasal pantai! Sahaja!” amarahku menjadi-jadi hinggakan mataku spontan dibulat lebih besar. Hidung pun kalau boleh nak kembang!
Farhan mengeluh. “Makcik, pantai itu ciptaan Allah. Dah tentulah ia termasuk dalam list.” Adui… tak kusangka kau lembab Mai. BM tak silap dapat A kot tapi asal pending je ni?
Aku kelu lidah. Eh? Yeke? Arrrr… aku gigit bibir. Pandangan dialih ke sebelah namun kaki masih berjalan. Malu! Malu! Aduh Mai. Kenapalah kau suka sangat memalukan diri sendiri??? Depan dia pulak tu. Dush! Dush! Buah kelapa hempap kepala…
Farhan simpan senyum. Orang dihadapannya sudah kantoi… malu ke, yang? Merah muka nampak. Hikhik…
Dalam waktu itu aku cuba nak tebus balik malu aku tadi dengan mengenakan dia semula. Tak kira! Dendam tetap dendam. Wahhh ganas bunyinya!
“Han, kau reti nyanyi lagu?” aku seakan mencabar dia. Memang cabar pun! Haha. Kita tengok mamat ni jenis yang macam mana.
“Lagu apa?” dia menyoal semula.
Aku tersenyum sinis. “Hindustan!”
Farhan jongket kening. Hindustan? Stok jiwang karat? Oh my! Aku sudah mengagak jawapannya. Tengok muka pun dah tahu. Mamat ni langsung tak layan Hindustan. Entah-entah tak tahu apa itu Hindustan. Tsk tsk tsk! So tak salah kalau aku nyanyi dekat sini, kan? Siapa peduli, kan? Suara aku. Suka hati akulah!
Rag Rag Mein Is Tarah Tu Samane Laga
Rag Rag Mein Is Tarah Tu Samane Laga
Jaise Mujhiko Mujhse Churane Laga
Oooooo…
Dil Mera Le Gaya Lutke
Aku melagukan bait-bait lirik dalam salah satu cerita kesukaanku perlahan-lahan mengikut rentak yang dirangka dalam minda. Bila dah dapat rentak, aku menyanyi dengan penuh penghayatan. Seperti dalam filem itu pulak! Alahai… perasan lebih!
Melihatkan Farhan seakan tidak kisah dengan cabaranku tadi buat aku terus menyanyi. Sekali dengan gaya dalam filem tersebut. Tangan dipusing-pusing gaya Pretty Zinta yang sedang berhadapan dengan Salman Khan.
Chori Chori Chupke Chupke, Chori Chori Chupke Chupke
Chori Chori Chupke Chupke, Chori Chori Chupke Chupke
Farhan tertunduk cuba menahan ketawa sekali lagi. Gaya Humairah seperti Pretty Zinta. Comel pula dia buat macam tu…
Aku rasa senang melihat wajah riang Farhan. Dia senyum, automatik aku juga akan tersenyum sama tanpa sedar…
Rag Rag Mein Is Tarah Tu Samane Lagi
Jaise Mujhiko Mujhse Churane Lagi
Dil Mera Le Gayee Lutke
Chori Chori Chupke Chupke, Chori Chori Chupke Chupke
Chori Chori Chupke Chupke, Chori Chori Chupke Chupke
Chori Chori Chupke Chupke
Shock! Aku tergamam apabila Farhan menyambung bait lirik tersebut. Sungguh aku terkedu! Mamat ni pun tahu???? Serius??? Stok layan Hindustan??? Wow! Dan yang paling aku tak sangka, part chori-chori chupke-chupke dia buat sebijik gaya Salman Khan! Rasa nak tergelak pun ada. Tapi cute la dia buat. Ini ke Farhan? tak percaya…
Dan kami terus menyanyi lagu Chori Chori Chupke Chupke tanpa memandang sekeliling. Sesekali aku memandang dia, satu kenyitan mata dihadiahkan padaku. Pantas aku pandang tempat lain. Jantung dah terasa lain. Muka jangan cakaplah. Dah berubah jadi warna hijau agaknya! Rentak irama lagu tersebut entah kenapa menjadi semakin romantik. Lambat-lambat aku menoleh padanya semula. Farhan tetap merenung aku. Renungan lembut dan mendamaikan hampir buat aku cair disini.
Rag Rag Mein Is Tarah Tu Samane Lagi
Jaise Mujhiko Mujhse Churane Lagi
Dil Mera Le Gayee Lutke
Chori Chori Chupke Chupke, Chori Chori Chupke Chupke
Sebaik saja dia berkata demikian, satu lagi kenyitan mata diberikan bersama senyuman menawannya membuatkan aku terkesima dan entah bagaimana aku boleh terduduk di pasir pantai… auchh! Harap ianya sekadar mimpi!
P/S : Assalamualaikum.. jom layan lagu hindustan dgn miss cs! hoyehhh hope enjoy k? :D
P/S : 'Gaya' Farhan dan Mai yg ditunjukkan seperti cerita di atas boleh dilihat dalam video di bawah ini pada minit 1.35. selamat menonton :D
P/S : Mood Hindustan mehhh :p
Hadehh 🤣🤣🤣
ReplyDeleteCOMELLLL
ReplyDelete