Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Tuesday, 2 April 2013

Teaser kpvst 3


[teaser suka-suka dr asha :D. saje msukkan teaser... nnt xdelah yg kerinduan dgn farhan... ekekeke]




FARHAN berlari ke ruang tamu tingkat dua setelah mendapat mesej dari seseorang. Kakinya terhenti di tangga teratas tatkala matanya menyinggah ke wajah yang ditunggu-tunggu. Allahuakbar!

“Along!” berlari Farhan ke arah Firhad yang sudah berdiri dengan senyuman melebar sambil mendepakan tangan. Tubuh adiknya dipeluk erat.

“Ya Allah, along.... angah rasa tak percaya along dah balik. Alhamdulillah.” Farhan memegang bahu abangnya itu. Sungguh dia rasa nak menangis beritahu pada dunia yang abangnya telah pulang. Akhirnya setelah bertahun-tahun lamanya meninggalkan bumi Malaysia, along pulang jua ke mahligai ini. Sungguh dia bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doa mereka sekeluarga.

“Along pun sama. Sungguh along rindukan angah, rindukan keluarga kita. Dah besar dah angah sekarang. Makin bertambah kacak.” Firhad tersenyum. Air mata yang merembes keluar tidak dihiraukan.

Farhan tergelak kecil. Tawa dalam tangisan. Air mata dikesat dengan tangan. “Mana ada, along. Angah biasa aje. Along lagi kacak.” Heee... kalau ada bebudak sekolah nampak ketua pengawas menitiskan air mata mahu dicanang satu sekolah! Nasib baik kengkawan tak dapat datang.

Seorang wanita bertudung litup yang sedari tadi memandang saja adegan jejak kasih antara abang dan adik itu di tepi sofa. Dia tersenyum menundukkan muka saat mata Farhan melekat padanya. Farhan membalas senyuman Kak Indah, kakak iparnya.

“Apa khabar kaklong?” ramah Farhan bertanya.

“Alhamdulillah, angah. Kaklong baik-baik saja.” Jawab wanita itu sopan dan lembut. Disebelahnya pula ada dua orang anak kecil yang baru belajar berjalan menarik perhatian Farhan. Lelaki dan perempuan. Sepasang.

Farhan terpaku. Bukankah anak-anak ini yang dia lihat dalam laptopnya berbulan-bulan yang lalu? Minggu lepas juga along ada hantar email berserta gambar kanak-kanak ini padanya. Allahuakbar! Bertemu jua mereka.

“Yang ni ke Najla dan Haiqal?” soal Farhan menuding jari ke arah dua kanak-kanak comel itu.

Firhad dan Indah menguntum senyum seraya menganggukkan kepala. Bertambah senyuman manis di wajah Farhan. Farhan menghulurkan tangan kepada Najla dan Haiqal. “Come to pak ngah.” Gamit Farhan.

Kanak-kanak itu seakan memahami lalu berjalan terkedek-kedek mendekati tangan Farhan. Lalu tangan kecil itu menggenggam tangan Farhan. Sejuk! Farhan tersenyum riang lalu mendukung kedua-dua kanak-kanak itu.

Indah berganjak ke depan sedikit lalu memeluk lengan suaminya. Firhad menoleh. Mereka sama-sama tersenyum. Terkekeh-kekeh anak kecil itu tatkala dicium Farhan. Terasa seperti kasih sayang keluarga terhadap anak kecil itu makin bertambah. Moga-moga kasih sayang dari mama dan papa juga dicurahkan pada anak mereka ini.

Sedang asyik melihat Farhan mengucup pipi Haiqal dan Najla, kedengaran bunyi suara di tangga membuatkan Farhan menghentikan perbuatannya. Indah dan Firhad berpandangan sesama sendiri. Hati mereka sudah keluh kesah. Perasaan takut menyelebungi mereka. 

“Angah....” seru Firhad. Nada suaranya juga telah berubah. Semakin perlahan dan lirih.

Farhan berpaling. Anak-anak kecil itu diturunkan. Dia mendekati Firhad lalu memeluk bahu abang sulungnya itu.

Trust me, along. Mama dan papa terima dengan redha along sekeluarga.” Farhan memberikan semangat. Ditepuk-tepuk bahu abangnya itu untuk menyalurkan semangat. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

“Ada apa ini, Reez? Mama nak layan tetamu tu. Kamu suruh mama naik ni kenapa? Kenapa tak cakap dekat bawah?” Gerutu Aunty Hanani. Kita tengah sedap berborak, dia suruh naik atas!

“Mama naik aje. Reez ada kejutan untuk mama dengan papa.” Fareez masih lagi berahsia.

“Kejutan apa, Reez? Papa nak berbual dengan Uncle Syakir tu. Ada lagi tetamu yang belum papa jumpa. Nanti tetamu yang nak balik cari mama papa kan susah!” Marah Uncle Umar. Ada-ada saja perangai anak dia ini. Orang tengah sedap berbual mengenai ekonomi, dia sibuk menarik tangan untuk masuk ke dalam rumah. Lepas tu kata kejutan. Apa kejutan entah!

Fareez tersengih. “Reez jamin papa dengan mama takkan menyesal bila tengok kejutan ni.”

Uncle Umar dan Aunty Hanani berpandangan. Namun mata mereka tidak bertentang lama bila Fareez menolak masuk tubuh mereka hingga naik ke tingkat atas.

“Reez, jangan sampai papa marah.....” kata-kata Uncle Umar terhenti disitu. 



APAKAH YG AKAN TERJADI? ADAKAH FIRHAD DAN INDAH SERTA DUA BABY COMEL ITU DPT DITERIMA AUNTY HANANI DAN UNCLE UMAR??? ADAKAH UNCLE UMAR AKAN MENGHALAU FIRHAD??? JENG X3! SAMA2 KITA NANTIKAN.... ;)

p/s: miss cs minta sorry bebanyak sbb maybe dia xdpt masukkan bab 39... esok dia ada test jpj lepas tu ada hal dkat sekolah... masa utk pegang lappy agak terhad... asha faham... hehehe.... hrp enjoy baca yek? :D