BAB 21
ABAH rancak berbual dengan Uncle Umar
di beranda rumah. Anak-anak lelakinya turut sama berada di situ. Orang lelaki
baik duduk luar. Tak elok duduk sekali dengan anak dara. Tak manis!
Aina, si kecik cenonet sibuk berbual di dapur melayan kepala otak achik dan Yana sedari tadi menyoal berbagai-bagai soalan mencabar. Penat adik kecik tu nak memerah otak. Jahat betul dua ekoq makhluk tu! Aunty Hanani sibuk berbual dengan mama serta opah di ruang tamu . Kami anak-anak perempuan layan diri aje la.
Aina, si kecik cenonet sibuk berbual di dapur melayan kepala otak achik dan Yana sedari tadi menyoal berbagai-bagai soalan mencabar. Penat adik kecik tu nak memerah otak. Jahat betul dua ekoq makhluk tu! Aunty Hanani sibuk berbual dengan mama serta opah di ruang tamu . Kami anak-anak perempuan layan diri aje la.
“Kakak rindu Aina tak?” Aina
menyoal dengan pelat. Mata bundar yang hitam pekat aku tenung.
Aku tersenyum lalu mengangguk.
“Mestilah rindu. Aina kan adikk akak yang comel.” Aku mencubit pipinya.
Aina tergelak manja. Dia duduk diribaku
sambil bermain jemariku. Suka sangat main jari! Aku naik hairan. Yana dan achik menyenggol
lengan dan sesekali mereka ketawa. Aku menjulingkan mata.
“Mai, tolong bawakan air teh dalam teko kat dapur untuk abah dengan uncle kat luar. Tadi mama dah bancuh cuma belum pekat
warnanya. Sekarang mesti dah pekat. Tolong ya, sayang.” Suruh mama sebaik Aunty
Hanani berlalu ke bilik air.
Aku mengeluh. Tak ada orang lain ke?
Apesal aku juga yang kena? Yana dengan achik ada kan? Tak buat apa-apa pun
budak dua ekor tu. Aku yang tengah layan Aina ni pun dipanggilnya. Bebelku dalam
hati.
“Orang lain la, mama.” Keluhku. Jari kelengkeng Aina aku pegang.
“Mai, please sayang...” rayu mama dengan muka mengharap.
Aku mengangguk malas lalu bangkit dari
permaidani menuju ke dapur. Ni la padahnya bila dah dengar rayuan mama. Aina aku dudukkan di sebelah Yana. Terkebil-kebil matanya memandangku sambil menggigit jari telunjuk. Comel sangat dia ni buat macam tu!
Mesti dia tertanya-tanya mana aku nak pergi. Aku bergerak dengan lemah ke
dapur. Tampak dulang telah tersedia dengan teko beserta cawan di atas meja.
‘Aik? Dah siap semua tapi kenapa tak
hantar depan? Patut bagi Yana hantar tadi memandangkan dia bawa makanan untuk
tetamu tadi. Ahh! Ni mesti mama dengan opah saja nak kenakan aku. Suruh aku
hantar ke depan tengok muka mamat tu. Urghhh!’
gumamku. Tanpa berlengah aku mengangkatnya untuk di bawa ke beranda. Sempat aku
berbalas senyum dengan Aunty Hanani yang baru saja keluar dari bilik air di
dapur. Kami sama-sama menaiki tangga batu yang tersedia di dapur ini.
“Nak aunty tolong?” Aunty Hanani sedia
menghulur bantuan. Tangannya juga sudah dihulur kepadaku.
“Tak apa, aunty.”
Balasku mesra. Aunty Hanani tersenyum manis.
Aunty Hanani sememangnya murah dengan
senyuman. Agaknya Uncle Umar tertawan kut dengan senyuman dia. Tu yang pikat
cepat tu! Dapat anak pula handsome dan cantik. Sape tak nak buat menantu ya dak? Aik Mai, kau dah mengaku Farhan
tu handsome pula ya? Gatai no!
Aku membawa dulang dengan berhati-hati.
Kang tersadung kaki susah pula. Ada yang malu sampai tahun 2020 nanti kang.
Air teh dalam teko dituang
perlahan-lahan ke dalam cawan kaca yang bercorak bunga sebaik saja aku berada
di beranda rumah. Sedikit pun aku tidak memandang mereka. Menggigil juga tangan
ni bila buat kerja macam ni. Maklumlah, yang biasa buat tu Yana. Aku tukang
minum air aje. Dan tukang komen!
“Wah! Rajinnya anak kau, Kir. Nampaknya
cepatlah aku dapat menantu. Senang sikit. Lega hati ni.” Usik Uncle Umar.
Wajahku bertukar kemerahan. Abah yang
mendengar ketawa sakan. Budak dua ekoq tu aku tak tahu. Kalau Fareez dia senyum
rasanya. Yang lagi seorang tu pun mesti senyum. Senyum sinis!
“Aku on je, Mar. Tapi kena tanya empunya badan dululah.” Abah membalas usikan
rakannya. Meledak lagi tawa mereka. Aku sudah tak tertanggung malu. Ewah ewah
abah! Suka suki je berpakat dengan
Uncle Umar nak usik Mai. Ni yang geram ni! Mai mogok kang baru tau!
“Tadi Maira beli apa kat kedai tu?”
tanya Uncle Umar ubah topik. Abah turut sama memandang. Aku juga perasan yang
anak lelakinya turut sama memandang ke arahku.
Aku menggaru kepala beralas tudung.
“Err.. beli barang sikit tadi, uncle.” Haish, itu pun nak disoal ke? Ramah pula uncle hari ini.
“Jalan kaki?”
“Hmm,” anggukku. Uncle ada nampak Mai
tunggang kuda ke? Nak je aku tanya macam tu tapi nanti kata tak hormatkan orang
tua pulak.
“Jauh tu. Tak penat ke? Kebetulan uncle
berhenti depan kedai tu nak beli barang sikit untuk opah sekeluarga. Ingat
siapa yang melintas kereta tadi. Rasa macam nak kenal. Rupanya Maira.” Ujar
Uncle Umar mesra.
Aku tersengih. “Dah biasa jalan kaki,
uncle.” entah kenapa aku menjadi peramah, aku sendiri tak tahu.
“Kau jangan tak tahu, Kir. Anak aku ni
suka merayap. Tak reti duduk rumah. Kat kampung ni mana tempat yang dia tak
pernah pergi, dia akan pergi. Tapi dia suka jalan kaki. Kadang-kadang tu sampai
lewat petang tak balik lagi. Tu yang aku risau dengan dia ni. Mana tahu
sekarang ni kan banyak kes penculikan.” Abah sangat risau. Makin menjadi-jadi
kes penculikan zaman sekarang. Nenek yang sudah uzur tu pun nak diculik buat
tebusan? Isk! Isk!
“Sabar, Kir. InsyaAllah tak akan jadi
macam tu. Kita berdoa sama-sama ya? Mudah-mudahan minta dijauhkan.” Uncle
Umar memberi semangat kepada abah.
Nampak rapat sekali uncle dan abah.
Melalui cerita mama tempoh hari, baru aku tersedar. Memang Uncle Umar lelaki
yang baik. Dia cukup rapat dengan abah. Apa saja cerita, dia akan kongsikan
bersama abah. Kadang-kadang bisnes, ekonomi, politik, dan kekeluargaan. Baginya
tiada yang penting melainkan ukhwah persaudaraan.
“Err... jemputlah minum air ni ya,” pelawaku teragak-agak. Mak oii... kau ke yang cakap Mai? Malu! Perkataan yang
sangat sesuai untuk kes ini. Mana pernah aku ngomong kaya gitu sih. Selalu lepas tuang air untuk tetamu, aku blah aje masuk dalam bilik. Ni terlebih
mesra pulak? Ada apa-apa ke ni, Mai? hati kecilku bertanya.
Abah tersenyum dalam diam. Satu
perubahan dalam diri anaknya sudah ditonjolkan. Maira mungkin sudah boleh
menerima keluarga Umar. Uncle Umar tersenyum seraya mengangguk kepala.
“Terima kasih. Maira ke yang buat air ni?”
tanya Uncle Umar seperti tidak mahu aku bangkit aje. Senyuman tak lekang dari bibirnya.
Aku tersengih. “Err... ya.” Bohongku.
Takkan nak cakap tak pulak. Malu weh!
Nanti dia kata anak dara tak tahu buat air. Masak aku kena tindas dengan mamat
berlagak tu nanti. Dari hujung mata, aku lihat Farhan tersenyum. Aku kenal senyuman tu. Senyuman sinis!
“Amirul, Fareez, jemput minum. Jangan
segan. Maira tak bubuh apa-apa pun dalam minuman tu.” Ujar abah selamba.
Aku mengetap bibir. Suka suki abah je cakap macam tu! Asalehe
betullah. Ingat Mai nak bubuh racun ke? Mai masih waras lagi tau. Tak main la
racun. Mai bubuh julap lagi bagus. Baik untuk orang sembelit macam Farhan tu. Dengusku. Argghh! Tension. Tak puas hati bila dendam tidak berbalas. Macam mana aku nak balas dendam kalau aku dan dia selamat ditunangkan? Huwaargghhhhh! Aku tak boleh terima! jeritku dalam hati.
“Kakak!”
Aina muncul dari dalam lalu memelukku
dari belakang membuatkan aku terkejut. Tangan kecilnya dilingkar pada leherku.
Farhan dan Fareez memandang ke arah kami sekilas sebelum menjamah air.
Farhan dan Fareez memandang ke arah kami sekilas sebelum menjamah air.
‘Rapatnya adik aku dengan minah ni. Tak
berenggang langsung.’ Desis hati Farhan.
‘Aik? Aina ni dah over ni. Pelik! Selalunya jumpa
orang senyap je. Dah tu asyik melekat dengan angah. Dengan dia tak nak pulak melekat! Ni bila jumpa bakal tunang abangnya jadi lain pulak. Apesal ek?’
Fareez tertanya-tanya.
Aku tersenyum kelat memandang Aina yang
sudah duduk di riba. Alamak! Macam mana nak bangun ni? Aduh... budak ni
memang tau! Pantang betul nampak muka aku.
“Aina tak nak minum?” soal abah mesra.
Aina mengangguk. Fareez yang paling
dekat dengannya menyerahkan secawan teh namun ditolak Aina. Farhan memerhati
dari jauh. Uncle Umar memandang anak terunanya sekilas sebelum Aina. Ada sesuatu
menjentik tangkai hatinya. Senyuman kian lebar.
“Tak nak abang punya. Nak kakak punya.”
Jawabnya petah. Kepala disandar pada dadaku. Aku terpempan. Aduhai! Banyak pula
songeh budak ni.
Meledak tawa semua orang.
Farhan memandang tanpa berkelip. Mak aih! Eksen tu. Abang Fareez bagi tak nak. Kakak Maira dia pulak yang disuruh. Masak macam ni! Agaknya memang dah tersurat jodoh aku dengan dia, telah Farhan sendiri. Dia meneguk air teh sedikit. Manis air ini semanis pembuatnya. Farhan sudah gila!
Farhan memandang tanpa berkelip. Mak aih! Eksen tu. Abang Fareez bagi tak nak. Kakak Maira dia pulak yang disuruh. Masak macam ni! Agaknya memang dah tersurat jodoh aku dengan dia, telah Farhan sendiri. Dia meneguk air teh sedikit. Manis air ini semanis pembuatnya. Farhan sudah gila!
“Boleh aje, Aina. Mai tolong ya?” pinta
abah bersama kenyitan mata. Ingin mengusik anak perempuannya.
Aku mencemik. Sengaja tau abah ni! Nantilah. Bila dia orang dah balik, aku minta maacam-macam dari abah. Tuntut! Aku
dengan perlahan bangun dari duduk ingin masuk ke dalam rumah. Tak mau duduk
sini lama-lama. Nanti muka tukar jadi buah tomato!
“Rapat sungguh Aina dengan Maira ni.
Maklumlah, dia tak ada kakak. Atasnya semua abang. Tak pernah merasa kasih
sayang dari seorang kakak. Memang dah tersurat jodoh kamu, Farhan.” Usik Uncle Umar
seraya ketawa kecil.
Aku tersentak. Abah ketawa sambil
berdeham beberapa kali. Fareez mengusap dagunya beberapa kali sebelum menyiku
lengan abang ngahnya bersama sengihan nakal. Farhan menjeling tajam.
Aku terus melangkah laju masuk ke dalam. Tak sanggup nak dengar apa-apa lagi. Aduhai, kenapa hati aku tak keruan sangat ni? Kenapa berdebar semacam ni? Sampai nak tengok wajah ‘budak’ tu pun aku tak berani. Macam mana bila dah sah jadi tunang? Jumpa kat sekolah? Kat padang? Haiyoo.... hati mula gelisah. Jiwa kacau!
Aku terus melangkah laju masuk ke dalam. Tak sanggup nak dengar apa-apa lagi. Aduhai, kenapa hati aku tak keruan sangat ni? Kenapa berdebar semacam ni? Sampai nak tengok wajah ‘budak’ tu pun aku tak berani. Macam mana bila dah sah jadi tunang? Jumpa kat sekolah? Kat padang? Haiyoo.... hati mula gelisah. Jiwa kacau!
“Akak, kenapa muka merah ni?” soal Yana
pelik sewaktu aku dan Aina duduk di permaidani.
Aku meraup muka beberapa kali sebelum menarik nafas. Achik
dan Aina memandang ke arahku. Aina yang duduk disebelahku merenung tak
berkelip. Budak ni mana je aku pergi mesti ikut!
“Akak kena usik eh tadi?” teka Yana. Bingo! Betul pulak apa yang dia teka.
Achik tergelak. Aina ketawa meskipun dia tidak tahu apa-apa pun.
Aku mencebik. Cover, Mai!
Aku mencebik. Cover, Mai!
“Mana ada. Panas la. Bahang. Tu yang
muka jadi merah.” Dalihku.
Yana dan achik mencebik. Ingat percaya
sangatlah dengan apa yang kakaknya ucapkan. Tak apa. Nanti dia akan siasat.
Tekad Yana. Macam detective pula nak siasat segala ni!
“KAU tidur sini aje la,” ajak abah.
Uncle Umar ketawa. “Tak apalah. Aku tak
nak susahkan Mak Mah dan keluarga kau. Lagipun hotel dengan sini tak jauh. Cuma
5 kilometer aje dari sini.” Balasnya.
Abah membeliakkan mata. “5 kilometer?
Jauh tu, Mar. Setahu aku hotel paling dekat kat sini Hotel Seri Astana. Tu pun kira jauh tau. Homestay sini pun ada juga. Alah, tak payah susah-susah. Tinggal aje kat sini.
Lagipun nak buat majlis tu senang. Dekat sikit. Tak usah la jauh-jauh.” Abah menegah bersungguh-sungguh.
Uncle Umar tergelak. Bahu Encik Syakir
ditepuk beberapa kali. Farhan dan Fareez membisu. Handphone menjadi peneman.
“Nantilah aku bincang dengan Nani.”
Putus Uncle Umar. Abah menganggukkan kepala.
“Apa yang diborakkan ni sampai tak nak
masuk dalam rumah? Tak sudi ke nak masuk rumah opah?” muncul opah dari dalam rumah
bersama Puan Husna dan Aunty Hanani. Pertanyaan opah membuah tawa Uncle Umar
dan abah. Fareez dan Farhan tersengih.
“Tak ada apa, Mak Mah. Saja duduk
luar. Dapat segarkan mata tengok kawasan kampung ni hah. Lama tak tengok. Banyak berubah berbanding dulu.”
Balas Uncle Umar mesra.
Fareez merapatkan diri ke kanan agar mamanya dapat duduk dengan selesa. Farhan juga menganjak ke tepi sehingga badan berlanggar dengan kayu menandakan dia berjumpa dengan penghujungnya. Senang sekali, jalan mati la!
“Ni, mak. Umar kata dia nak duduk
hotel. Jauh tu, mak. Tu yang Kir ajak dia duduk sini.” cerita abah kepada opah
yang sudah duduk.
“Lahh, buat apa nak membazir. Duduk aje
kat rumah ni. Bilik pun ada dua lagi kosong. Duduk aje la kat sini.” Opah
memberi saranan. Meskipun dia tahu tak luak duit Umar jikalau mahu tidur di
hotel. Tapi untuk beberapa hari ni adalah lebih elok kalau mereka tinggal
bersama. Serumah. Lagi senang. Pencemaran udara juga berkurang. Boleh save minyak. Lagipun daripada membiarkan bilik tetamu kosong berhabuk, baik diguna pakai. Bilik dalam rumah ini ditambah supaya anak-anak menantu pulang akan ada tempat tidur. Ruang tamu juga besar tapi semuanya papan. Arwah tokwan tak mahu rumah ini diruntuhkan. Nak tambah atau besarkan boleh tapi nak roboh semestinya ditentang keras.
"Lagipun nak buat majlis tu senang sikit. Dekat. Kamu boleh tumpang rumah Imam Khalid seberang sana tu. Mak Mah dah jemput dia untuk bacaan doa selamat dan kesyukuran untuk majlis tu nanti. Dia dah tahu semuanya." jelas opah lagi.
Uncle Umar memandang Aunty Hanani
meminta keputusan. Farhan dan Fareez dipandang sekilas.
“Macam mana Nani?”
“Nani ikut abang aje la. Tak kisah
tidur mana-mana pun. Dalam kereta pun boleh.” seloroh Aunty Hanani mengundang
tawa semua.
“Takkan sampai nak tidur dalam kereta?
Tidur sini aje la,” mama memujuk. Aunty Hanani tersenyum sambil mulut memuncung
pada Uncle Umar.
“Nani ikut Abang Umar, Na.” Jawabnya
lembut. Mama mengangguk faham.
“Fareez, Farhan, macam mana? Nak tidur
sini?” pandang dilontar pada sang anak yang sedari tadi mendiamkan diri.
Sepanjang mereka sampai di rumah opah sehingga sekarang, tidak ada satu patah
pun perkataan terpacul keluar dari mulut anak lelakinya itu. Macam ada emas
dalam mulut. Bila ditanya, angguk dan geleng aje jawapannya. Kalah anak dara.
“Han dengan Reez ikut mama dengan papa
la.” Farhan akhirnya bersuara, menjawab bagi pihak adiknya. Dia tidak kisah. Yang penting, apa
yang dirasakan baik oleh ibu bapanya, baiklah juga untuk mereka anak-anak. Tapi
hatinya jadi tak tenteram.
‘Tidur serumah dengan minah tu? Oh man...!’ telah Farhan.
“Kalau begitu, kami sepakat tidur sini
aje Mak Mah memandangkan Mak Mah, Husna dan Syakir dah paksa.” usik Uncle Umar
mengundang senyuman semua orang kecuali seorang.
Aku sudah ternganga di celahan pintu
yang terbuka. Sedari tadi mendengar kata-kata abah membuatkan jiwa gelisah.
Macam lagu Ahmad Jais pulak! Mula-mula, hati menjadi tenang bila Uncle Umar
mengatakan mahu duduk di hotel tapi bila diasak abah, mama dan opah untuk tidur
di sini membuatkan aku rasa tercekik. Mendengar saja jawapan Uncle Umar seminit
tadi hampir buat aku pengsan. Nak tidur sini? Biar benar?!!! Oh tidakkkkkkk!!
MALAM menjelma lagi. Kami anak-anak
perempuan sudah berada di dapur untuk menyediakan makan malam. Rasa hati ingin
melepak aje kat dalam bilik. Tak nak keluar! Tapi bila sudah dipaksa oleh Yana
ditambah lagi dengan bebelan mama membuatkan aku runsing. Ditambah dengan perut yang berkeroncong buat aku terpaksa gagahkan diri. Berdengung telinga
bila teringat leteran mama.
“Mama masa baya kamu ni dah tolong
nenek buat asam pedas, buat kari tau. Tolong buat bekal untuk tok ayah awal
pagi sebelum tok ayah pergi menoreh. Kalau tak nampak mama kat dapur satu hari alamat berbirat badan kena rotan. Orang perempuan kena duduk dapur. Belajar
masak. Peluang yang ada jangan dilepaskan. Nanti dah kahwin, baru
terhegeh-hegeh nak belajar. Dari sekarang la patut belajar, tahu semua bahan
rempah ratus. Kalau Mai kena further
study jauh-jauh kat overseas
nanti macam mana? Nak masak tak tahu. Asyik beli je makanan kat luar. Duit
selalu habis. Badan tak sihat. Sebab apa? Sebab makan benda yang tak
berkhasiat.”
“Oit kak!” petikan jari Yana menyedarkan
aku yang sudah jauh berkhayal.
“Berangan je tau.” Perli achik sebelum berlalu pergi.
Aku menjelirkan lidah. Biarlah! Sibuk
je. Gelas yang sudah dicuci oleh Yana aku ambil lalu disusun dalam dulang. Kemudian aku bawa ke ruang tamu. Pinggan yang sudah dilap oleh achik disusun atas kain sapra putih yang sudah
dibentang oleh mama. Memandangkan orang ramai, maka terpaksalah kami makan di bawah. Adil dan saksama! Aku dan achik meletakkan pinggan mengikut jumlah orang yang
nak makan.
Mama dan Yana meletakkan lauk-pauk di
tengah. Air sirap dituang dalam gelas sebelum diagih.
“Mai, panggil abah dengan semua ajak
makan.” Suruh mama. Tangan ligat menyusun lauk pauk.
Aku mengisyaratkan Yana. Yana
mengisyaratkan achik. Achik mengisyaratkan aku. Wah! Isyarat segi tiga! Bagus punya adik!
“Humairah...” meleret suara mama.
“Suruh Yana la, mama. Tak pun achik. Mai tengah susun
pinggan ni.” Aku pura-pura menyusun pinggan yang tersedia susun itu. Malasnya!
“Kan pinggan tu dah okey dah. Tak payah disusun lagi pun,” Achik
mengenakan aku. Aku menjegilkan mata. Achik ketawa mengejek.
“Akak malas, ma.” Sindirnya lagi.
Aku menggenggam penumbuk. Sekali lagi
cakap memang melayang kena muka kau! Suka sibuk hal orang.
“Nur Saffiya Humairah, cuba dengar
cakap mama.” Tone mama sudah
menginjak nombor 2. Aku mencebik. Suka sangat suruh Mai! Yana dengan achik tak
nak suruh pulak! Tak aci sungguh. Bagitahu aci dekat Kluang baru tau! Omelku.
Dengan lambat aku bangun kemudian
berjalan selangkah demi selangkah ke bilik abah.
“Humairah!” marah mama.
Aku menghentakkan kaki. Geram. Marah.
Semua ada. Jangan tanya, nanti kena lesing! Puan Husna menggelengkan kepala. Apa nak jadi dengan anaknya ini. Ada pasang surut anginnya. Yana dan achik mengangkat bahu. Tak masuk campur!
“Abah, mama panggil makan.” Kataku
sebaik abah membuka pintu bilik.
“Okey, sayang.” Abah mengusap kepalaku
sebelum berlalu ke bilik yang dihuni Uncle Umar. Bilik mereka berdepan.
Aku terus ke dapur mengajak opah.
Kebetulan Aunty Hanani ada di situ bersama Aina.
“Kakak!” Aina terus memeluk kakiku sebaik terpandang. Aku mengusap kepalanya. Dia tersenyum manja. Aunty Hanani dan
opah tersenyum lalu menggeleng.
"Manjanya dengan Kak Saffiya ni ya?" usik opah seraya mencubit pipinya.
Aina mengekek-kekek ketawa. Dia geli.
"Manjanya dengan Kak Saffiya ni ya?" usik opah seraya mencubit pipinya.
Aina mengekek-kekek ketawa. Dia geli.
“Opah, aunty, mama ajak makan kat depan. Semua dah terhidang. Tinggal nak makan je.”
ujarku terus. Tanpa kona-kona ha!
“Iya? Dah jom, Nani. Kita ke depan.
Nanti lambat pula nak makan. Fiya tolong bawa buah tembikai ni ya?” pinta opah.
Aku mengangguk. Hari ni pecah rekod aku angguk kepala.
Aku mengangguk. Hari ni pecah rekod aku angguk kepala.
“Aina tolong mama bawa ni pergi depan
ya, sayang?” air mineral dalam botol diserah pada si kecik itu. Aina rela hati
membantu dan membawanya ke depan.
“Okey, mama!” ucap Aina riang.
Aunty Hanani mahu menolongku bawa buah
ke depan tapi aku menolak keras. Tak elok tetamu yang bawa. Tak manis. Mak
oii... kau ke yang bercakap Mai? Tak percaya lagi ni!
Aunty Hanani sudah berlalu ke depan. Baru saja aku menaiki satu anak tangga,
serta merta telefon bimbit di poket berbunyi.
“Aduh! Time ni la nak bunyi. Dalam bilik tak nak bunyi pulak!” bentakku.
Pinggan berisi buah tembikai diletak
atas meja kembali. Aku menyeluk handset
dalam poket sebelum menjawab panggilan.
“Bila kau nak datang?” soalku pada Wana
selepas berbalas salam.
“Aku datang esok la. Hari ni family aku ajak pergi mandi-manda. Huhu...” selamba Wana berkata.
“Uih, nak jugak.”
“Tak boleh la. Kau orang asing.” Wana
mengusik. Aku menceber.
“Kurang asam kau! Berani kau kata aku
orang asing?” aku pura-pura marah.
Terdengar Wana gelak di talian. “Sorry, beb. Saja je gurau. Eh, kau punya
majlis bila?” Wana takut dia silap pandang tarikh.
“Lusa. Datang tau. Kalau korang tak
datang, aku sumbat cili padi dalam mulut.” Ugutku.
Wana sekali lagi ketawa. Tapi lebih
kuat dari tadi. Teruk anak dara seorang ni. “Yelah. Kan dah janji. Okeylah aku
nak makan dulu. Nanti aku call kau okey? Bye,
assalamualaikum.” Wana mematikan talian.
“Waalaikumussalam,” jawabku. Handset dimasuk dalam poket seluar trek
sebelum menyinsing lengan baju sehingga ke siku untuk mengangkat pinggan tembikai. Bahang
pula malam ni. Nak hujan ke? Fikirku. Sewaktu hendak mengangkat, terdengar
bunyi pintu bilik air dibuka. Mataku terus tertacap pada pintu tersebut. Ingin
melihat siapa yang ada dalam tu.
‘Setahu aku tadi semua orang dah pergi
depan. Siapa dalam bilik air?’ soalku dalam hati. Dalam menunggu hati berdebar.
Mana tahu kalau hant.....
Wajah yang ditunggu keluar jua. Mataku bagai
terjojol keluar. Dada dihambat debar.
Alamak! Farhan ke?
Farhan melangkah keluar dari bilik air
dengan wajah tenang. Gayanya cukup santai dengan t-shirt Manchester United bersama seluar panjang warna hitam. Matanya sempat menjelingku tajam sebelum menaiki tangga
membuatkan aku mencebik.
Eleh! Ingat handsome sangat ke buat jelingan macam tu. Cer lawan dengan Ziana Zain, confirm
kalah punya. Ziana Zain punya jelingan masyuk
tau! Bebelku sendiri. Meluat pun ada. Orang baru nak puji tadi tapi terpaksa tarik balik. Tak jadi! Cancel tau tak?
“Fiya, mana buahnya tak sampai-sampai
lagi ni?” jeritan opah membuat aku menepuk dahi.
Alamak! Lupa pulak! Tu la. Terpandang
je muka mamat berlagak tu terus lupa pasal buah tembikai. Terus saja aku
mengangkat pinggan itu dan membawanya ke depan.
***
“BARANG-barang semua dah sedia. Cuma
tinggal harinya aje.” Sedari tadi Uncle Umar, abah, mama, Aunty Hanani dan opah
berbual tentang persiapan majlis pertunangan. Aku, Yana, achik dan Aina
mendengar aje bualan mereka. Kami buat hal sendiri. Nak masuk dalam bilik, mama
kata ada benda nak bincang tapi sampai ke sudah aku tunggu. Tak ada pun. Tipu je!
Berborak adalah! Fareez dan Farhan sibuk main catur di atas meja kecil. Mereka
menjauhkan diri dari kami semua. Nak concentrate
la tu!
Kesempatan ini aku ambil. Melihatkan
semua orang sibuk dengan hal sendiri, aku ingin menilik wajah bakal tunangku.
Wajah yang tenang dan dingin itu diperhatikan. Rambut yang kemas dan pendek.
Tidak pernah aku lihat Farhan berambut panjang dan selekeh. Dia sentiasa
menjaga imej sebagai ketua pengawas dan pelajar sekolah. Satu markah untuknya!
Mataku tertacap pada keningnya. Kening
yang cantik. Tidak tebal dan tidak nipis. Bulu mata Farhan lentik macam orang
perempuan. Mungkin ini yang digilai setiap pelajar di sekolah. Dua markah
untuknya!
Dari bulu mata turun ke matanya yang
berwarna coklat gelap semula jadi. Bukan contact
lens ataupun contact number! Mata
itulah yang selalu membuatkan dadaku berdebar kencang. Sekali renungannya buat
aku rasa nak pengsan. Okey, Mai dah mula gedik like Ammy! Tiga markah untuknya. Haish, apa kena aku ni ek?
Dari mata beralih pada hidung yang
mancung. Kemudian beralih pada pipi tanpa sebarang jerawat. Kemudian bibir.
Ahh! Bibir yang seksi. Selama aku berjumpa dengannya, tidak pernah bibirnya
mengukir senyuman. Memang la dia ada senyum tapi tu senyum sinis yang dia
selalu bagi kat aku. Seriously, aku
teringin nak tengok dia senyum seikhlas hati. Tanpa aku sedari, aku telah jatuh
cinta. Bingo! Sepuluh per sepuluh
markah!
“Checkmate!” kata Farhan sebaik saja
dia mengepung King Fareez. Senyuman
terukir di bibir melihat wajah cemberut adiknya. Dia menang lagi.
"Mana aci!" rungut Fareez.
"Mana aci!" rungut Fareez.
Aku terpaku. Eh, eh! Dia senyum la.
Senyuman dia..... buatkan dia..... nampak lebih kacak! Aku menggosok mata
sebelum melihat kembali. Serius, dia memang nampak lebih tampan bersama
senyuman manis menghiasi bibir itu. Hilang sudah garangnya, tegasnya dan
keseriusannya di sekolah. Hari ini aku dapat saksikan Farhan yang lain. Farhan
yang berbeza di sekolah. Farhan yang tenang tanpa buku nota dan pen di tangan.
Yana sedari tadi melihat kelakuan dan
gerak geri kakaknya. Hairan bin pelik! Itulah perumpaan yang teramat kena. Dia
ada menegur Humairah tadi tapi tak diendahkan. Malah kakaknya asyik merenung.
Yana ingin melihat apakah yang direnung Kak Mai sehingga khusyuk sekali tu.
Mata beralih dari Humairah kepada ‘benda itu’. Alangkah terkejutnya dia bila
melihat gerangan yang ditenung kakak.
Abang Farhan? Akak? Renung? Abang Farhan? Tak
berkelip?
Yana menggosok mata berkali-kali.
Memang sah! Kak Mai renung Abang Farhan. Segera Yana berdeham.
Aku mengalihkan pandang ke arah Yana.
Senyum-senyum pulak adik aku ni. Apehal? Gila ke?
“Kak Mai renung siapa tadi?” Yana mula
mengusik.
Aku tersentak. Alamak eh! Dia nampak
ke? Aduhai... masak aku ni! Malunya!
“Ma...mana ada.” Gagap aku menjawab.
Air liur ditelan kesat. Ahh! Kantoi Mai! Kantoi! Habislah kau! Aku gelisah semacam.
Yana tersenyum nakal. “Iya ke? Habis
tadi Yana tengok akak khusyuk sangat tenung. Cerita la,” rengeknya manja.
Aku membuang pandang ke arah opah dan
mama yang rancak berbual dengan Aunty Hanani. Abah dan Uncle Umar tak habis-habis dengan bisnes. Tak sanggup nak pandang kiri.
Makkkk! Malunya aku!
“Tak ada la.” Balasku sedikit kasar.
Nak tutup malu sebenarnya.
Yana ketawa kecil. Mulutnya di dekat
dengan telingaku. “Yana tahu akak renung siapa tadi. But dont worry. Rahsia akak selamat.” Bisiknya perlahan
membuatkankan aku tercengang.
Sah! Sah dia menghendap aku! Pantas
cubitan singgah pada pahanya. Yana mengaduh sambil ketawa. Tak cukup dengan
itu, bahunya kuhempuk dengan bantal empat segi kecil khas untuk sofa.
Terkekeh-kekeh Yana ketawa. Achik dan Aina memandang penuh hairan. Apa kes anak
dara dua orang ni? Gelak-gelak pulak!
“Yana, Maira, apa yang geli hati sangat
tu?” tegur mama.
Aku dan Yana tergamam. Semua mata
memandang ke arah kami berdua. Oh malunya jadi perhatian ramai! Segera bantal
kecil itu kupeluk erat. Yana menunduk tersenyum malu. Farhan dan Fareez juga
melihat mereka berdua.
“Tak ada apa-apa, ma. Saja exercise tangan,” kataku selamba. Yana
mencebik. Achik menjuihkan bibir. Alasan lapuk!
Pecah tawa semua orang. Mama
menggelengkan kepala. Abah hanya memerhati. Adalah tu yang anaknya buat. Tak
boleh nak tegur lagi. Biaq pilah depa. Asalkan mereka tak merendahkan
maruah kira baguih. Bak kata orang
utara.
“Ni kami nak tanya. Mai ada jemput
kawan datang untuk majlis tu nanti ke?” soal mama.
Aku mengangguk dengan teragak-agak.
“Err.. kenapa mama? Tak boleh ke?”
Ahh sudah! Kalau tak boleh, aku nak
cakap apa dengan geng? Susah ni! Keluhku sendirian.
Mama tersenyum, “Apa pulak tak
bolehnya? Lagi ramai lagi bagus. Sekurang-kurangnya kawan-kawan tahu pasal
benda ni. Jadi tak adalah dia orang syak bukan-bukan bila nampak Mai dengan
Amirul nanti.” Terang mama.
Yang lain mengangguk mengiakan. Aku terdiam.
Betul juga kata mama.
“Amirul ada jemput kawan?” soal abah
pada Farhan pula.
“Err.. ada tapi seorang aje. Izuan.” Jawabnya.
"Lahh, kenapa seorang aje?" tanya abah lagi.
Farhan kelu lidah. Baginya tiada siapa perlu tahu memandangkan dia jenis tak suka diperkatakan.
"Tak apa. Uncle faham." abah tersenyum. Dia amat memahami anak muda itu.
"Lahh, kenapa seorang aje?" tanya abah lagi.
Farhan kelu lidah. Baginya tiada siapa perlu tahu memandangkan dia jenis tak suka diperkatakan.
"Tak apa. Uncle faham." abah tersenyum. Dia amat memahami anak muda itu.
Izuan?!!? Rasa macam pernah dengar. Izuan
tu bukan ke budak sekolah aku? Kawan baik si mamat berlagak ni? Jejaka idaman
gadis malaya? Ya ke? Entah-entah orang lain. Alah Mai, kan banyak nama Izuan
dalam dunia ni. Bukan Izuan yang hensem dan digilai itu saja yang ada. Ramai lagi
la. Tapi hati aku tetap yakin yang Izuan tu budak sekolah aku.
“Izuan? Rasa macam kenal nama tu, Nani. Macam
pernah dengar waktu dulu-dulu.” Mama berkata menarik perhatianku.
“Izuan tu Iju, Husna. Yang dulu suka
usik Maira ni sampai menangis. Main pondok-pondok, galah panjang, lumba lari.
Izuan tu sekepala dengan Amirul.” Aunty Hanani mengingat kembali.
Lama mama berfikir sebelum teringat
semula.
“Lahh, Iju tu ke? Yang dulu suka main
dengan budak-budak ni? Na lupalah, Nani. Dah makin lanjut usia ni makin lupa. Allahuakbar!
Lama Na tak jumpa dia.”
Aku tercengang memandang mama dan Aunty
Hanani yang sedang berbual. Yana disebelah kiri ku pandang. Dia juga sama
sepertiku. Masing-masing ligat memikir. Siapakah Izuan? Kenapa mama kata dia
pernah jumpa dulu? Aunty Hanani kata dia dulu suka main dengan aku dan Farhan. Siapakah
dia? Kenapa misteri sangat ni? Dan kenapa firasatku mengatakan Izuan itu kawan
baik Tengku Amirul Farhan? Percaya atau tidak aku sedang berada dalam dilema. Macam drama! Melalui
perjanjian ini, aku ketemu kembali dengan kawan baik semasa di kampung dulu. Dan
kawan yang ku sangka ‘baik’ itu sebenarnya ketua pengawas sekolah yang pernah aku lemparkan wang pada wajahnya. Abah pula dapat bertemu kembali dengan kawan karibnya, Uncle Umar setelah sekian lama berpisah. Oh Tuhan! Entah
apa lagi yang akan terbongkar di sebalik majlis pertunangan ini nanti. Aku kebingungan.
p/s 1: new entry... enjoy okeh? hehe...
p/s 2: maaf ya... sy skdr nk berkongsi saja. ada yg bertanya spt ini...
"Miss, di manakah sekolah dlm KPVST? sy cari tak jumpa."
"Miss, wujud ke Sekolah Tengku Aris Adiwira ini?"
"Miss, ada ke Hotel Seri Astana? Kat mana tu?"
"Miss, ada ke sekolah elit seperti ini?"
"Miss, ada ke asrama seperti mereka?"
-PENJELASAN-
*1.nama sekolah.
nama sklh itu TIDAK WUJUD. sy hanya mencipta sj. anggap sebagai imaginasi sy. jikalau ada nama sklh tersebut dlm dunia dan dlm Malaysia ini, wallahualam tp sy tak pernah sengaja atau berniat utk mencuri nama tersebut. ia terlintas dlm fikiran sy secara tiba-tiba dan sy amat menyukai nama tersebut.
*2.nama hotel.
nama Hotel Seri Astana tu pun sy cipta sendiri. sekadar suka-suka. tp tak tahu pula kalau benar WUJUD. Minta maaf kalau benda ini mengelirukan tp dengan nama ALLAH sy tidak terniat utk mencuri atau apa sj yg berkaitan. sekali lg sy mohon maaf.
*3.sekolah kluster kecemerlangan.
sy tak tahu sekolah elit macam mana dan apa tp sy mencuba dgn menjadikan skolah tersebut sbgi sekolah kluster kecemerlangan. perlu ada penapisan utk masuk sekolah tersebut (sprt sekolah miss) kira elit la(coz penuh dgn anak org kaya) but Mai dan kawan2nya tidak sekaya Farhan, Ammy, Hadzriq, Izuan, Ashraf dan beberapa orang lagi. Mai n kwn2 hanya sederhana saja. Tapi amat pandai dlm matapelajaran sehingga diterima masuk ke dlm sklh ini.
tp utk pengetahuan semua, ciri2 sekolah ini sy ambil berdasarkan sebuah kolej. kolej apa? rahsia. hehe... jd sy tukarkan kolej itu menjadi sekolah berstatus kluster kecemerlangan dlm cerita KETUA PENGAWAS VS TUNANG. dan sy juga ingin mengingatkan bahawa ada kisah benar dan ciptaan sendiri dlm karya sy. imaginasi ini sy gunakan utk menghasilkan KPVST. So, inilah hasilnya. :)
*4. asrama.
asrama itu mmg ada. sy ambil asrama itu berdasarkan dr asrama sklh sy dan sklh member. jd sy gabungkan idea sy dan member sy ini! meskipun sy tidak duduk di asrama tp sy tahu sedikit bab2 asrama memandangkan ramai kwn sy tinggal di asrama. antaranya GENG SEBERANG-amierul, hariz, ashraf, izuan, najmi, khairul, suffiyan, ey-na, nadeya, iman, dan ramai lagi. so, jgn keliru lg okeh? :)
*5. nama.
nama dlm cerita ni kebanyakannya rekaan tp ada antaranya yg betul. cth spt nama kwn2 sy di atas. korg, pinjam nama okeh? :)
p/s 3: jgn pening2 lg okeh? rest... relax... jgn terlalu tertekan... nasihat sy, kalau baca cerita ni, selangkanlah ia dgn muzik krna muzik merupakan satu medium yg sgt baik utk halwa telinga... mungkin melalui muzik yg sedih ataupun santai bisa mempengaruhi emosi kalian... sy sudah merasainya... dgn muzik, sy bisa membuat cerita ini... tp volumenya kasi rendah sikit ya? nnt rosak telinga jgn tanya sy okeh? hehe... and last one is jgn lupa baca tau! :D luv u... muaaahhhh!!!
p/s 2: maaf ya... sy skdr nk berkongsi saja. ada yg bertanya spt ini...
"Miss, di manakah sekolah dlm KPVST? sy cari tak jumpa."
"Miss, wujud ke Sekolah Tengku Aris Adiwira ini?"
"Miss, ada ke Hotel Seri Astana? Kat mana tu?"
"Miss, ada ke sekolah elit seperti ini?"
"Miss, ada ke asrama seperti mereka?"
-PENJELASAN-
*1.nama sekolah.
nama sklh itu TIDAK WUJUD. sy hanya mencipta sj. anggap sebagai imaginasi sy. jikalau ada nama sklh tersebut dlm dunia dan dlm Malaysia ini, wallahualam tp sy tak pernah sengaja atau berniat utk mencuri nama tersebut. ia terlintas dlm fikiran sy secara tiba-tiba dan sy amat menyukai nama tersebut.
*2.nama hotel.
nama Hotel Seri Astana tu pun sy cipta sendiri. sekadar suka-suka. tp tak tahu pula kalau benar WUJUD. Minta maaf kalau benda ini mengelirukan tp dengan nama ALLAH sy tidak terniat utk mencuri atau apa sj yg berkaitan. sekali lg sy mohon maaf.
*3.sekolah kluster kecemerlangan.
sy tak tahu sekolah elit macam mana dan apa tp sy mencuba dgn menjadikan skolah tersebut sbgi sekolah kluster kecemerlangan. perlu ada penapisan utk masuk sekolah tersebut (sprt sekolah miss) kira elit la(coz penuh dgn anak org kaya) but Mai dan kawan2nya tidak sekaya Farhan, Ammy, Hadzriq, Izuan, Ashraf dan beberapa orang lagi. Mai n kwn2 hanya sederhana saja. Tapi amat pandai dlm matapelajaran sehingga diterima masuk ke dlm sklh ini.
tp utk pengetahuan semua, ciri2 sekolah ini sy ambil berdasarkan sebuah kolej. kolej apa? rahsia. hehe... jd sy tukarkan kolej itu menjadi sekolah berstatus kluster kecemerlangan dlm cerita KETUA PENGAWAS VS TUNANG. dan sy juga ingin mengingatkan bahawa ada kisah benar dan ciptaan sendiri dlm karya sy. imaginasi ini sy gunakan utk menghasilkan KPVST. So, inilah hasilnya. :)
*4. asrama.
asrama itu mmg ada. sy ambil asrama itu berdasarkan dr asrama sklh sy dan sklh member. jd sy gabungkan idea sy dan member sy ini! meskipun sy tidak duduk di asrama tp sy tahu sedikit bab2 asrama memandangkan ramai kwn sy tinggal di asrama. antaranya GENG SEBERANG-amierul, hariz, ashraf, izuan, najmi, khairul, suffiyan, ey-na, nadeya, iman, dan ramai lagi. so, jgn keliru lg okeh? :)
*5. nama.
nama dlm cerita ni kebanyakannya rekaan tp ada antaranya yg betul. cth spt nama kwn2 sy di atas. korg, pinjam nama okeh? :)
p/s 3: jgn pening2 lg okeh? rest... relax... jgn terlalu tertekan... nasihat sy, kalau baca cerita ni, selangkanlah ia dgn muzik krna muzik merupakan satu medium yg sgt baik utk halwa telinga... mungkin melalui muzik yg sedih ataupun santai bisa mempengaruhi emosi kalian... sy sudah merasainya... dgn muzik, sy bisa membuat cerita ini... tp volumenya kasi rendah sikit ya? nnt rosak telinga jgn tanya sy okeh? hehe... and last one is jgn lupa baca tau! :D luv u... muaaahhhh!!!